adiputra.org

Tension yang dah tepu jadikan kita selfish…

Hari ni terasa rilex… aku rasa macam baru tersedar dari mimpi.. kenapa..?? mengapa…?? disebabkan apa…?? siapa..?? di manakah keserabutan itu..?? di mana keributan itu..?? di mana cincin sakti itu..?? fuuhh….

aku ni sebenarnya… mengalami satu situasi tahap tepu… doktor ada bagitau aku satu kaedah penyelesaian… terutama kepada sesapa yg mengalami tahap tensen yg melampau… samada dia akan jadi tepu atau dia akan jadi gila.. Na’udzubillah… tapi gila² tu ada la sket… so far aku bersyukur aku cuma terkena bahang gila² je… kekekekehhhh… tapi yg lebih aku terasa.. aku tepu… sebut je projek aku jadi stuck… serta merta otak aku rasa sejok…

untuk makluman laaa.. meeting malam semalam… semua berjalan lancar.. takde tembak menembak.. cuma ada bunyi pisau kena asah je… ntah laa.. maybe agaknya dah 5 bulan tak jumpe.. slow down lagi kot..?? malam tu aku punya cite didengar oleh semua jawatankuasa… nampaknya dorang agree dengan aku… pasal keadaan keje aku… so.. segala urusan projek lepas ni.. dorang pun suruh aku slow down dan buat apa yg aku rasa perlu untuk department.. jadi aku dah sound mende lain yg tak berkaitan ngan spec tugas aku.. aku akan KIV dan akan buat ala-ala ronggeng… bukan cam tarian gelek cam Inul tuhhh.. fuuuhhhh….

yg penting… segala beban yg aku dok fikir selama ni dah beku lam otak aku… aku cuma fokus kepada satu perkara… tujuan kerja aku… tujuan aku di sini… tujuan aku dibayar untuk laksanakan… mende ni la yg menjadi motivasi aku… walaupun hasilnya amat bagus untuk aku… tapi tidak bagus dan kurang sesuai untuk orang lain… aku sekarang dah jadi ‘selfish’… masalah orang ialah nombor 2.. kalau dulu aku buat keje dan jadikan keperluan orang no. 1.. sekarang ni aku tukar… diri aku ni aku letak as priority dulu (termasuk family)… orang lain no. 2… ini sebab big boss yg bagitau ni… dia suruh aku pegang prinsip tu… so.. ok… Alhamdulillah… aku rasa lega sekarang… maka resultnya…????? hari ini orang lain dah pandang semacam kat aku.. semua dah tak puas hati kat aku… dorang dah cam tak kenal aku sape.. dulu senang je dapat itu ini… sekarang ni.. kalau aku free.. dorang dapat.. kalau aku tak free… dorang tak dapat… termasuk la segala keje yg dorang minta bantuan aku untuk urusan dengan student dan ptj… semua aku buat ikut tahap ketepuan… kalau aku rasa aku tensen… aku stop… go somewhere… do something to release.. kalau aku ok.. aku proceed… ini la sikap yg perlu ada untuk seseorang dalam kerjaya… supaya tak dikata workaholic… sebab orang yg workaholic ni takde kepentingan pada diri sendiri dan keluarga… asyik keje je.. kalau tak caya cuba tanya doktor pakar kesihatan… dia pun berpandangan serupa ngan aku… taktau la kalau dia saja setuju ngan cite aku coz tanak aku makin tensen.. hehehehehhhhh…. hahahahahaahhaaa…!!!

kesimpulannya… gitu laaa… dalam hidup ni semua orang ada masalah… masalah kerjaya… keluarga… diri sendiri… kawan… lawan… dan segala apa yg ada.. even kalau kita ada kereta pun… boleh menjadi punca masalah… so antara berjaya atau tidak.. semua bergantung kepada kita sendiri… remember… kita ialah ‘hero’ dalam kisah hidup kita… segala dugaan dan cabaran yg dihadapi.. redah je… dan cari solution… samada dengan bercerita.. membaca.. mencari.. berdoa.. berusaha.. bertawakkal… insyaAllah kejayaan itu akan kita capai.. antara lambat dan cepat… bergantung… ada hikmah disebalik semua yg berlaku… nak berjaya atau tidak.. kita bawakan watak ini hingga penghujungnya…. dan untuk aku… aku tau kenapa… untuk mereka.. aku pun tau kenapa… so.. kita tak boleh rasa apa yg orang rasa… kecuali cuba merasai apa yg mereka rasa dengan cara tersendiri… pendek kata… kita sentiasa benar dalam kehidupan kita… kalau kita rock.. we are rock… kalau kita blues.. we are blues… kalau kita cool… better pakai baju tebal… mmmm….

so.. aku sekarang dapat menarik nafas lega.. lapang… hingga tiba waktu lain pula.. di mana masalah akan datang lagi… lagi dan lagi… dengan bermacam gaya dan cara…. coz aku tau… aku hero dalam kisah hidup aku…. cuma kita takde skrip untuk baca penghujungnya cemana… so.. redah je laaaa… janji rock…!! hehehhhhh….

I think.. I took a blue pill…. why don’t I take the red one..??? mmmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *