Projek Pembangunan Sistem Online Vida Beauty

Pada 26hb. Disember 2016, saya telah dijemput oleh Premium Partner Dato Seri Vida untuk satu sesi perbincangan dan demo bagi membangunkan sistem untuk kegunaan Stokis dan Ejen Vida Beauty.

Terima kasih di atas kepercayaan Dato Seri Vida kepada saya dan team Adi Karya Sdn Bhd untuk dipertanggungjawabkan bagi membangunkan sebuah sistem yang khas untuk kegunaan team Vida Beauty yang akan dimulakan pada awal 2017 nanti.

Terima kasih juga kepada Zawiah Binti Aziz & Zarina Binti Aziz (Sanggul Event Management) kerana memberi peluang ini kepada saya untuk bertemu mata dengan ikon produk kecantikan dan kesihatan, iaitu Dato Seri Vida di Wisma Vida Beauty di Ipoh. Selesai perbincangan, Dato Seri Vida bawa kami semua melawat lot kedainya di Angsana Mall, Ipoh dan juga warehouse di Taman Meru, Ipoh. Sampai tengah malam juga baru kami semua bergerak semula ke KL.

     

     

0 comments on “Projek Pembangunan Sistem Online Vida BeautyAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *