Membuat Kimchi Ala Rockers

kimchi

Kimchi atau acar sayuran adalah sejenis makanan tradisional Korea yang mempunyai pelbagai rasa… masam, masin dan pedas… jadi bila dah rasa kimchi ni… memang sedap dan sesuai sebagai makanan pengganti sambal atau lauk… selain dari mengandungi vitamin dan zat untuk kita. Jadi hari ni aku cuba buat kimchi ala rock… sebab apa rock? sebab yang buat ni rockers.. tu je… hahahaa..!!

Bahan-bahan

1) Kobis Panjang (Sebiji)
2) 2 batang lobak merah
3) secekak daun bawang (5-6 batang)
4) secawan serbuk lada
5) secawan sos ikan
6) setengah cawan garam halus
7) 3 sudu gula (ni aku saja bubuh nak kasi ada kick Melayu)

Cara Penyediaan

Bismillah…

1. Sebelum memulakan apa-apa bersihkan tangan kita dahulu (paham-paham sendiri je la… hehee..) Nak lebih bagus mandi dulu.. segar sikit… so, buang bahagian luar kobis panjang (yang kecut kat bahagian luar tu..)
1 kobis panjang

2. Potong 4 bahagian kobis panjang tadi dan leraikan daun kobis tu.
2 kobis dipotong 4

3. masukkan kobis dalam bekas besar yang sesuai, tuangkan garam dan gaul sehingga sebati kemudian biarkan selama 30 minit.
3 masukan garam dan gaul

4. Sementara menunggu kobis panjang mesra dengan garam tu… bolehlah dikupaskan karot tadi, potong kecil-kecil dalam saiz 1-2 inci, kemudian potong juga daun bawang. 4 karot yang dipotong kulit

  5 karot dipotong halus    6 potong daun bawang

5. Setelah siap, masukkan lobak merah, daun bawang dalam bekas berasingan. Masukkan serbuk lada, sos ikan dan gula. Gaul sehingga semuanya berwarna merah. Sila gunakan senduk kalau nak menjamu kepada tetamu ye? kalau nak makan sendiri memadai dengan gaul dengan tangan, cuma hati-hati… tersalah tenyeh mata memang nangis… podeh…
9 gaulkan karot daun bawang serbuk lada dan sos ikan

6) setelah 30 minit, kobis panjang yang telah diperap tadi dibasuh sehingga bersih untuk hilangkan garam dan ditoskan (keringkan air).
7 bersihkan kobis panjang dan tos

7) Setelah ditoskan, masukkan semula kobis panjang ke dalam bekas tadi dan tuangkan sebatian merah (lobak merah, daun bawang, gula, serbuk lada, sos ikan) dan gaul sehingga sebati. pada tahap ini, boleh menggunakan senduk atau apa-apa saja, tapi menggaul dengan tangan adalah digalakkan kerana lebih mesra pengguna, cuma kena hati-hati agar tidak tertenyeh mata atau muka. naya…
10 campurkan sebatian dengan kobis panjang   11 gaulkan semua ramuan

8) Setelah kobis panjang tersebut berwarna merah-kemerahan, bolehlah diperap dalam bekas yang bertutup, lebih baik letak dalam peti ais.
12 simpan dalam bekas bertutup dalam peti ais

so… sebenarnya kimchi rock dah pun ready.. bila-bila masa boleh makan… selamat mencuba kimchi ala rockers…

start to IlchibongPenulis di Seongsan Ilchulbong, Jeju 2013.

0 comments on “Membuat Kimchi Ala RockersAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *