adiputra.org

Rancangan dan tugas…

Melalui hari² yang berlalu di awal tahun baru amat memeritkan… lebih² lagi student baru masih lagi blur dan banyak songeh dengan keadaan yang dihadapi… bagaimanapun kerja aku beres seberesnya… terasa ringan beban di kepala kerana rancangan aku sempena minggu pendaftaran pelajar ini telah berhasil.. walaupun diganggu juga dengan rancangan orang lain… syukur…

aku ada maklumkan rancangan aku kepada big boss… aku cadang dalam bulan februari dan mac ni aku nak mula migrate kembali data lama student dari sistem Lotus Notes ke dalam sistem baru.. selain tu aku bercadang juga untuk develop beberapa sub sistem bagi kemudahan aku dan staf bagi kegunaan urusan smartcard, emel, alumni dan beberapa lagi… semua dah ada dalam kepala.. tunggu nak buat flow dan design proses saja… tiba²… partner aku dah confirm nak berhenti.. adoii.. technician aku pula sekarang ni seolah² tension dengan keadaan kerjanya… sebagaimana tension nya aku sebelum ini.. biasa laa… kerja kat sini memang tension kerana berterusan dan macam² ada… apa boleh buat.. dah tugas.. aku pun dah beberapa kali dah tersungkur, bangun, jatuh, bangun, menonggeng, bangun.. macam tu juga… dan sekarang ni rasa macam technician aku tu cuba buat mogok.. aku tak kisah sebenarnya tapi kok ye pun nak buat mogok tu pastikan la tugas hakiki tu siap dan beres… ini mogok terus cam mogok lapar… satu habuk kerja pun tak dibuatnya.. ishhh.. tension betul aku sebab aku la pulak yg kena ganti buat kerja dia.. terutama bab clean dan delete virus/spyware/worm yang masih lagi mengganas di ofis aku tu… sabar je laaa… kekadang aku cuba slow talk.. dia nampak cam tak bersemangat.. mmmm…..

partner aku.. dah dapat kerja tempat lain sebagai pegawai IT… ok la untuk dia sebab kelulusan dan pengalaman yg dah ada tu dikira ada value dan boleh pergi jauh lagi… macam aku ni kelulusan aku hanya boleh tempatkan aku di sini saja… walaupun aku boleh cakap, rancang, cadang dan sebagainya tapi akhirnya macam tu juga.. management angguk je.. bila tiba bab tindakan dan proposal.. senyap… sebab tu la aku rasa unit IT department aku tak berkembang sebab semua orang tau kerja di unit IT sentiasa beres… tapi mereka tak tau bagaimana cara dan beban yang digalas itu dilaksanakan… aku tak hairan kalau orang yg kerja kat sini silih berganti tak sampai pun setahun sebab tak tahan dengan cabaran dan dugaan.. sebab aku sendiri pun memang tak tahan… hanya ada semangat dan rancangan saja yang masih memegang kesabaran aku… yang aku boleh buat ialah mengomel.. membebel.. membawa diri.. tapi kerja aku beres… kerja lain yg melibatkan management atau tugas pegawai or technician tu aku buat setakat yg mampu…

majlis ikrar pelajar dua hari lepas berjaya dilaksanakan… paling berjaya sebab semua sudut berjalan lancar… tip top.. aku pun seronok juga.. tapi balik je dari majlis tu.. foreigner punya student ni mula la buat perangai… tak puas dengan itu.. ini… semua nak orang tolong depan mata atau nak minta entertain macam vip… aku pass kat officer je kalau ada percubaan dan tunjuk ngade² atau melebih²… kerja aku berlambak lagi aku nak buat… so.. officer tempat aku pun habis tension dan buat hal masing²… bukan senang nak senang.. semuanya alami masalah yg sama.. tension.. mmm…. officer IT aku pulak sama juga… dengan masalah pada sistem… report… ke sana sini turun naik… nak jumpa pun susah.. aku lagi laa… dok dalam bilik.. turun.. naik… keluar… takleh duduk diam… letih dibuatnya… sabar…. petang itu juga officer IT aku cadangkan aku duduk dalam bilik development dengan partner aku tu… dia minta aku study report builder untuk gantikan tugas partner aku yang rasanya masih ada yg belum siap terutama laporan surat menyurat dan transkrip… management juga setuju sebab siapa lagi yang ada..?? ape pun ini tugas mencabar juga sebab buat benda tu memang tak boleh buat benda lain sebab asyik bertukar format dan agenda je.. aku pernah belajar report builder ni pada awal tahun 2004 dulu.. tapi tak sempat nak habiskan kerana terganggu dengan kerja pejabat.. dah kursus ni pun dibuat di pejabat.. mana tak terganggunya.. orang tau mana nak cari aku… aku pernah request buat di luar tapi takde sesiapa pun yg setuju… semua fikir kos murah dan senang… apa boleh buat..? aku yang rugi.. sempat belajar install, configure dan basic saja… lepas tu kursus terbengkalai… tak sempat habis… aku la yg habis.. bila officer IT baru masuk… dia cari lagi staf… dua orang.. sorang buat sistem.. sorang buat report.. aku buat support.. patutnya aku la yg buat sistem atau report.. ini lain pulak rancangannya.. management pun setuju jugak… aku diam je.. bila officer IT tu dah berhenti… ganti dengan dua orang baru tu juga.. makin parah.. dokumentasi takde.. manual takde.. semua bergantung kepada nota dari vendor… bila aku bagitau projek ni kena buat secara berekod.. semua pandang senang je.. frust aku.. lihat saja apa hasilnya sekarang…?? semuanya nak aku jugak yg handle bila orang tu berhenti.. orang ni berhenti.. orang tu mogok…

hari ni aku dah punggah pc aku ke bilik development… dengan harapan boleh study dengan partner aku tu selagi dia masih ada… tetapi baru sejam aku try study dengan partner aku… telefon berdering².. dok layan telefon saja dah banyak buang masa study aku tu… aku ambil tindakan drastik.. aku emel kat officer aku dan cc pada big boss minta sorang staf backup dari mana² unit… sejam kemudian dia reply.. dia kata staf baru akan masuk februari… what? aisehh.. mana boleh camni sebab partner aku akan berhenti cukup bulan ni.. kalau dapat backup staf bulan depan buat apa..? miss banyak la aku akan teknik dan cara kerja partner aku tu.. nak buat replacement amende macam ni..? aku memang frust.. lepas pada tu aku cabut je wayar telefon bilik tu.. dah semua staf lain pulak bengang sebab susah nak contact unit IT… dan aku.. lagi la aku hangin.. dah la telefon bilik aku line down kena petir belum berfungsi lagi… handphone aku pulak tertinggal kat penang masa melawat sedara kat sana.. bila masuk bilik development.. telefon tak henti² jugak macam dulu… tension la aku… dah la nak suruh aku study report builder.. cemana..? aku tak kira.. aku tak angkat telefon tu.. aku suruh je partner aku ajar dan tunjuk cara nak edit dan create sebarang file… tapi dlam pada tu terganggu juga dengan kedatangan officer dan staf yg minta bantuan.. takpe laa.. yg urgent aku bantu la…. tapi yg asyik call problem je ni.. aku cadang biar la solve problem tu sebelah petang… itupun kalau ada staf backup jawab telefon dan ambil pesanan.. kalau takde tak dapat nak buat cemana laaaa… so..?? aku akan teruskan rancangan aku… study sampai dapat gambaran yang sebenar… insyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *