Salam Hijrah

hijrahTerlebih dahulu… aku nak mohon sejuta kemaafan dan dua juta keampunan dari korang semua atas segala apa yang aku buat, aku kata, aku ngusik, aku acah dan sebagainya… kata orang.. kalau kehidupan kita semakin hari semakin baik.. itu bermakna Allah SWT merahmati dan meredhai kehidupan kita… Alhamdulillah… kalau sebaliknya… MashaAllah, kita kena usaha lagi kerana usaha itu tangga kejayaan.. tidak semua kebahagiaan itu dapat dibeli dengan wang ringgit, harta atau nyawa sekalipun. tetapi diri kita sendiri yang mengusahakannya…

Tumpang sedih, Prihatin, rasa nak je kongsi segala masalah kawan-kawan dan saudara-mara dalam meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. dalam susah ada senang.. dalam senang ada susah.. putaran duniawi…

Akhir zaman ni macam-macam cabaran dan dugaan dah berlaku. Antara sedar atau tidak, kita ni di pihak mana? Apa yang dah kita buat? Apa yang kita dah usaha?

Kalau kita kutuk, fitnah, maki sekumpulan manusia yang gila… tak takut ke kalau ada di antara mereka tu lebih waras dari kita? ada yang membantu kita secara kita tak sedar…

kalau kita puji, sanjung sekumpulan manusia yang waras… tak takut ke kalau ada di antara mereka itu sebenarnya gila? ada yang mengkhianati kita tanpa kita sedar juga…

kita siapa nak judge orang? nak pergi mana dengan semua ni? sampai mana? aku dulu mmg sama la macam korang semua.. sebab kita ni sebagai manusia memang tak terlepas dari dosa. mengata, mengutuk, memperli… tapi aku sedar semua tu tak ke mana pun. malah kita menyumbang dan menambahkan fitnah akhir zaman. best tak rasanya?

Jalan terbaik… kita berdoa kepada Allah SWT.. memohon petunjuk dan memohon agar Allah memberikan kesenangan dan ketenangan dalam meneruskan kehidupan… berbalik lah kita kepada jalan Allah SWT… ajaran Para Nabi, Ulama dan ilmuan dunia dan akhirat… berbaliklah kita kpd kedua ibubapa, adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan, muslimin dan muslimat… betulkan nawaitu kita, diri kita, solat kita, betulkan hubungan kita dahulu…  berusaha dan berserahlah kepada Allah yg Satu. Percayalah Dia Maha Mendengar… dan Percayalah… akan ada balasan yang setimpal samada di dunia dan di akhirat nanti utk kita semua atas apa yang kita lakukan… peluang sentiasa dihadapan.. jalan sentiasa terbentang… keampunan sesama kita sentiasa terbuka… Wallahu’alam…

Dengan ini, aku doakan agar kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT utk meneruskan kehidupan kita. Apa yang kita semua lalui adalah satu proses kehidupan… yang baik kita amalkan.. yang buruk kita tinggalkan… Aaamiiinnnn….

sekian… Salam Hijrah…

Sanah Helwah buat Bondaku yang tercinta…

0 comments on “Salam HijrahAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *