Program CSR Persatuan Penduduk Taman Puncak Utama

Selaku AJK biro aduan & kebajikan dalam persatuan penduduk, aku ditugaskan untuk membantu menyediakan data untuk kegunaan sistem kad akses pagar berpalang (barrier gate). Sebenarnya projek ini telah dirancang sejak 2 tahun lepas lagi dan setelah dana serta kerjasama  daripada penduduk semakin bertambah maka projek ini diteruskan dengan jayanya. Ini bagi menggantikan sistem keselamatan yang sedia ada bagi mempertingkatkan lagi kawalan dan urusan di antara persatuan, para penduduk dan syarikat kawalan keselamatan.

IMG-20160809-WA0018#1   IMG-20160809-WA0021#1

sticker n cardSelain dari penyediaan pagar berpalang, pelekat kenderaan samada motosikal atau kereta juga turut sama disediakan bagi memudahkan pemantauan sesama penduduk. Aku amat berharap usaha dan kerjasama yang telah AJK dan para penduduk usahakan ini disokong sepenuhnya oleh kesemua penduduk tidak kira yang menyewa mahupun warga asing.

Pada 9hb. Ogos 2016, satu demo telah diadakan oleh syarikat yang menyediakan khidmat pagar berpalang ini. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Persatuan, Ketua Bahagian Keselamatan dan beberapa AJK lain untuk perbincangan.

0 comments on “Program CSR Persatuan Penduduk Taman Puncak UtamaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *