adiputra.org

Selamat Datang Teknologi Mobile (iOS & Android)

Berikutan permintaan untuk membangunkan laman web agak terhad dan tertumpu kepada jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat besar, maka perkhidmatan  baru perlu difikirkan. Jadi bermula tahun 2014 ini aku mengambil inisiatif untuk menceburi bidang aplikasi mobile (Mobile App).

Tahun ini MSC telah melancarkan ICON3 yang mana projek ini tertumpu kepada bidang mobiliti pelbagai platform iaitu iOS, Android dan Windows. Senang cerita untuk Mac, Samsung, LG, Asus, Motorola serta Nokia. Rasa rugi sebab tak berkesempatan untuk apply geran tersebut. Dengan geran itu, kita boleh berkursus, membeli peralatan bantuan seperti laptop/pc untuk pembangunan serta gajet iPad, Galaxy Tab, iPhone, Android phone untuk ujian projek. Best kan?

Tapi walau apapun, kita kena bergerak maju, sebagai usahawan aku cuba juga untuk berjinak-jinak dengan aplikasi mobil ini. iOS dan Android yang paling banyak di pasaran. Cari punya cari, jenguk punya jenguk, himpit punya himpit akhirnya ada satu tawaran dari sebuah institusi pendidikan. Maka perbincangan dan sebutharga pun diusulkan. Kena rahsia dulu sebab surat tawaran belum keluar lagi ni. iskkk…!!!

Jadi, setelah mendapat tawaran secara lisan, aku telah mula mencari team untuk development. Alhamdulillah hampir 3 bulan juga aku ke sana ke mari untuk mencari team pembangun aplikasi mobil ni. Bukan senang sebab benda ni semua masih baru di Malaysia. Akhirnya jumpa la satu team yang dari segi atas kertasnya impressive. Aku akan cuba. iOS app dengan language Objective C, Android app dengan language Eclipse. Jangan terpengaruh dengan iklan mudah untuk buat aplikasi mobil ini. sepertimana yang ada di facebook, twitter, laman web perniagaan. Kerana aplikasi tersebut ada ‘ready made’ template dan kita tidak boleh mengawal serta mengubahsuai antaramuka aplikasi tersebut. Terdapat juga caj tersembunyi yang mana ada yang menyediakan perkhidmatan menyewa tapak mobil, perlu mendaftar dengan applestore, perlu mendaftar dengan google play dan sebagainya. Cara terbaik ialah dengan bangunkan aplikasi tersebut dan uruskan pendaftaran dengan kedua provider iOS dan Android tersebut. Jadi kalau ada sesiapa yang terbaca dan berminat untuk membangunkan aplikasi mobiliti, boleh hubungi aku. (0193969629). atau emel terus kepada admin@adikaryasb.com untuk sebarang urusan lanjut. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *