adiputra.org

Persediaan untuk Konvo…

Sepanjang pagi… aku uruskan data pelajar untuk dihantar ke unit kad matrik dan library… yang ni kena pastikan patron id dah betul… takde clash dan sangkut… kemudian aku uruskan data untuk emel.. yang ni susah sikit… sebab aku kena trace balik id student yang belum dapat emel pelajar… data yg aku query dari database pula terkeluar semua sekali termasuk student yang dah grad.. perghh… terpaksa tangguhkan dulu untuk dapatkan maklumat terkini dari unit data center yang jaga emel student… kot aku terhantar 2 kali… ape pun.. yang ni aku tunggu SA data center tu bagi feedback.. selain itu.. kerja aku hari ni banyak support info student yang tertinggal nak register.. dengan kata lain.. minggu registration dah tamat dah.. masa ni yg leceh ni.. aku kena update data mereka kat system.. kat portal… kat library… kat smartcard.. kat bahagian kewangan.. adooii…

petang… meeting untuk konvo… aku ada tugas tersendiri… hari pertama.. aku kena jadi paparazzi… hari selanjutnya sehingga 2hb. ogos aku kena jadi jurupandu masuk.. adooii… glamer + segansilu + rock… aku taknak sebenarnya.. tapi staf² ni laa.. dah takde orang lain dah… semua pakat tunjuk aku.. terpaksa laa.. takpe.. overtime… kalau aku dok rumah masa cuti pun… boring juga… baik cari duit lebih sikit… mmmm….

lepas ni nak sediakan peralatan dan barang yang nak di bawa ke dewan besar esok… aku ingat nak bawa balik rumah.. esok terus ke dewan.. takyah singgah opis dah… kalau masa tu panjang lagi mungkin boleh… kalau tak… memang kena redah je la kawalan keselamatan tu… ape pun.. selamat bertugas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *