adiputra.org

Persediaan Server sistem…

Hari ni perut aku tak berapa ok… agaknya semalam aku makan maggi in cup dan minum jus oren banyak sangat.. pepagi lagi dah meragam.. well.. sampai opis lam pukul 8.10 lebih kurang.. mmm… pagi tu aku check mail.. reply apa yg patut.. then aku call beberapa company untuk minta project update report dan contact company yg aku beli thumbdrive yg mana mende tu tak function… then.. aku ni taktau la cemana boleh tergerak hati untuk call salah sorang officer yg incharge lam bab tender dan kontrak.. rupanya dokumen aku yg aku siapkan semalam takleh hantar camtu.. kena buat surat permohonan dan buat 7 salinan.. siap binding lagi.. coz kena bawa ke meeting lembaga perolehan… hulamak.. kalau aku tak call dan hantar camtu.. sure aku kena basuh secukupnya kat officer yg lebih besar yg jaga tender ni… beberapa jam lepas tu.. aku bawak sample untuk tunjuk kat officer yg baik hati tu… so tahulah aku apa yg patut aku buat… iskk.. thank god… maybe berkat hari Jumaat…
Kerja lain tak berapa banyak hari ni… dari pagi sampai petang buat semakan mengenai projek… then teringat pasal server baru… aku call officer yg jaga server kat data center.. takde orang angkat.. frust lagik.. mana la dorang pegi.. dah 2-3 hari aku contact… takkan beku lam bilik server kot..?? minggu depan server dah sampai.. so.. cemana ni..? sape nak approved department aku punya server untuk masuk ke server room..? adoii… kebetulan plak hari hantar server tu jatuh pada second worksyop project… rugi la kalau aku tak masuk… cemana ni ye..?? dba vendor plak masih lom bagi kat aku database punya skema.. risau aku kot steering committee tanya… chairman suruh rujuk ngan technical committee… tapi aku tak gi pun lagi coz takde bahan.. takkan nak gi borak kosong je… heheheh.. alamak… teringat lagi.. bila nak setup steering committee meeting yg kedua ni..? minggu depan.. memang pack… majlis ikrar, meeting majlis ikrar, rehearsal majlis, worksyop dan server delivery… aku rasa ada reason la nanti kalau dorang tanya nape tak buat bulan ni…

mmmm… dalam ittutor plak.. hari ni paling banyak orang bagi pandangan pasal ‘forum sembang’.. rupanya forum ni punya pengaruh yg besar kepada semua ahli… malah moderator sendiri… aku tak sangka jadi ‘hot’ sekejap… tapi takpe.. ini perkembangan yg bagus… baru la aku tau kepentingannya di ittutor.. hehehhh… well.. hopefully it is not serious… aku rasa semua ahli sudah matang dan faham tentang apa yg aku dan moderator nak sampaikan… sebab ia bertujuan baik punya… bukan saje suka² terutamanya bila sentuh bab polisi… tergeraknya hati aku ni pun lepas aku ditegur oleh seorang ahli… (dia kata aku berposting sambil tido ngigau coz aku tak monitor topik.. takpe.. aku terima.. maybe LMT dan Xs pun ada terima komplen ni kot..? agaknya sebab tu LMT bukak satu topik pasal forum sembang dan arah tujunya.. mmm..) disamping itu komplen dari beberapa moderator… terutama mengenai topik dan isu… bukan senang gak nak list down apa yg boleh dan apa yg tak boleh… sebab topik forum sembang ni terlalu umum.. boleh meliputi pelbagai aspek kehidupan.. nak cari solution senang je… bukan aku sorang yg kena fikir… semua sekali terlibat.. baik ahli mahupun moderator sendiri… kekadang bila aku fikir betul gak apa yg dorang komen tuh… sampai bila harus aku dan team moderator sembang harus biarkan masalah ni.. Xs memang busy.. jarang dah dia masuk.. LMT pun aku tengok busy gak.. lagipun dia kena handle forum lain lagi.. so.. aku sorang je la kat sini yg hari² dok berposting.. heheheee… kena pikul tanggungjawab bersama la ni…

aku amat berharap… para moderator dan ahli semua faham apa yg aku dan team nak perjuangkan sempena umur ittutor yg dah masuk tahun ke 2 ni… aku pun dah setahun dah kat sini… aku nampak ada perubahan dari masa ke semasa… rasa bangga pun ada.. sebab komuniti ittutor adalah komuniti yg berwawasan dan understanding… lagipun beberapa forum baru dah diwujudkan sebagai menampung informasi terbaru… selain tu ittutor dalam proses meningkatkan dan meluaskan lagi empayar informasi ITnya.. banyak projek dan aktiviti telah dirancang dan telah dibuat… so.. semua ittutorian kena bersama dalam hal ini… terimalah segala teguran dan peraturan dengan ikhlas tanpa prasangka… barulah kita dapat mencapai matlamat sebenar… kpd ittutorian.. kalau aku ada buat salah.. tegurlah aku.. aku pun manusia biasa gak… kekadang lupa dan alpa… terima kasih kepada sesapa yg pernah mengingatkan aku… budaya tegur menegur dan nasihat menasihati amat diperlukan sentiasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *