adiputra.org

Pemergian Bapa Saudara… Suatu Coretan…

23hb. Julai 2005… bapa saudaraku yang paling disayangi dan dihormati telah pulang ke Rahmatullah dalam usianya yang ke 46 tahun… aku dapat khabar ini dari panggilan bapaku pada waktu subuh… bapa saudaraku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam lebih kurang 5 pagi… akibat dari Accute Coronary Syndromes (ACS)… pada pagi itu juga aku dan adikku bergegas ke airport untuk penerbangan pagi.. syukurlah kerana tiket masih ada… dengan itu aku berkesempatan menatap wajah bapa saudaraku untuk terakhir kalinya…

Kesedihan yang aku rasa masih belum hilang… walaupun telah diluahkan setiap kali aku bersolat dan bersendirian… aku tahu.. Allah S.W.T. lebih menyayangi bapa saudaraku itu.. aku harus cekal dan teruskan kehidupan dengan apa yang ada…

hingga sekarang… aku tak dapat melakukan kerja dengan sempurna… masih aku terbayang akan bapa saudaraku.. aku masih tidak percaya ini semua berlaku… terlalu pantas… tanpa kata²… tanpa sempat menatap mata yang bersinar… aku hanya tiba di saat mata itu telah tertutup… aku kucup dahi dan pipi yang dingin… dan aku alirkan airmata lelaki aku untuk beliau…

terima kasih kepada semua kaum keluarga kerana memberi aku penghormatan untuk meletakkan jasad arwah ke dalam liang lahad.. sebagai insan yang terakhir menyentuh mayat arwah… ini adalah satu penghargaan kepada aku untuk bapa saudaraku… sambil hati kecilku mengucapkan selamat tinggal kepada beliau… dan selamat menghadapi dunia baru di ‘sana’..

bagaimanapun.. aku bersedih bukan kerana kehilangan beliau sahaja… aku bersedih kerana jasa dan budi yang telah diberikan kepada aku dan keluarga aku keseluruhannya… sejak dari kecil hingga aku bekerja dan berkeluarga.. beliau sentiasa memberi sokongan… termasuk menjadi saksi kepada aku dalam apa jua perkara… bila dikenang… makin dirasakan sedihnya… baru aku tahu peranan beliau amat besar kepada aku selama ini.. ketiga selepas ibubapaku… seumur hidup aku… sekali saja dalam hidup aku marah pada beliau… itupun sebab perihal projek yang pernah dilakukan bersama suatu waktu dahulu.. tapi perkara itu semua dah berlalu… aku dah maafkan dan beliau sendiri dah sedar akan hal itu… hanya masa menentukan… sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingi sayangnya aku kepada arwah bapa saudaraku melainkan kuasa Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dan jasad arwah… amin…

Al-Fatihah… untuk bapa saudaraku…

Raslan Bin Hussain (1959 – 2005)

SR Tg. Indera Petra/Merbau 
SM Kota Bharu 
Maktab Sultan Ismail

1978 – 1980 
Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Baharu 
Option: Pengajian Inggeris & Pendidikan Seni

1980 – 1987
Guru (Bahasa Inggeris)
Bekhidmat di Kuala Berang Hulu Terengganu & mengajar di SM Tg. Ampuan Intan.

1987 – 1998 
Guru (Bahasa Inggeris & Seni Lukis)
Mengajar di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa Kelantan.

2002
Pegawai Khas
Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *