Program BIDA 2.0 (Bumiputera ICT Demand Aggregation) 2016

Pn-Gee-JNJ

Pada 24 & 25 Mei, 2016 yang lalu, aku telah mendapat jemputan ke sesi pertama program BIDA 2.0 (Bumiputera ICT Demand Aggregation). Program ini anjuran MDeC dan juga JNJ Group ini bertujuan untuk membantu, membangun dan mempercepatkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera ICT berdasarkan keperluan pasaran terhadap permintaan di dalam satu kumpulan pasaran (supply & demand).

with-mentor-azaProgram ini amat bagus dan kami bersyukur kerana terpilih sebagai salah satu syarikat yang akan disenaraikan di dalam direktori MDeC bagi projek-projek IT akan datang menjelangnya persaingan dalam TPPA 2017 nanti. Untuk Sesi Pertama ini, pendedahan kepada peraturan SSM, LHDN dan GST adalah diutamakan agar tidak timbul masalah dalam perniagaan suatu masa nanti. Selain itu, teknik dan isu branding juga dibincangkan bersama antara panel dan peserta.

Terima kasih kepada Pn. Nurazamila bt Marni (Aza) sebagai mentor/coach Adi Karya Sdn Bhd atas peluang yang diberikan ini.

Terima kasih juga kepada Ku Ya (MDeC) dan juga Pn. Gee (JNJ Group) kerana idea untuk mengadakan program ini. Selain daripada ilmu dan maklumat yang dicurahkan, dapat juga bertemu rakan-rakan lama semasa pengajian dan juga semasa berbisnes termasuk networking baru. Semoga kita semua akan mendapat manfaat dan ‘sesuatu’ daripada program ini. InsyaAllah.

0 comments on “Program BIDA 2.0 (Bumiputera ICT Demand Aggregation) 2016Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *