adiputra.org

Mesyuarat Khas Projek…

Hari ini… terlambat sikit sampai ofis.. sebab telatah anak² nih… anak aku yang sulung tu… si anis ni banyak ragam bila nak ke sekolah… bila isteri aku tiada 2-3 hari ni.. hari ni baru dia boleh nak bersemangat nak pergi tadika… dua hari sebelum ni dah miss.. dia risau kot nenek dia balik kg. masa dia pi tadika.. mana datang idea ni aku taktau laaa.. cemana pun.. hari ni dia ke tadika juga… dan yang kesiannya… adik dia tu pulak.. si aida ni.. menangis bagai nak rak bila dia kena dok rumah… selalunya keluar bersama ke taska dan tadika.. macam² la dorang ni… lumrah…

pagi.. aku layan problem staf dari telefon.. emel… dan yang datang sendiri ke sini… semua beres… dan boleh dikatakan aku lupa nak breakfast… agaknya awal pagi tadi kat rumah aku dah sarapan sikit.. so, perut aku tak memberikan isyarat… hehehh… dan.. sepanjang pagi… rock…!!

petang… meeting khas projek department aku… big boss ada.. ex-3rd boss ada.. dan semua officer.. chairman project takde.. kenapa tak datang taktau laa… tapi dalam meeting tu.. pegawai IT aku banyak di tanya mengenai progress.. problem… dan… apa² yang berkaitan.. aku hanya bantu dari segi penerangan teknikal akan fenonema yang berlaku.. nampaknya… ada masalah sedikit dengan unit IT… mmmmm… takpe laa… big boss dah beri mandat kepada pegawai IT agar lebih proaktif dan melakukan tugas dengan lebih tekun.. agar tidak ketinggalan dan terbiar saja segala problem dan ralat yang didapati sepanjang proses menyambung development… cemana pun isu sekuriti dan baik pulih modul yang paling banyak di ‘highlight’ oleh semua officer…

petang.. wife aku dah balik dari ‘team building’ di pahang nun… malam.. bawa semua family termasuk ibu aku ke sebuah restoran kat bandar baru bangi.. ‘mama chop & papa grill’…. sebelum pulang… singgah rumah mertua dulu… lepak kat sana sampai kul 11… then baru balik rumah.. tidur…

1 thought on “Mesyuarat Khas Projek…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *