adiputra.org

Pilihan Raya Umum ke-12

Aku sebenarnya malas nak bercerita pasal pilihan raya ni.. tapi tak bermakna aku tak ambil tahu langsung pasal pergolakan politik yang berlaku dalam negara… bukan begitu… Aku pun dah semakin sedar sekarang ni.. walaupun dulu aku seorang yang ‘low profile’ dan malas nak campur hal ehwal dalam negara… mana taknya? kepala asyik fikir nak menjelajah dan bekerja serta hidup di luar negara. Ceehhh..!! tapi tidak sebenarnya, hati kecil aku masih sayangkan negaraku Malaysia. Kerana di sini ibubapa, adik beradik saudara mara dan sahabat handai sentiasa ada pada bila masa yang diperlukan. Aku dah merasa hidup di dunia luar… dan aku rasa aku masih memilih negara aku sendiri kerana Agama, Bangsa dan Negara. Kehidupan di luar jauh berbeza untuk orang yang ortodoks dan tradisional seperti aku. Kalau pergi pun untuk tugas dan kerjaya tu ok… namun untuk hidup di sana tidak sama sekali. Biarlah orang kata rugi, bodoh, sayang dan bla bla blaaa… biarkan…

Berbalik kepada Pilihan Raya Umum… aku mula ambil tahu pasal politik sejak 1999… biar pun lewat dari yang sepatutnya tapi kehangatan pergolakan politik pada masa itu sedikit mencerna fikiran negatif aku dalam politik. Dari reaksi kawan-kawan kampus, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan sekampung aku mula berfikir… kenapa dan mengapa…? tapi yang betul-betul menyedarkan aku ialah… siapa aku? kuasa aku? kepercayaan aku? keyakinan aku? terhadap dunia politik… hanya satu saja… satu ‘undi’… pangkah memangkah… untuk memilih wakil rakyat dalam pergolakan dunia politik…

Aku secara peribadi, melontarkan rasa terharu dan bangga dengan keputusan pilihan raya umum ke 12 ini… kerana apa? kerana aku rasa aku dan rakan-rakan aku yang selama ini perjuangkan dan inginkan perubahan dalam era pemerintahan kerajaan telah mula nampak semangat dan perjuangan rakyat yang selama ini tertindas dan menjadi mangsa keadaan dari orang-orang kerajaan yang tertentu… yang tamak haloba, rakus, dayus serta kayu semata-mata kerana wang dan kuasa. rakyat perlukan wakil yang boleh perjuangkan hak rakyat, perjuangan rakyat, kemudahan rakyat dan segala-galanya untuk rakyat. Kerana rakyat yang memilih pemerintah… bukannya kerajaan yang pandai berkata-kata menutup lubang atau pekung yang mereka lakukan… nak kata rakyat tak kenang jasa? BullShit..!! siapa yang tak kenang jasa sebenarnya?

Sejak tahun 2004, sehinggalah sebelum pilihan raya ini, aku merasa meluat, marah dan bosan dengan kerajaan. kerana perkara biasa, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tol, kenaikan darah tinggi… aku dah benci dengan itu semua… sebab kalau negara yang maju macam negara kita ni kerajaan tak boleh kawal? apa tujuan kita pilih kerajaan kan? kerajaan asyik-asyik nak minta rakyat bersama-sama membantu kerajaan menangani masalah ekonomi sosial negara. Tapi siapa yang uruskan? kena fikir sendirilah… takkanlah kita yang kerja sawah padi, menoreh getah, mencuci tandas, mengangkut sampah pun kena bantu sama? aku ambil contoh-contoh mereka-mereka yang masih bekerja di aras yang bawah yang masih setia… masih sudi melakukan itu semua demi negara… tapi apa yang negara buat untuk mereka? kenaikan kos sara hidup akan lebih mengazabkan lagi kehidupan mereka… siapa nak bantu? kerajaan? bantu macam mana? balik-balik dengan ucapan semangat yang dah patah, layu serta basi. Kerajaan kadangkala buat perbandingan harga minyak dan harga barang dengan negara lain… kenapa? kita bukan hidup di negara lain? kita hidup dalam negara sendiri… orang luar datang negara kita nak bekerja… ada kemajuan dalam negara sendiri… negara kita adalah terbaik… mereka nampak tapi kita di mana? bila nak habis isu ni selagi kita butakan mata…?

dan yang paling aku meluat, macam biasalah… bila dah dekat pilihan raya… baru nampak muka wakil rakyat… jumpa rakyat, mesra rakyat, bodek rakyat… apa lagi? untuk rakyat? cuma aku nak kata.. rakyat dah makin matang dah dengan keadaan dunia Malaysia sekarang ni… yang senang makin senang.. yang susah makin susah.. kerana perpecahan aliran kewangan bercabang dua atau tiga… Kalau diteruskan aliran pemerintahan begini… aku rasa tak lama Malaysia ni… hancur… akan jadi berkasta-kasta… akan jadi huru-hara… tapi aku harap tak berlaku macam ni… kerana kesedaran rakyat dah ada… Kemenangan besar parti lawan terhadap parti kerajaan di beberapa buah negeri telah menyedarkan kita semua… bahawa kita sebagai rakyat masih ada kuasa… kuasa kecil yang apabila dikumpulkan akan menjadi besar…

Walaupun kerajaan masih di bawah parti Barisan Nasional… aku berharap selepas ini sedarlah… fikirlah untuk rakyat… jangan fikir untuk negara semata-mata.. kerana apabila rakyat sudah senang dan bahagia… negara akan aman dan damai… biar ada satu kerjasama erat antara rakyat dan kerajaan… jangan jadi macam negara lain… rusuhan, kekacauan, konflik yang berterusan… negara kita pun dah hampir-hampir dah jadi macam tu… jadi… berhenti… sebelum ia terus memburukkan keadaan…

Harapan aku… Barisan Alternatif yang telah berjaya merampas beberapa negeri dari parti Barisan Nasional, serta yang dapat menggoncang gugat kedudukan dan keputusan kerajaan kali ini akan mengotakan janji mereka kepada rakyat… sepertimana manifesto yang dilaung-laungkan… jika tidak… pilihan raya umum ke – 13 akan dapat melihat perubahan lagi… dan lagi… dan itulah dia negara aku… Malaysia…

 Tahniah kepada Semua Parti yang menang… Takziah kepada Parti yang tewas… samada yang menang atau kalah… marilah kita fikir-fikirkan sejenak akan keindahan alam ini… yang sementara dan penuh dugaan serta ujian… Allah S.W.T. itu maha adil lagi maha berkuasa…

Aku sentiasa di sini sehingga nafasku terhenti… Wallahu’alam…

2 thoughts on “Pilihan Raya Umum ke-12

  1. Semoga keadaan negara Malaysia akan pulih tidak lama lagi. Sedih apabila membaca updates pegolakan politik di negara sendiri..walaupun jauh dari tanahair..Malaysia tetap di hatiku….

  2. Salam perkenalan,

    Sesuatu yang menarik telah berlaku dalam senario politik negara kita, dan ramai blogger berbicara berkenaan keputusan PRU 12 dalam minggu ini. Mari kita berdoa moga ahli politik negara kita sudah matang dalam urusan pentadbiran negara. Tiada yang mustahil.

    Ahmad Azal Afarok
    http://www.binausahawan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *