CATATAN TEAM BUILDING 2HB. – 5HB. FEBRUARI 2006

2hb. Februari 2006 (Khamis)

3.30 Petang.
Bertolak dari Ofis dengan sebuah bas kampus. Aku dan beberapa geng lelaki duduk bahagian belakang sekali… melantun² macam roller coaster dibuatnya bila melalui kawasan berbukit bukau… memang tergelak sakan geng satu bas dengan keadaan seperti itu… perjalanan bagaimanapun agak baik kerana tiada trafik jem… setelah merentasi Banjaran Titiwangsa.. Bas akhirnya berhenti untuk mengisi minyak di hentian petronas sebelum tol nak masuk ke simpang Bentong, Pahang… kat situ semua staf mengambil kesempatan untuk membeli sesuatu sebagai bekalan… aku beli 3 chewing gum dan satu tin tongkat ali madu.. kekekeee… walaupun ada cafe di situ… tapi makanan lain nampak tak berselera laaaa… perjalanan kemudiannya diteruskan.. dalam kekalutan perjalanan itu… akhirnya kami sampai di Jeram Besu, Raub Pahang lebih kurang pukul 6 petang… di luar sana kami disambut oleh Kapten Hasnol dan team fasilitator yang lain En. Zainal dan seorang lagi yg aku tak tau nama dia… kami kemudiannya menyeberangi sungai dengan jambatan kecil… lebih kurang 40 – 50 meter panjangnya… setelah meninjau kawasan… ok la juga.. ada satu ruang dewan yang terbuka.. ada surau.. stor… bilik mandi dan toilet… khemah yang tersusun keliling dewan… meja tempat makan… dapur masak… mmmm… not bad… aku ingat tempat tu memang hutan betul.. rupanya lebih kurang 100 meter saja dari highway selepas seberang sungai…

6.30 Petang.
Satu taklimat telah diadakan di dewan legar PiBi oleh Chief Fasilitator dan Pengarah ‘Pushing Boundaries’ (PiBi) Sdn Bhd iaitu Kolonel (B) Nik Zainin Abd Rahman… Kolonel bersara yang banyak terlibat dengan aktiviti military (strategi, taktikal & teknik) dan kini menumpukan kepada human resource development dan psikologi… banyak pengalaman Kolonel ni.. setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya walaupun senda gurau adalah satu ilmu… fulamak.. respek aku… selain itu beliau adalah salah seorang yg pertama di Malaysia yang memperkenalkan dan merekabentuk ‘war games’ dalam aktiviti team building… best..!! taklimat tersebut juga telah memperkenalkan kami semua dengan seorang lagi kolonel bersara iaitu Kolonel (B) Abdul Aziz Merican… ini pun bukan calang² orangnya juga.. pernah terlibat dengan banyak aktiviti spy untuk negara.. dan kini merupakan jurulatih aktiviti pendakian yang lasak termasuk terjun payung tentera… selain itu beliau juga merupakan jurulatih kepada pencuci tingkap bangunan megah kita KLCC.. kami juga berkesempatan melihat video beliau dalam National Geographic yang berkisarkan pengalaman di KLCC… dari puncak tiang hinggalah ke dinding tingkap bangunan.. pada malam tahun baru 2004.. beliau adalah ketua yang membuat terjunan payung terjun dari puncak KLCC bersama beberapa orang anak buahnya… mat saleh yang ada tu tumpang sekaki je… hehehee.. rupanya kita mempunyai stunt yang terkenal di dunia… fasilitator yang lain ialah Lt. Kolonel Ujang, stuntman aktiviti lasak En Zainal, Azman, Sabri, Zakaria, Ismail, Sabaruddin dan Hizami (anak Kolonel Aziz)…

untuk aktiviti team building ini, kami diberitahu tentang point atau wang kumpulan yang mesti dijaga… setiap kumpulan akan diberi sebanyak 400,000 damra (matawang point)… jadi segala aktiviti kumpulan sepanjang kursus akan ditolak atau ditambah berdasarkan denda dan bonus yang diperolehi… selain itu jika ingin membeli perkhidmatan atau jawapan mengenai perkara yang berlaku dan yang dihadapi sepanjang kursus.. nampak senang tapi bukan senang.. masa itu aku masih lagi blur… dan pada akhir kursus… mana² team yang mempunyai kurang dari 65% dari point tersebut tidak akan mendapat sijil.. aisehhh…!! ini yang leceh ni… aku ingat boleh guna semua…hehehee… takpe laaa… prepare la apa yg patut… kami kemudiannya diberitahu bahawa setiap aktiviti yang dilakukan oleh setiap kumpulan akan dirakamkan dengan videocam.. sebab setiap kumpulan boleh melihat kembali bagaimana keadaan dan situasi semasa menyelesaikan segala masalah dalam aktiviti.. boleh la tengok siapa yang banyak cakap.. yang bantu… yang dok diam dan sebagainya… menarik tu.. dan yang pastinya memang kena control… hehehee… selepas taklimat, kami diminta memilih khemah masing²… setiap orang satu.. ok laa.. ada privacy sikit… kemudian ada sedikit makan minum petang… lepas maghrib kami diminta berkumpul semula di dewan untuk memulakan aktiviti team building… aku bergegas mandi, solat dan bersiap.. lepas tu pakai tag nama… buat dengan masking tape dengan marker merah ikut nama kumpulan… sepanjang aktiviti kena pakai.. kalau tidak kena tolak point… hehehhh.. 

8.00 malam. (Game 1 – Bridge to Ecstasy)
Setiap orang telah dibahagikan mengikut kumpulan… senarai nama dah terpapar dah pada white board… ada 4 kumpulan semuanya.. merah (team aku), biru, hijau dan hitam.. tanpa sebarang kata… oleh sebab team ofis aku ramai pompuan.. jadi kumpulan aku hanya ada 3 lelaki sahaja… 7 lagi ialah perempuan… mmmmm…. setiap kumpulan diminta memilih seorang fasilitator untuk membawa ke tempat aktiviti.. wakil kumpulan aku memilih seorang fasilitator yang paling muda untuk bawa ke tempat yang tersorok di bahagian luar perkhemahan… di sana… ada satu kayu, tali, air satu periuk, nota, kanvas yg berada dalam lingkungan tali yg diikat kemudian ada lubang dan diseberang lubang tu ada satu lagi kayu dan tali… tiba² fasilitator kata ‘Mula..!!’.. aku dan team masing² tercengang dan memandang antara satu sama lain… salah seorang team aku bertanya kepada fasilitator.. “Kami nak buat apa ni..?”… fasilitator menjawab “Tolak 400 kerana bertanya..!!” chettt… takleh tanya rupanya… masa tu team kumpulan mula gabra… aku try perah otak nak buat apa la dengan semua benda ni.. yg aku tahu mesti nak pergi ke seberang lubang.. aku dan seorang team cuba menyorong kayu untuk lihat samada sampai atau tidak ke seberang.. iskk.. ada la 2-3 kali cuba… tak sampai… kena tolak markah la pulak sebab lepas kita angkat kayu.. letak balik.. tolak.. kita sorong kemudian tarik balik.. tolak… angkat tali letak balik tolak.. adooii.. tensen… salah seorang team suruh ikat hujung kayu dan tegakkan… blank.. fasilitator menawarkan bantuan dengan harga 5,000 point damra.. fuuhh.. mahal gila… setelah tawar menawar.. fasilitator setuju 2,000 point saja.. rupanay dia suruh tengok nota yang tersadai je atas tanah tu.. iskk.. ape la nak jadi ngan team aku ni… sebab gabra sangat lupa ada nota kat tepi… kami terus baca.. Kisahnya sekumpulan saintis sedang melarikan diri dari pihak berkuasa dengan sejenis bahan kimia berbahaya (dalam periuk tu laaa.).. masalahnya ialah kena menyeberang gaung dengan kelengkapan yang ada… masa tu la baru aku nampak apa benda yg nak dibuat… fikir punya fikir aku dapat satu idea.. aku minta beberapa orang team mengikat tali pada hujung kayu.. kemudian sorongkan ke depan agar hampir dengan tebing belah sana.. tali tu kemudiannya ditarik agar hujung kayu tetap rata dan tidak jatuh.. kalau jatuh tolak point woo… aku lantas terus melompat ke seberang.. aku panggil seorang lagi ahli team untuk membantu aku di seberang… aku kemudian mengambil kayu di situ dan mengikat hujungnya dengan hujung kayu dari seberang sana… rakan aku seorang lagi memijak hujung kayu di bahagian dalam agar kayu tersebut tidak terjongket ke dalam lubang… aku kemudian memanggil seorang lagi ahli team.. dah 3 orang dah ke seberang.. sekarang ni masalahnya ialah nak bawa bahan kimia tu.. asal angkat je tumpah kena mula semula.. pembantu fasilitator akan menuangkan semula air agar penuh.. fuhh… lama juga team aku nak solve perkara ni.. akhirnya kami terpaksa beli perkhidmatan… rupanya cara bawa air dalam periuk tu ialah dengan menutup periuk tersebut dengan kanvas dan diikat dengan tali rafia… lepas tu kena tolak menyusuri kayu yang diikat tadi…  bila dah sampai ke seberang.. baru team lain menyeberang… game tamat… selesai game 1… kami kembali ke dewan dan makan malam… lepas tu ada sesi persembahan.. setiap kumpulan akan membentangkan apa yg dipelajari dari game pertama tadi.. untuk persembahan pertama ni aku jadi wakil kumpulan… aku pun tak tahu apa yg aku bebelkan… takpe.. nanti aku dapat  DVD tu.. boleh aku recover… hehehee… tapi biasa laa.. tentang apa kelebihan ahli dalam kumpulan, semangat, apa yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu dibuat dalam realiti sebenar kehidupan… lebih kurang hampir pukul 10 malam… semua team dah habis present…

10.00 malam.
Tepat pukul 10 malam.. chief fasilitator (Kol. Nik) membuat ulasan.. seterusnya memaklumkan kepada semua kumpulan satu misi… misi team building kami kali ini ialah menjaga sebuah beg yang mengandungi dokumen sulit kerajaan… Kisahnya beg tersebut amat diperlukan oleh pihak pengganas dan pengganas telah mengupah gerila agar mencuri beg tersebut.. dan kumpulan kami mesti menjaga beg tersebut setiap masa dan akan menyerahkan beg tersebut pada seorang menteri pada hari Ahad nanti.. apabila tiba waktunya… kedengaran lagu mission impossible dimainkan… Kol. Aziz muncul dengan jaket, topi dan beg (briefcase) yang tertulis ‘Mission Zulu’.. beg tersebut diserahkan kepada Kol. Nik… apabila lagu dihentikan.. Kol. Nik meletakkan beg tersebut di atas meja di hadapan aku.. betul² di depan aku lebih kurang 2 meter sahaja.. sambil berkata “Beg ini lah yang kamu semua kena jaga.. jangan sampai terlepas ke tangan gerila atau pengganas…”, tiba² kami kedengaran 2 letupan berhampiran dewan… ‘POM..!!’.. ‘PAMM..!!’ letupan pertama membuat semua ahli kumpulan terkujat dan melatah²… letupan kedua membuat semua ahli kumpulan hilang arah… tiba² muncul dua orang lelaki bertopeng ala ninja… menjerit dan melaung bak orang gila.. kebanyakan ahli perempuan menjerit terkejut.. aku pula tergamam.. chehh..!! tak pernah aku rasa situasi macam tu.. gerila berkenaan dengan pantas telah mengambil beg tersebut dari atas meja dan terus berlari keluar… aku terkedu… semua orang frust.. alaa… nak dijadikan kisah la tu… kalau aku dapat ambil beg tu.. kang jadi gaduh besar la pulak kalau gerila tu tak dapat beg tu… semua ahli dan kumpulan lain marah kat aku kenapa rampas beg tu… what..?? dengan badan tegap dan besar tu.. kalau aku blok gerila tu.. aku rasa sekali langgar je aku dah terpelanting.. aku cuma boleh cakap aku tergamam je… walaupun nampak rilek.. binawe punya gerila… satu malam aku takleh tidur sebab aku tak sangka aku boleh terkedu… chehhh..!! kemudian Kol. Nik dengan selambanya berkata “Bermula esok, kamu semua kena cari beg tu dalam hutan.. mesti dapatkan beg tu sebelum hari Ahad…”, suspen… bila teringat balik gerila punya orang.. memang kecut perut dibuatnya.. suara dia saja dah macam harimau.. tapi aku ok lagi… yang lain tak tahu laaa…

selepas kejadian tersebut.. Kol. Nik memberi taklimat mengenai gerila, bom, taktik dan aktiviti war games… gerila ni terdiri dari sekumpulan orang asli yang mendiami hutan Raub… mereka memang dah biasa dengan war games ni… memang kerja mereka cari pasal dengan geng team building… bom yang dimaksudkan bukan bom yang meletup tu… tapi bom air soya yang dah basi.. air soya basi ni diperolehi dari sebuah kilang soya… mereka ambil beberapa tong.. upah orang asli tersebut mengikat dalam plastik sebesar tapak tangan… jadi kalau baling je.. pecah dan berbau laaa.. masam dan memualkan… pada malam tu macam² bayangan bau ada.. tapi.. tunggu saja bila start war games nanti.. hehehhh.. aku pun dah bertekad nak balas dendam kat gerila ni.. hishh..!! macam real la konon… untuk taktik.. team aku dan team lain boleh bergabung atau berperang… tapi sebab kami ni baik.. semua nak bergabung… Kol. Nik hairan.. sebab kalau bergabung setiap kumpulan kena korbankan 100,000 damra sebagai deposit… tak kisahlah apa pun asalkan boleh bergabung… maksudnya kalau terserempak dalam hutan tu takde la nak berperang walaupun ada point kalau kena bom… mana taknya… kaum lelaki 30% saja.. mana tahan beb nak lawan gerila… hishh…!!

11.00 malam.
pada jam 11 malam.. taklimat diteruskan pula dengan cara² memasak di dalam hutan oleh En. Zainal… kami turut diperkenalkan dengan nap sack, hammock, tray/kole, solid fuel (lilin askar).. barang² ni kena beli dengan matawang damra ni… so.. tolak je laaa… bom pula harganya 1,000 damra setiap satu.. dalam hutan nanti kami hanya dibenarkan membawa torch light saja… selainnya adalah alatan memasak dan camping yg telah disediakan oleh pihak penganjur… jadi pada masa itu kami diminta list kan apa barang yang hendak di bawa ke dalam hutan nanti… team aku cuma mengambil 4 paket maggi, 2 paket kopi dan sebungkus gula… beras or sardin tak payah… bukan nak pi picnic ni.. nak pi berperang…

setelah selesai isu masak… kami diberi taklimat pula mengenai peta oleh Kapten Hasnol.. mengenalpasti simbol, jalan, sungai, arah dan sebagainya… yang ini aku dah biasa.. cuma nak guna kompas askar tu je yg aku kurang pasti… oleh sebab mengambil masa yang lama untuk taklimat ini.. banyak yang bertanya dan merapu.. cara penggunaan kompas tidak dapat diteruskan.. kena sambung esok hari… bagaimanapun malam itu kami telah diberi ‘Check Point’ (CP) oleh pihak fasilitator.. CP ini perlu kami cari sebelum pukul 7 malam esok sebab ada informer akan memberitahu di mana kedudukan kem musuh yang telah merampas beg ‘mission zulu’ tersebut.. ecececeeee… rasa macam best je.. bila dah kenalpasti kedudukan CP berkenaan.. semua team balik ke khemah masing² untuk tidur.. dengan harapan esok akan menjadi lebih best… ready dah… siap berangan lagi cemana nak baling bom pada musuh.. heheee… err… aku tak pasti pukul berapa aku terlelap malam tu.. beberapa minit sebelum tu bila aku tanya geng khemah sebelah… dia cakap pukul 1.30 pagi.. mmmmm…. zzzzzzzzzzzzzzzzz…