Panel Penilai ‘Social Media Campaign & Enhance Visibility’ di UPM

1 Pada 25hb. April 2016, aku dan Team Adi Karya Sdn Bhd telah dijemput untuk membuat rakaman video bagi persembahan pelajar-pelajar Komunikasi Korporat bertempat di Dewan Canselori Putra, UPM. Persembahan ini bertajuk ‘Social Media Campaign to Enhance Visibility’ di bawah Dr. Rosmiza Bidin. Sebanyak 10 kumpulan daripada 55 orang pelajar membentangkan proposal meningkatkan visibiliti UPM melalui sosial media.
Untuk sesi ini juga, aku dijemput sebagai salah seorang panel penilai dan juga penceramah bagi berkongsi tips dan ulasan berkaitan strategi media sosial untuk visibilti sesebuah organisasi. Turut hadir ialah Dr. Rosmiza Bidin (Pensyarah Komunikasi Korporat), En. Fahmi (Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat), En. Dell (Ketua Bahagian Perancangan Strategik UPM) dan juga Pn. Norzaina (Pegawai Unit Komunikasi Korporat).
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM atas peluang ini.

7

2

0 comments on “Panel Penilai ‘Social Media Campaign & Enhance Visibility’ di UPMAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *