adiputra.org

Projek dan Misi…

Sejak dua menjak ini aku rasa keadaan diri aku agak keliru… dengan tugas dan tanggungjawab terhadap diri aku, keluarga dan pekerjaan… walaupun kadangkala aku rasa aku amat bertuah dan bersyukur dengan apa yg telah dikurniakan kepada aku… tetapi rasa seperti ada ketulan yang tidak dapat dikesan di dalam firasat hati aku… ia umpama kanser yang tak dapat dikesan… hidup dalam berjaga-jaga…

semalam.. aku berkesempatan berjumpa dengan 2 orang penting kampus dalam bidang IT… keduanya ialah ajk steering committee… dari apa yg mereka bincangkan mengenai sistem department aku… aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena… memanglah aku dah lama tak mahu ambil tahu mengenai management… tapi rasa macam menyesal pula sebab tak ambil tahu… ini kerana siapa yang akan dipersalahkan pada suatu hari nanti…?? aku laaa… biasa la tu… bila sistem atau sesuatu projek itu berjaya… orang yg buat bukan dapat apa pun… department yg kena puji… tapi kalau ada problem atau gagal… bukan department yg kena.. tapi orang yg buat tu la yg kena… kadangkala aku rasa keadaan ini tidak adil… walaupun sentiasa berlaku macam ni… balik je dari jumpe mereka.. aku termenung panjang sepanjang perjalanan balik ke opis… projek aku ni akan berakhir Disember nanti… selepas itu projek akan disambung dengan kontrak baru iaitu untuk tujuan upgrading… aku dah berhasrat untuk meletakkan jawatan dari menguruskan projek ini… apa yg aku nak buat ialah support dari segi teknikal dan sistem… menguruskan database dan integration antara department aku dan department lain.. aku dah tak larat nak menguruskan bab pengurusan ni… officer IT aku yg baru tu pun… aku dah try latih dia sikit² untuk handle perkara ni… tapi… dah nampak dah kesan tekanan dia… payahlah aku macam ni… kalau problem atau masalah nanti big boss akan cari aku juga… nowhere to run… sadis rasanya… beban yang mendatang kena galas juga… hingga aku rasa kemajuan aku dari segi teknikal agak slow pada tahun ini.. lepas cuti raya tempohari… ada seorang timbalan pengarah dari department alumni datang jumpa aku untuk dapatkan data statistik dan address pelajar yg dah grad… dia kata tempat dia susah nak dapat officer IT dan programmer… yang ada cuma staf admin saja… terfikir juga aku… kalau aku boleh bertukar ke sana… mungkin aku dapat lakukan sesuatu di sana.. develop sistem untuk manage data pelajar yg dah grad untuk tujuan archived dan buku… ape pun lamunan aku terhenti kerana aku rasa perkara itu adalah mustahil… buat penat fikir je…

aku mengimbas awal minggu lalu… aku dan wife lunch dekat sebuah restoran mamak yg famous kat area sini… terserempak dengan ex-2nd boss aku… dia tanya aku dah sambung study ke belum..? aku kata belum… dia nasihatkan aku supaya sambung… jangan ambil full time.. ambil kerja sambil belajar.. nanti rugi service aku dengan government… yg pasti dia kata akan ada kelonggaran untuk aku dari segi tugas sekiranya aku ambil kerja sambil belajar.. lagipun aku staf… ada skim tertentu yg aku boleh ambil untuk meneruskan pengajian… mmmm… ada betulnya kata ex-2nd boss aku tu.. tapi… kalau aku masih kerja di sini… aku tak yakin aku akan dapat tumpukan perhatian aku kepada pembelajaran… mana taknya.. kerja sentiasa sibuk.. ada partner pun aku juga yg kena remind, kena jawab, kena bertanggungjawab, buat revision dan post-mortem.. sampaikan masa aku dengan keluarga pun terganggu… inikan pula dengan belajar… aku mati akal di sini… ape pun jalan yg aku nampak tidak lain dan tidak bukan ialah bertukar department… walaupun ramai yg kata kerja ni sama je beban dia kat memana.. aku tak percaya sebab apa yg aku perhatikan sendiri officer IT atau programmer di tempat lain ada masa untuk diri mereka sendiri mendalami ilmu IT yg luas terbentang… mereka hanya bertanggungjawab sepenuhnya dengan tugas IT.. tak macam aku.. tugas IT.. tugas pengurusan… ISO… teknikal dan tugas admin yg lain… amat meletihkan…

sekarang ni… aku sedang merancang… berusaha… aku ada plan tersendiri…. minggu depan aku nak jumpa pegawai yg menguruskan staf yg sambung belajar.. aku nak tanya dia pasal skim mana yg sesuai… dan dalam pada itu.. aku nak tanya mengenai pertukaran tempat… kalau dia kata boleh.. aku akan jumpa big boss dan bincangkan hal ini dengan dia… aku bukan apa.. aku sayang pada department aku… pada big boss… pegawai dan semua staf yg banyak membantu… tapi… aku dah tak larat nak menanggung semua ini kerana aku bekerja dalam menganiayai diri aku sendiri… buat kerja pegawai.. tapi jawatan penolong pegawai saja… gaji dan imbuhan yg aku dapat tidak memadai… aku tak salahkan sesiapa.. aku salahkan diri aku yg tidak berusaha untuk merubah keadaan aku… bagaimanapun aku percaya pada Kehendak Qada’ dan Qadar Allah S.W.T…. tidak akan berlaku apa yg berlaku sekarang melainkan ada hikmah yg besar disebaliknya… aku dah sedar hal ini.. walaupun apa yg aku dapat ini slow… tapi orang lain takkan dapat apa yg aku dapat… dan bila aku dah sedar… aku perlu berubah demi masa depan… tidak ada sesuatu yg lain yg dapat merubahnya selain dari diri aku sendiri…. ok.. aku sedar akan hal ini.. insyaAllah aku akan mulakan dengan segera…

Ya Allah… bantulah aku… berikan aku petunjukMu…. amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *