adiputra.org

Rahsia yang tersembunyi…

Mmmm… Sabtu… hari keje yg pendek dan boring… biasanya hari ni la takde keje sangat… semua dok lam bilik.. kat tempat masing²… aku taktau samada mereka review keje yg dilakukan.. plan apa yg akan dilakukan next week.. atau layan diri… cam aku ni… macam² aku buat.. terutama untuk urusan sendiri… hari camni.. biasanya aku repair pc… buat statistik… ubah design web… update maklumat web.. buat minit.. buat laporan… rilek.. gi bank… dan yg paling aku takleh elak… nulih jurnal… hehehehhh…

menulis sebenarnya baik untuk meluahkan perasaan dan keadaan.. ia mempunyai satu rahsia tersembunyi… apa itu rahsia tersembunyi…? dah namanya rahsia tu memanglah rahsia… kan..?? tapi tersembunyi pulak… hehehhhh… sebenarnya maksud rahsia tersembunyi ni… rahsia yg tak diketahui oleh sesapa pun termasuk kita… kita seperti dapat rasakan ia ada… tapi bagaimana..?? cemana..?? apa..?? siapa..?? kenapa…?? papapapaa…??? hinggalah satu tahap… kita dah rasa ok… tapi kenapa..?? bila..?? siapa..?? papapapaaa…??? so… that is.. hidden secret… kita takkan tau.. apa rahsia itu… yg tau.. ia wujud tetapi tidak dapat digambarkan…

seminggu aku berkursus… dan seminggu aku sambung keje.. aku dapat lalui berbagai ragam dan pengalaman… bila aku fikir.. banyak sangat nak tulih.. tapi bila dah sampai hari ni.. tak tertulih… lagipun.. hari kerja aku minggu ni terlalu pack… aku nak sentuh pc aku pun cuma sempat 2 jam sehari… yg lain cam biasa laa.. meeting.. discussion… troubleshooting… installation… mmm…

tension…. serabut… boring… semua telah reda… aku harap akan dapat hilang dalam masa terdekat… lagipun staf dan pegawai aku pun dah boring ngan aku.. hahahahahaaa…!! kenapa mereka perlu boring ngan aku..?? aku sebelum ni pun tak penah boring dengan kerenah mereka…?? kenapa dulu bila dorang ada masalah dan perlu bantuan aku.. aku tiba dan uruskan pada masa tu juga… tetapi bila aku dah tak tiba tepat pada masa atau aku buat lewa.. mereka dah lupa… siapa aku…?? mmmm… ye laa.. inilah manusia… baru aku tau.. dan baru aku sedar.. kat mana pun aku berada… orang baik ngan aku semata² kerana kepentingan mereka… mereka tau aku boleh tolong.. tak kisah.. sanggup berkorban… gila keje… babebibobu…. etc… tapi tu laa… bila aku tak ubah sikap aku… aku akan merana… merana kerana semua orang bergantung harap pada aku… merana apabila aku tiada.. mereka semua menjadikan aku alasan sekiranya keje mereka tak siap… problem tu tak settle.. masalah ni belum diuruskan… alaaa… bukan department aku je… tapi department² lain… termasuk vendor… aku harap.. mereka akan dapat maafkan aku… aku pun nak mohon maaf tapi taktau cemana cara… maybe apabila ada majlis perpisahan aku nanti… aku dapat kekuatan untuk keluarkan kenyataan ini… aminnnn… i’m very-very sorry…. i just like as ordinary people… walaupun vocabulary aku berterabur.. aku tetap aku… kalau aku terer kang.. aku dah tak camni dah kot…?? mmmmm… setiap kelemahan ada hikmahnya… setiap kelebihan pun ada hikmahnya… jadi kena uruskan diri dengan baik…

selain dari keje opis… keje luar opis pun gitu jugak… tak banyak dah aku involve… maybe aku lebih prefer rilex sekarang ni… projek aku yg hari tu pun dah siap… syukurlah… esok lusa dapat la payment aku ni… tu la.. aku cadang nak beli scooter… hehehhh… ingat nak round putrajaya… berenti kat jambatan.. rilek.. tak pun gi Botani Park… sedut udara bunga… hehehhh…

bercerita tentang prestasi… wadusss.. yg ni aku takleh kata apa…. sejak dua menjak ni… aku failed datang keje kul 8 pagi… aku taktau samada semangat aku hilang… atau semangat aku terkunci… atau aku takde motivasi dalam diri… setiap pagi.. bila aku sedar… aku cuma tengok jam…. setiap 6 pagi.. 6.30 pagi.. 7 pagi.. 7.30 pagi.. 8 pagi… tapi aku still atas katil… kalau dulu… asal nampak jam camtu.. terus bingkas bangun… sekarang dah berbeza… kalau bangun pun.. untuk solat subuh je… pehtu tido balik.. kalau aku tak sedar terus tu.. bila aku bangun je.. memang sah kul 8 pagi… memang terbabas terus la subuh aku… iskkk… hilang terus 30 minit setiap tahap kesedaran… memang teruk betul la aku… sakit kepala yg aku alami pun dah reda sebenarnya… ketulan ‘batu’ dalam kepala ni pun dah beransur hilang… tu laa… semalam… aku masuk tido awal… tapi bila semua dah tido… aku termenung sorang²… kenapa aku jadi camni..?? teruk sangat ke..?? hishhh.. susah aku nak cari jawapan… yg aku dapat rasakan cuma environment keje aku… masih lom stabil… so.. aku amik keputusan untuk settlekan masalah environment tempat keje aku dulu… tapi bila nak start..?? rasanya dah start… hehehehhh… taktau lerrr… well… malam ni kat surau area rumah aku ada majlis ilmu.. mengenai ‘Israk n Mikraj’… perisitiwa ini memang kita semua perlu sentiasa dengar dan faham… agar Kebesaran Allah S.W.T. ini tidak hilang dari pengetahun generasi kita… ramai orang kata.. ‘alaa.. mende sama je…’ tapi… kalau kita suruh dia cite.. yg dia tau cuma Rasulullah S.A.W. naik ke langit je.. tapi peristiwa lain tu banyak yg dia kurang tau… lagipun yg penting… kalau kita nak cite kat anak cucu nanti… baru tau… di mana dan kat mana idea tu nak datang… MasyaAllah… so… malam ni ye… lepas solat Maghrib…

errrr… tentang kesihatan…. aku risau gak sekarang ni… dari segi tekanan darah dan jantung… ok… cuma tangan kanan aku ni pulak.. 3-4 hari ni sengal semacam je… actually aku penah eksiden motor dulu… masa tu pakai TZM… eksiden ngan Pemandu Teksi yang bangang… memang aku sumpah seranah si bangang tu.. coz langgar lari… terima kasih kepada brother yg berkereta sport yg kejar si bangang untuk bantu aku… hish.. kalau teringat je mesti aku naik angin… peristiwa ni berlaku 4-5 tahun dulu sebelum aku kawin… so.. tangan kanan aku ni terkehel kat bahagian siku… sebulan lebih baru sembuh… tapi biasa laaa… kecederaan camni kata tukang urut.. akan kekal kalau tak urut sentiasa… sebab dah tak stabil… setiap hari bila aku aku gerakkan untuk buat pusingan akan bunyi.. ‘krakkk’… urat yg tak betul kedudukannya… mmmm… kena urut tapi bila nak pi taktau laaaa… dah setiap tahun.. akan datang ler sengal dia… lagipun tangan kanan aku ni banyak guna ‘mouse’ komputer… lagi la dia buat perangai… hehehhh… sekarang ni… sengal… senak… jem… aku genggam tangan pun rasa kebas… ye la tu… dah datang balik ler ni… well… takpe… ada free aku pegi urut lerrr… kalau dibiarkan.. bila dah ‘tua’ 50-60an nanti (sekiranya masih ada hayat..) akan terus kekal dan sentiasa sengal… errr… aku pun taktau bila dah peringkat umur camtu… adakah aku masih menggunakan pc..??

errr…. tengah menaip tadi… RA big boss datang… minta tolong aku cari koleksi gambar² aktiviti department aku untuk burn lam CD… hehehehhh… no problem.. semua ada dalam pc aku yg rock ni… so.. aku ingat… sampai sini dulu laaa… keje is keje… rock is rock…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *