adiputra.org

Projek masih tak siap… kepala kena attack virus…

Fuhhh…!! sakit pala aku… tak kusangka hari ni begitu berat… dah la tengah tak sedap badan… kena siapkan laporan projek… pehtu kena update web… then kena settle beberapa perkara yg melibatkan data migration lagik.. tapi yg ni tak sempat diuruskan.. aku just kiv untuk esok… ape pun.. cuaca bilik yg sejok banyak buat tekak aku pedih.. telan air liur rasa sakit semacam je.. nak selesema kot..?? iskk…

pagi tadi aku sempat diskas ngan team vendor.. nak settlekan modul user security next week.. iskk.. lagi seminggu lebih lagi… Jun is coming.. kena cepat register semua user staf yg akan guna sistem baru ni… portal dah beres.. cuma nak mirroring je lom lagi… yeahh..!!

pagi tadi jugak project manager vendor dah inform aku untuk adakan kursus report builder hari jumaat dan sabtu ni kat team teknikal department aku.. wadusss..!! bila dah bagitau last minute ni yg payah ni.. terpaksa aku contact officer untuk minta permission nak tarik staf dorang setiap unit… tapi tak settle gak.. esok aku cadang nak jumpa ngan big boss.. cite kat dia sket situasi sekarang ni… samada perlu diteruskan atau boleh ditunda… pening… tapi aku takleh nak tunjuk mende ni stuck.. coz aku dah apply cuti 2 hari next week… kekekeeehhh… cadangnya nak gi bercuti kat resort kat area pantai timur plak.. aku taktau nama tempat apa.. tapi ayah aku dah tolong booked… satu resort baru yg aku tak penah pegi dan tengok… rehat la sket.. dah lama tak join family aku berpicnic… dengan family wife aku dah banyak kali dah….. so bawak wife, anak², mak ayah dan adik² aku sekali… baru best… ape pun.. pak sedara dan mak sedara aku memang hangin tul.. marah dorang coz takleh nak join.. sebab aku book time weekday.. dorang payah nak cuti last minute.. kekekeehhh… dorang suruh aku tunda ke cuti sekolah.. tapi masa tu aku bz gilerrrr… lagipun mission utama nak bawak family aku je… boleh la relax kat resort 3 hari 2 malam.. then balik semula… rock balik kat opis.. kekekeehh… kalau dah ramai sangat… takleh relax la pulak… jadi bercuti dan bermain.. especially bbq and sandball… kekekehhh…

esok… mmm…. ok laa.. jumpe big boss dulu…

tengahari… aku ngan wife pegi tengok satu rumah baru.. teres dua tingkat kat area Puncak Utama, Balakong Jaya… tuan rumah tu nak jual… nampak gayanya aku dan wife aku berkenan sangat… berhadapan ngan taman dan surau… angin pun cantik je bersepoi²… so ada chance laa.. insyaAllah… amin…. ape pun aku dan wife kena uruskan dulu untuk jual apartment dia kat serdang nun… tak larat nak maintain dua rumah dalam satu masa… dah la sekarang penyewa takde.. sakit la jugak nak bayar gitu je bulan²… kereta lagi.. (nak tukar Gen2 pun tengah hold..) rumah yg dok sewa lagi… so kena cuba la nanti secepat mungkin urusan jualan tu.. kalau ada penyewa.. lega sket… mmm… kekadang bila fikir kapital ni… sakit pala jugak.. freelance project pun dah slow dah sekarang ni… risau aku… member² semua sepi tanpa berita… bz atau takde project..??? tapi syukurlah.. ada rezeki lain akan membantu… tapi not for longer period… untuk uruskan nak beli rumah tu mungkin ada.. tapi untuk maintain a better life.. tak sure lagi…

semoga Allah memberi petunjuk dan memurahkan rezeki kami sekeluarga.. amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *