adiputra.org

Problem itu… datang jua…

Hmmmmm… memang tak boleh nak elak dah… memang takleh kata apa dah… problem network berlaku lagi… kena pula hari ni hari pendaftaran berdenda… network pula buat hal… sekejap ok.. sekejap timeout… mengamuk abis student dan pensyarah atas apa yang berlaku ni.. bukan itu saja.. staf aku pun mengamuk juga sebab mereka diamuk.. dan aku.. diamuk momok.. amuk.. amok… wadus… sabar… sabar… cam biasa laaa… bila jumpa student yang problem.. senyum… layan baik.. mereka akan ok… bila jawab call dari pensyarah dan pelajar… pun kita layan baik maka akan baik la mereka… hehehehehhh.. psikologi la pula.. tapi memang berkesan 100%… sebab praktikalnya memang berjaya…

problem kali ni berkisar tentang switch di data center.. aku masih belum dapat laporan penuh.. masih menunggu lagi laporan problem tu dari ketua teknikal network untuk explain kepada management… aku harap esok masalah ini takkan berlaku lagi sebab banyak operasi yang dilakukan hari ni tidak dapat diproses.. kena extend sampai esok.. sekiranya esok masih lagi problem.. naya… akan bertambahlah extended version… lagipun esok aku kena attend satu meeting untuk integration dengan sistem portal ilmu… pagi pula tu.. tak tahu lah abis pukul berapa… tinggalkan dua partner aku yang masih lagi terbeban itu… hehehehhh.. kesian… aku harap esok mereka dapat hadapi hari² yang terbeban ini… officer IT aku pula sejak jumaat lepas selepas meeting ISO tu.. dah tak nampak muka dah petangnya.. hari ni satu hari suntuk tak nampak… mc ke.?? cuti kot..?? takde berita langsung…

sekarang ni aku tengah break sekejap.. tak larat dah nak query data² yang sepatutnya aku bawa untuk meeting esok… mana tak nya… kejap network O.K… kejap K.O… berapa banyak dah angin aku dah putus tadi… nak taknak kena godek juga sebab aku kena bagi metadata yang real punya dah besok ni.. bukan jenis table macam meeting lepas… ini yang dah confirm akan digunakan untuk integration.. tu pasal la lenguh dah jari dan mata aku… kekadang query yang aku buat tak keluar sepertimana format yang dikehendaki.. kejap error.. kejap itu ini… adoiii… takpe laaa… break minda sekejap… kat luar tu dah hujan lebat… aircond aku terpaksa tutup… tak tahan sejuk dah… nescafe latte aku pun dah abih… iskkk…. apa nak minum lagi ni…?? air mineral..? air paip..?? hishhh..!!

cemanapun.. melihat keadaan ketidaklaratan aku ni… esok aku akan inform je network yang tidak stabil menyebabkan aku gagal menyediakan data sepertimana yang sepatutnya… tapi.. boleh diterima ke..?? aku dah tak larat dah nak menggodek nih.. WAARRGHHH…!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *