adiputra.org

Panel Penilai JPK NOSS Visual Art Level 3

mawi n gayourHari ini 24hb. Jun 2015, Rabu. Bertempat di Ibis Styles Hotel, Cheras, Selangor Aku dilantik sebagai Jawatankuasa Teknikal Penilaian Standard (JTPS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau lebih biasa dikenali sebagai Panel Penilai untuk dokumen NOSS yang dibangunkan. Perbincangan hari ini tertumpu kepada NOSS Visual Art (Level 3) dalam dunia Digital. Bayangkan… sebelum ni aku selalu membaca majalah Ujang terutama cerita Bersama Selamanya. Hari ini aku jadi penilai kepada pelukis komik tersebut, bro MazliĀ a.ka. Gayour. hahahahaa..!! Idola Komik Rock aku tu. Apapun Alhamdulillah… hanya menambah apa-apa yang tertinggal dalam sesuatu NOSS… tak banyak yang major. Apabila pakar-pakar yang memberi idea, siapa lagi yang perlu nafikan? Ye tak? Tahniah kepada semua Panel NOSS Visual Art. Semoga generasi akan datang akan perolehi teknik dan ilmu yang berguna untuk mereka perjuangkan dunia seni mereka suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *