adiputra.org

Operasi berjalan lancar…

Selama 3 hari ini… syukurlah… kebanyakan operasi pendaftaran pelajar baru berjalan lancar tanpa sebarang masalah kritikal… cuma ada beberapa problem yang nak menaik taraf pengajian saja yg aku tak dapat uruskan sebab tak sempat.. tapi semuanya dah dibereskan oleh staf department aku yang berdedikasi…

Pelajar lama pula ada sedikit masalah… ramai yang hairan dan mengamuk bila dapat lihat status pengajian mereka adalah ‘terminated’… sebabnya mereka belajar setiap semester dan membayar yuran setiap semester.. bila diselidiki… rupanya terminated sebab mereka terlebih semester… dan perlu mengisi borang melanjutkan tempoh pengajian… selepas borang ini diproses barulah status akan aktif kembali… fuhh.. yang naya ialah partner aku tu… sebab dia yg incharge untuk uruskan student yg berstatus terminated ni.. insyaAllah.. minggu depan kalau aku free.. aku akan bantu dia.. lagipun esok sampai isnin depan aku akan hadiri kursus OSHA teknikal bahagian 2… terkurung lagi la a ku… nasib baik kursus kedua ni buat kat kampus je… kalau kat luar.. terberahak lagi aku kat sana.. boring woooo… makan tidur ceramah… makan tidur bentang info… sampai berat badan aku naik.. hishhh..!!

ape pun… reaksi diri dan emosi aku agak tenang sepanjang tempoh pendaftaran ini.. sebab seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini.. team IT tempat aku dah ramai… boleh bahagi tugas.. kalau tidak.. kena migraine lagi la aku jawabnye… ye laa.. aku takleh nak imagine lagi cemana semua benda aku kena uruskan.. pergghh..!! harapnya ia sudah berakhir… walaupun aku masih lagi rasa samar sebab team IT aku ni semuanya berstatus sambilan.. kalau kontrak tu sejuk juga la jantung hati… setakat sambilan ni.. bebila masa dorang boleh chow… mmm… takpe laa.. fikirkan positif.. fikirkan perancangan.. dan fikirkan diri sendiri… janji rock..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *