adiputra.org

OSHA – 21th – 23th June 2005, ILHAM Resort, PD.

Mmmm… masih lagi terbayang di mata.. terdengar di telinga… pengalaman menjalani kursus OSHA (Occupational Safety & Health Acts)… tapi kursus ini bukan dianjurkan oleh NIOSH… tetapi anjuran dari jabatan HR dan fakulti perubatan dan kesihatan kampus aku… memang perasaan boring tu ada bila kena pergi kursus camni.. kena pula dalam department aku.. aku sorang je wakil… (department lain sampai 20 orang… paling minima pun 3 orang)… so, aku sorang je laaa… nasib baik ada team IT dari department IT… ada la jugak geng untuk aku borak² dan join group… dan yg paling aku buhsan… majoriti yg datang semua dah veteran… 40 ke atas… siap ada setahun lagi nak pencen.. buhsan sebab apa..? yg pergi kebanyakan bahagian teknikal… paham² je laa.. dalam bas bising cam nak rak.. dalam kursus senyap cam ciput… bila suruh present.. tolak orang muda² cam aku.. memang aku dah kena dah dalam satu kursus tu… berlagak la pulakkkkk macam tau semua.. tapi habok pun tada…. bosan…. bosannnnn…!!

HARI PERTAMA (Selasa, 21 Jun 2005)

hari bertolak tu… beberapa minit sebelum pukul 12 aku dah terpacak dah kat admin building… pukul 12 je bas sampai… kemudian jamuan nasi ada disediakan oleh urusetia.. nasi bungkus je.. dengan air mineral.. aku makan kat situ juga.. sebab tunggu punya tunggu.. last nya bas bertolak pukul 1.30.. sabor je laaa… lepas makan register kedatangan dan register bilik… bilik berdua.. aku tengah cari gak partner.. akhirnya nampak geng IT.. kebetulan dorang lelaki bertiga… nampak je aku datang terus dorang panggil dan tulis nama aku sekali… lega coz nak cari geng yg sekepala bukan senang… dah register.. aku naik la bas tu semula… sejam lebih aku dok termenung dalam bas…. kenapa lambat taktau lerrr… lepas dah makan kenyang aku lepak dalam bas.. bertolak je.. baru la lega sikit rasa hati… cuma dalam bas tu bising.. geng veteran ni lerrr.. cakap ntah apa² terutama pasal pompuan… lepas tu kutuk mengutuk sesama sendiri.. aku nak tidur pun tak boleh… sabar… dalam hati aku berkata.. biar lah.. agaknya masa ni la dorang nak release tension dari asyik terperap dalam pejabat… kerja dan kerja.. agaknya dorang nak release.. lagipun dah jumpa geng lama masa start masuk kerja… memang banyak benda nak dikongsi dan dikacau bilau… aku sorang je termenung kat sit tengah tu.. geng takde lagi masa tu.. geng IT yg selalu join dalam meeting IT pula naik bas lain… tu yg boleh buat aku terlelap tu.. alih² bila aku tersedar je.. dah sampai kat resort… lebih kurang jam 2.40 petang… sejam lebih perjalanan…

ILHAM Resort.. fulamak.. memang best tempatnya.. swimming pool cantik… suasana cantik.. siap ada menara lagi… pantai jangan cakap laaa.. air jernih… kawasan yg terkawal dari public la katakan… dan aku ingat jenis resort ni ada bilik je.. rupanya style apartment… ada 3 bilik… besar wooo… dan yang paling wowowo… aku bertuah dapat ground floor yang mana buka je pintu beranda depan.. terus kolam renang… 3 meter je dari beranda… boleh lari dan terus menjunam… heheehhh.. remember..!! ambil bilik 1011 atau 1026 untuk dekat dengan tempat makan, kolam, koperasi… rock..!!! untuk register bilik ni sorang je wakil dari apartment yg aku duduk tu kena ambil kunci.. masa register kat kampus sebelum tu dah tulis dah siapa roomate dan no. bilik… bila dah tau camtu… aku tunggu je la wakilnya.. agaknya geng IT aku tadi… tetiba ada sorang uncle berbangsa India melaungkan nombor apartment… “bilik No. 1011… sini mari..!!!” lepas 2-3 kali dia panggil aku terus pergi kat tempat dia.. bagitau aku pun bilik tu… kemudian terus jalan… roomate yg lain tak nampak lagi mana perginya… masuk je bilik.. terus aku cari bilik aku.. no. 3.. aisehhh… bilik aku yg paling kecik la pulak.. aisehhhh…!!! tapi takpe laaa.. bukan duduk bilik je seharian… untuk tidur dan rilek je… aku terus berkemas… ada seterika… terus aku gosok kemeja aku dan tshirt yg dah berkedut tertindih dalam beg tu.. gosok untuk hilang kekedutan tu je.. nak gosok semua bukan aku reti sangat.. 10 minit sehelai kalau aku nak gosok bebetul… iskk… bilik no. 1 ialah master bedroom.. geng IT aku dua orang lagi tu punya.. dan bilik no.2 tu.. uncle india bersama seorang lagi staf dari jabatan dia juga.. iaitu bahagian ladang…

Petang… dalam pukul 3.30.. berkumpul dalam Dewan Tun Sri Lanang… Perasmian kursus oleh wakil urusetia dari jabatan HR kampus aku… kemudian taklimat tentang objektif.. berkenalan dengan tenaga pengajar… serta pembahagian kepada dua kumpulan besar… aku kena dengan team yg ramai veteran teknikal… mmmmm…. lepas taklimat balik ke bilik… solat asar.. kemudian ke tempat makan untuk makan malam.. makan malam pukul 6.30…?? aisehhh… makan je laaa… makanan ok laa.. takde la pedas… gabra jugak… aku tak suka makan pedas atau berempah time kursus… cuma terkilan… takde masak lemak cili api.. hehehehhh…  

malam.. lepas mandi dan solat maghib… aku bersandar atas katil sambil baca buku… buku yg aku bawa ni kisah ‘Sejarah Umat Islam’… bermula dari zaman sebelum datangnya Rasulullah S.A.W…. dipinjamkan kepada aku oleh abah aku masa aku balik kg. hari tu… bukan apa.. aku ada tanya dia kat mana nak cari buku pasal sejarah… sebab aku sekarang ni sedang study sikit pasal sejarah Nabi² dan Islam… ada projek akan diusahakan tak lama lagi.. so.. kat resort ni la aku ambil kesempatan untuk sambung baca apa yg aku dah start 2-3 minggu sebelumnya… memang rilek.. tenang… lagipun membaca kat resort.. memang lain dan berbeza dari membaca kat rumah atau opis.. aku rasa dapat hilangkan sekejap masalah opis dan kerja teknikal or IT… rilekkkk… geng IT aku yg lain macam terkejut la coz aku baca buku camtu.. ingat buku pasal linux ke..? networking ke..? web application ke..?? hehehahahaa..!!! aku cakap asyik baca buku IT je… boring… sesekali pekena la sejarah dan perisitiwa² yang berlaku suatu masa dulu.. barulah minda kita akan segar dan bersedia untuk menyambung kisah yg dah diteruskan dari zaman ke zaman… agar tidak terputus.. walaupun aku orang IT.. aku rasa takde masalah nak membaca apa saja jenis buku.. hehehehhh.. dorang tersengih je… yg dorang pula bawa pasal SDLC, Firewall, OOP… adehhh… sakit pala aku.. tolak tepi dulu mende² tu… aku nak rilek… masa yg ada ni boleh digunakan sebaiknya…

hampir 8.30.. aku terus ke dewan… kali ni ucapan aluan oleh pengerusi persatuan pekerja sokongan dan teknikal kampus.. fulamak… best ucapan dia… ada diselitkan pasal cuti sabtu yg diperjuangkan oleh CEUPACS yg mana dia adalah timbalan pengarah dalam badan tersebut… menceritakan tentang penat lelah dan usaha berurusan dengan kementerian dan kerajaan… termasuk COLA.. tapi yg COLA ni dia tak nak cerita panjang… dia suruh fikir kerja tu bersungguh²… bersemangat dan teruskan budaya baru.. dia ada juga kutuk orang² veteran.. ye laa.. mana taknya.. aku pun boring.. datang majlis atau kursus ni pun pakai selipar.. pakai tshirt.. seluar jean… mana tak marah..?? kitorang yg muda² ni skema semacam je… ape nak jadi taktau laaa… tapi pengerusi persatuan yg cakap.. dia kata yg muda² ni jangan ikut stail orang veteran ni… kul 8 pagi lepas punch minum… kul 10 minum.. kul 12 minum.. kul 3 minum.. bila ntah dorang buat kerja.. call je asyik hilang… memang betul pun.. aku pun dah kena berapa kali dah… kalau time aku takde.. meeting atau buat support.. tau pula ngamuk.. tapi time aku nak minta bantuan pasal elektrikal.. satu hari aku contact.. punya la susah nak dapat.. kalau dapat pun aku dah solve sendiri… datang pula 2-3 hari lepas contact… ape daaa…? cemana pun aku berdoa je la dalam hati agar aku dan generasi baru yg bekerja ni.. akan dapat bekerja dengan jujur.. walaupun letih dan bengang dengan kerja yg bertali arus.. kena kutuk.. kena maki.. kena hamun… tahan je laaa.. yg penting… nawaitu kita untuk membantu orang ramai dan mencari rezeki yang diberkati… amin… satu cerita kelakar yg pengerusi ceritakan kepada peserta ialah kisah ‘beruk subsidi’ di Terengganu… masa tu dia muda lagi dan baru kerja.. dia dan boss dia buat lawatan ke sana… suatu waktu dulu kerajaan ada bagi subsidi untuk dapatkan beruk ni… so.. sampai kat area pantai tu.. ada pakcik sedang baring dengan muka tertutup dengan kain… beruk sedang lepak sebelah pakcik tu… boss dia masa tu teringin nak minum kelapa muda fresh… so.. pengerusi kitorang ni pergi la kejutkan pakcik tu.. minta tolong ambil sebiji buah kelapa muda fresh atas pokok… bila pakcik tu bangun.. dia tanya jam pukul berapa..? pengerusi tu cakap pukul 5.30… dengan selamba pakcik tu cakap ‘tak boleh…! masa dah tamat pukul 4 tadi..’ dia pun bagi kelapa yg dah petik kat bawah je.. kami memang gelak gila masa tu.. yg mana moral dari cerita itu.. pengerusi berpesan… janganlah ada di antara staf yg terlalu ikut masa tamat kerja… setiap orang awam sentiasa memerlukan perkhidmatan kita tak kira bila dan di mana… bantulah dengan ikhlas… jangan bila dah tamat terus tutup kaunter atau terus balik… bantulah masyarakat dengan bersungguh².. biarlah apa orang nak kutuk atau perli orang kerajaan sekalipun… yang penting.. kita bantu juga sedaya upaya… kerana dalam setandan kelapa… mesti ada yang berumbut… dan yang tiada berumbut… yang penting… berusaha untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara…

sesi kedua malam tu… lepas ucapan aluan… agenda kursus diteruskan dengan topik praktikal.. pertolongan cemas… mulanya pakar dan pengarah dari perubatan buat demo… cara pakai sarung tangan getah.. cara buka… cara ikat bandage… kalau orang patah tangan dan kaki… dan CPR.. (menggunakan patung yg boleh tiup tu…) aku ingat CPR ni caranya tiup udara masuk ke mulut mangsa je… rupanya ada step… terutama apabila kita terjumpa mangsa yg dipercayai pengsan atau terhenti nafas akibat kemalangan di pejabat.. aku mulanya nak dengar je.. tapi bila pegawai tu kata minggu depan kursus ini akan disambung di kampus.. akan ada ujian untuk dapatkan sijil… apa lagi.. konsentrasi la bebetul… memang kena follow dan buat lakonan masa kitorang cuba sorang² buat CPR ni… langkahnya :

1. Periksa keadaan sekeliling bahaya ke tidak.. (jika area api, asap, hutan, gas, elektrik) 
2. Periksa tindak balas mangsa.. ada respon atau tidak (tepuk bahu/pipi)… kalau sedar takpe… dan perlu ingat.. kita perlu berada di sebelah KANAN mangsa.. bukan kiri, depan atau di kaki…
3. Minta bantuan (jerit minta tolong atau suruh sesiapa hubungi ambulan) sekiranya mangsa tak sedar…
4. Buka saluran pernafasan mangsa untuk pastikan mangsa bernafas dengan cara dongakkan kepala mangsa
5. letak pipi kita pada hidung mangsa untuk merasai udara… sambil mata memandang dada mangsa untuk mengesan pergerakan pernafasan… jangan pandang arah kepala…
6. sekiranya tak bernafas.. beri dua hembusan dahulu… (1 – 2 saat) tiup dalam mulut mangsa… (pelapik muka ada dibekalkan… tak ingat nama laaa..)
7. Periksa nadi mangsa… kalau tiada kena teruskan…
8. Compression – menekan dada mangsa… cari bahagian tengah tempat pertemuan kedua tulang rusuk (ulu hati)… letak satu jari (kanan) padanya dan 2 jari (kiri) baru letakkan tapak tangan kanan dan ditindih tapak tangan kiri pada dada (kiraan ini membawa kepada tempat jantung mangsa)..
9. Tekan sebanyak 15 kali dengan kiraan (one and two and three and bla bla.. sampai ten… kemudian ulang.. one and two sampai five… 15 X)
10. Rentak tekanan hendaklah sesuai dengan badan mangsa.. kalau remaja – dewasa dua tapak tangan kanan dan kiri kena digunakan… budak berumur 8 tahun ke bawah… satu tangan saja iaitu tangan kanan.. kalau bayi… 2 jari.. tekan dengan sederhana… jangan kuat sampai patah tulang rusuk dah laa…
11. beri hembusan lagi sebanyak 2 kali…
12. sekiranya mangsa masih belum sedar dan belum bernafas.. teruskan ulang step 9 dan 11… sebanyak 4 kali… iaitu (15 tekanan dan 2 hembusan ) x 4 tekanan…
13 periksa nadi dan pernafasan selepas steap 12…

kenapa pentingnya CPR..?? penting tu.. untuk memastikan mangsa tidak mengalami kerosakan otak… sebab apabila mangsa berhenti bernafas… selepas 4 minit pertama kalau darah tidak mengalir dalam otak… sel otak akan mati sedikit demi sedikit… dan pada stage ini… masih ok lagi kalau nak rawat… kemudian antara 4 hingga 10 minit.. sel otak dah ada mengalami kerosakan (mati).. ini dah kes 50:50… kalau mangsa sembuh pun mungkin ada sikit mereng… dan yg kita takut ialah kalau lebih 10 minit.. biasanya lebih 10 minit ni.. sel otak akan mati… dan habislah riwayat mangsa.. nak sedar pun hanya berserah kepada keizinan Allah S.W.T…. so.. CPR akan bantu udara dalam tubuh mangsa di pam dalam paru² dan mengalir kan darah mangsa dari otak dan jantung… kita buat ni pun kata Pakar.. sedaya mampu.. kalau kita dah letih… ganti dengan orang lain… sehingga ambulan atau bantuan tiba.. biasanya dorang bekalkan oksigen… dah ok dah tu.. tapi kalau masa tu kita sorang… dia suruh rehat selama 3-4 minit selepas kita buat (15 : 2) x 4… sambung lagi sehingga terdaya.. kalau bantuan tak sampai juga… kalau kita pitam… payah pula.. memang takleh buat apa dah… so.. kesimpulannya.. bukan untuk mangsa di pejabat saja.. kalau di rumah.. kita kena praktikan juga CPR.. nanti aku akan ajar adik² dan sedara mara hal ini bila balik kg. nanti… contohnya dalam perjalanan ke hospital.. kalau nafas terhenti.. boleh buat emergency aid dalam kereta sehingga sampai hospital.. tapi kedudukan kena betul… banyak lagi yg perlu belajar ni… apa pun jua.. CPR yg aku list ni ialah basic untuk mangsa yg pengsan dan nafas terhenti… kalau mangsa lemas.. kena renjatan… lain pula caranya.. ada cara atau teknik yg lebih berkesan.. minggu depan aku akan sambung kursus ni secara totally praktikal… dan cara tiup mulut mangsa ni pun ada juga alatnya.. satu alat macam penutup hidung dan mulut tu.. satu lagi pelapik plastik yang ada kain di tengahnya.. ini untuk elak sentuhan fizikal antara penyelamat dan mangsa sekiranya ada darah dan pasir atau penyelamat geli nak sentuh mulut… (aku rasa laki dan pompuan takde masalah kot..?? hehehh..) alat atau benda ni semuanya ada dalam peti ‘First Aid Kit’… sebab tu penting peti ni ada di setiap pejabat… anyway.. contoh CPR ni kita boleh lihat digunakan dalam filem dan drama TV… Filem ‘The Abyss’ dan siri TV popular ‘Lost’… ini memang teknik dan rock…!!

malam semakin larut… kursus ni tamat pada pukul 10.50 malam… semua balik ke apartment masing²… aku sempat sambung baca buku… kemudian geng ajak layan Diari AF3… sampai je kul 12 lebih.. dah ngantuk dah.. terus tidur…

HARI KEDUA (Rabu – 22 June 2005)

Hari yang paling best… sebab walaupun teori saja dari pagi, petang hingga malam… semua sesi (7 sesi) memang seronok.. penuh dengan gelak ketawa dan kelakar… aku respect pada 3-4 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada bekas pakar di kementerian kesihatan yang dah masuk kampus jadi lecturer.. mereka mempunyai banyak idea dan pengalaman yg dikongsi bersama… memahami situasi peserta dan sentiasa memberi contoh serta pengalaman yang mencuit hati… best macam ni la yg buat masa bergerak pantas… tapi tu laa.. kalau kelas boring.. memang nak tunggu masa habis tu cam merangkak je.. bila dah best.. kejap pula… sampaikan bila habis je.. ramai yg bersungut… apa taknya.. tukang menyampuk pun ramai.. terutama yg veteran² lelaki… yg pompuan control je.. walaupun banyak yg kena ni kaum pompuan… ape pun.. kesemua tenaga pengajar kursus OSH ni.. memang best gila… tidak memboringkan…

Topik yang dipelajari pada hari ini ialah :

1. Pengenalan kepada ‘Hazard’
2. Pengenalan kepada Ergonomik
3. Program Pengawasan Perubatan
4. Dasar Keselamatan dan Kesihatan
5. OSH – Management
6. Penyiasatan Kemalangan
7. HIRARC

topik² ni memang nampak akan boring dan bosan… tapi cara penyampaian penceramah harus dipuji di mana peserta memang akan ikuti dan amati apa yg disampaikan kerana kecekapan penceramah mengawal peserta… terutama waktu darurat (ngantuk, rokok, minum etc..).. so… semuanya berjalan lancar… memang banyak info berguna dikongsi bersama…

satu je yg buat aku dan peserta semua kecewa.. nota yang disampaikan oleh tenaga pengajar tidak dapat diberi kerana masalah photostat kat Resort tu mahal sangat… urusetia berjanji akan beri nota ni pada minggu depan.. semasa praktikal di kampus.. habis tu cemana nak study..? sebab masa kursus… kitorang tiada buat catitan.. hanya catit point yg sendiri rasa penting je… penceramah pula sebolehnya mahu peserta mendengar… so.. tiada banyak catitan yang dibuat.. nota yang ada hanya untuk pertolongan cemas sahaja…

waktu petang.. waktu rehat yang panjang… dari pukul 5 petang hingga 8.30 malam… kebanyakan peserta boleh buat hal sendiri… ada yang jogging… naik menara… berbasikal ke rumah api… lepak kat pantai.. berenang kat pantai dan pool… tidur.. dan macam² lagi… aku ingat nak naik menara tapi masa aku sampai kat lif.. aku tengok penuh dengan peserta pompuan.. yang muda² dan yg aku kenal pulak tu… segan lerrr… terus balik ke bilik.. roomate dan geng IT ajak berbasikal.. aku tak nak.. so.. lepak baca buku je laa.. sorang lagi roomate aku.. satu kerja dengan uncle India tu tidur… banyak tidur juga.. dah la pagi tadi punya sesi tak pergi sebab nak tidur… petang tidur lagi… patut la sihat.. aku senyum je.. dalam hati aku tak kisah.. sebab mereka pekerja ladang… kat tempat macam ni la mereka nak rehat… nak tidur.. nak baring… dan release… hehehhh.. uncle India tu aku tak sempat tanya nama dia.. memang kelakar.. selalu membebel pada roomate dia.. aku gelak je… sempat juga borak dengan dia pasal kerja… dan kehidupan.. tapi sebab aku panggil dia uncle.. lupa nak tanya nama.. iskk.. uncle tu jaga bahagian ladang durian… rugi tak kenal bebetul.. kalau tak.. musim durian sure dapat info awal… hehehh…

ape pun.. petang tu.. aku habiskan membaca kisah² sahabat Rasulullah S.A.W… dapat recall kembali.. rupanya Khalifah Umar, Usman dan Ali.. semuanya mati dibunuh…. mmmmm… tak dapat nak aku gambarkan… betapa ganasnya orang Arab ini pada waktu dahulu… mata pedang umpama kata²… boleh digunakan setiap masa… kekadang bila aku fikir… betul la kata orang kristian… orang Islam ni ganas… sesama Islam pun berperang dan membunuh… apa pun.. cerita dan kisah ini aku akan ceritakan dalam projek aku nanti.. insyaAllah… supaya sejarah ini diteruskan…

malam.. selepas 2 sesi ceramah… dapat tidur dengan aman….

HARI KETIGA (Khamis, 23 Jun 2005)

Hari ini la yg boring ni… sebab sesi pertama pagi tu.. ada presentation… topik pagi tu ialah mengenai ‘Keselamatan Dalam Makmal Dan Bengkel’… aku mana pernah kerja dalam bengkel dan makmal.. bila penceramah suruh present… yang tua² dan yang dari tadi dok menyampuk.. buat bising ni bukan nak bercakap pun… kebetulan aku yang muda dalam kumpulan tu.. terus dorang suruh aku present…. nasib baik kumpulan aku pilih alat gerudi ‘drill’ tu.. sekurangnya aku pernah guna walaupun tak menjadi… so.. present la aku dengan gugup dan kalutnya… aku cuba control.. tapi takleh laa.. failed… memang aku nampak gabra masa tu.. chiss..!!! i hate when this happen… sebab bukan bidang kita nak present depan orang² yg kerja bengkel.. cuma aku bernasib baik pernah guna.. bila sesi soal jawab tu.. dorang tanya penyelesaian.. lepas tu tanya dan tanya lagi… bila dah masuk bab kritikal.. aku minta team bantu… ada ke dorang tanya aku kulit sarung tangan tu dibuat dari apa..? nak je aku jawab kulit khinzir.. tapi tak mampu.. aku hanya jawab kulit kambing… walaupun ada yg gelak.. tapi aku failed.. failed dari segi penyampaian… ye.. memang betul.. i hate when this happen… selama ni kalau aku present.. orang akan faham… enjoy… ada la gelak… tapi untuk IT je laaa… untuk bidang lain.. aku kena banyak belajar  lagi.. moral of the story… jangan bergantung kepada satu bidang saja… kena ada alternatif… yess…!!

tengahari… ucapan penutup dan penyampaian sijil kepada peserta.. sijil ini ialah sijil 1.. satu lagi sijil akan diberi selepas lulus kursus praktikal di kampus nanti… so.. bersambung nanti.. yeahhh…!! kameraman pula sedang asyik ambil close up muka beberapa peserta kursus untuk buletin… termasuk aku dalam dewan tu.. sebab abg. kamera tu kenal aku.. chettt..!! abg. tu cakap nak ambil gambar² peserta pompuan dan lelaki yang bermuka pelik je.. abih orang lain berbulu mendengarnya.. aku pun taktau apa yg peliknya… bila dia datang depan tempat aku duduk… gabra abis aku… mana taknya… tengah dia fokus tu brader² dan pakcik² dok pheewwittt…. perli la… dok buat aku gabra… hempeh tul… lepas tu dia kata lepas majlis jumpa urusetia.. ada interview sikit… dah tu.. semasa anugerah penyampaian sijil pula.. aku sorang je yg wakil department aku.. kena naik stage laa… hishh..!! dah la rambut panjang… janggut tak trim lagi walaupun dah gunting 1 inci… selamba rock je laaa… mmmmm…. sesi bergambar kat luar ILHAM Resort aku tak join sebab malas dah… lepas je makan tengahari tu aku terus lepak dalam bilik.. masuk waktu zohor aku solat dan bersiap… bas sampai pukul 2.30… terus chowz ke kampus… selamat tinggal ILHAM Resort… lainkali aku datang lagi.. aku cadang nak bawa abah dan ibu serta adik²… bagi mereka rehat kat sini pula 3 hari 2 malam… baru best… tahun lepas percutian keluarga kat Sudara Resort, Kelantan… cuti sekolah hari tu kat Perdana Resort, Kelantan juga… mungkin akhir tahun ini atau tahun depan ke sini pula.. lagipun kat sini berbentuk apartment… best…!! senang nak sama² makan minum borak… aku kena sediakan RM1000.. sewanya RM400 satu malam woo… siap dengan makan pagi, tengahari dan malam sekali.. aku tak nak beli dan masak.. rilek dan main air je kat sini.. agaknya pemegang maya card boleh diskaun lagi.. mmmm… tak kisah lah… yg penting… insyaAllah…

HARI INI……

waktu pagi yang dingin… datang opis.. buat persediaan untuk meeting pukul 10… seperti yg dijangka.. team vendor dah tak datang dah… aku teruskan meeting dengan team IT.. untuk minggu pendaftaran minggu depan… siapa yg bertugas itu.. ini.. begitu begini… bla bla bola esok Brazil lawan Germany kat astro…

tengahari.. lepas meeting tu.. aku dan wife pergi ke kompleks kerajaan Jalan Duta… sempat solat Jumaat kat sana dan pukul 2.30 dah bersedia depan pintu kat unit atau bahagian perumahan… nak hantar borang pinjaman perumahan beserta dengan wang proses… kejap je… lebih kurang tunggu 10 minit lepas register… lepas tu terus pulang… sampai opis… terjumpa dengan ex-3rd boss.. borak dengan dia pasal sistem.. alamak.. sistem lagi.. mungkin ada masalah di hari pendaftaran nanti… dan aku cakap.. jangan panik… kita buat apa ada… forget about vendor.. dorang dah boikot…. kalau ada problem major… kita biarkan officer IT aku yg uruskan.. dan aku hanya akan buat kerja teknikal yang boleh diselesaikan pada masa itu dan ini… that’s it…

lebih kurang pukul 4.. meeting mengenai pendaftaran pelajar.. buat final decision.. tapi.. yang kritikal je… yang pasal proses takleh usik dah… aku cadang agar pelajar baru yg datang tu periksa gambar passport yg dorang bawa… agar jangan salah format, size dan quality… tapi ajk tak nak ikut.. mereka kata akan ganggu proses.. aaaaa… elok sangat la tu.. bila gambar dah problem dan takleh nak buat kat unit smartcard nanti.. aku la yg kena… tapi aku dah explain.. dan salah sorang staf kata perkara itu boleh diuruskan.. aku jelaskan beberapa kali.. student yg ada masalah dengan gambar.. aku minta mereka di unit pendaftaran uruskan dengan cara hubungi pelajar berkenaan.. bukan aku lagi.. sebab kerja aku akan berterusan sehingga malam dan aku tak nak campur urusan contact mengontek ni… pelajar ni kebanyakannya yang dari luar agak payah sikit nak berbahasa dan bagitau.. sebab dorang punya slanga tu kekadang aku tak paham.. dan kekadang aku punya slanga pun dorang tak paham… elok la tu.. blind leading the blind.. hahahahaaa..!!! takpe.. urusan gambar ni aku dah serahkan kepada geng IT aku yg sorang lagi.. untuk scan dan buat format… manakala untuk portal.. urusan reset atau create password aku serahkan pada geng sorang lagi juga.. dan.. untuk problem sistem.. aku serahkan kepada officer IT… dan aku.. aku akan buat integration.. antara sistem kewangan kampus dan sistem tempat aku.. kena pastikan ini berjalan lancar.. selain tu aku kena trigger data juga dari sistem aku untuk ke sistem unit smartcard… sepanjang proses pendaftaran ini berlangsung… aku berharap.. semuanya akan berjalan lancar… amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *