Program Freemarket 2.0 Bersama UPM

freemarket2upm

Alhamdulillah, Tahun 2016 yang orang kata makin malap ni, Aku dan team Adi Karya Sdn Bhd beserta Kolej Tun Dr. Ismail (Kolej Ketiga) UPM telah bersepakat untuk bersama-sama menjayakan satu program CSR (Corporate Social Relationship) yang dinamakan FREEMARKET 2.0. Program ini akan diadakan sepertimana berikut :

Tarikh : 19hb. Mac 2016 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 1.00 tghri.

Tempat : Dewan Besar UPM.

Program ini merupakan satu program untuk mengumpul komuniti penyumbang (usahawan, penderma individu, syarikat, sukarelawan) dan juga penerima sumbangan (golongan asnaf, ibu tunggal, anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, OKU dan sebagainya).

Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya dan UPM dalam program tersebut boleh hubungi saya (adi – 0193969629). Booth disediakan secara percuma untuk setiap penyumbang. Sijil penghargaan dan pelepasan cukai (untuk sumbangan kewangan sahaja). disediakan oleh UPM. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web adikaryasb.com.

Ayuh kita menyumbang untuk golongan yang memerlukan kita. semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan yang kita sama-sama usahakan ini. Amiiiinnn….

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”¬†(Surah Ali Imran : 92)

0 comments on “Program Freemarket 2.0 Bersama UPMAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *