adiputra.org

Malas… Malas… dan malas…

Huh..!! malas ni satu sindrom atau penyakit yang amat perlu dijauhkan… tapi malas kerana bersebab tu lain… ianya adalah sejenis ubat untuk melawan penyakit pula… jadi hari ni aku nak cerita pasal malas… kemalasan yang melanda diri aku…bermula dari seorang pekerja yang komited dan penuh tanggungjawab… apabila sudah terlalu lama memikul beban dan menggalas segala penyelesaian… sikit-sikit kita je semua yang kena solve problem… nak rancang tak boleh… nak cakap orang tak dengar… nak buat orang tak bagi… nak minta tolong tiada siapa nak tolong… lama kelamaan akan menjadi penat…apabila penat… perasaan serta disiplin diri akan menjadi kurang bersemangat seterusnya kerja pun akan jadi cincai bancai… dengan kata lain tidak menentu… kita buat date line, buat jadual, buat perancangan, buat turutan semuanya akan jadi ingatan dan catatan sahaja… sebab cara kerja pun akan kelam kabut serta bercampur mabuk… inilah yang paling bahaya sekali.. bila mana ia terjadi.. maka akan timbul pula.. stress… tekanan…
dengan budaya kerja yang menghadapi stress.. datanglah teknik hilang stress, cara mengatasi stress, cara kawal stress.. ahhhh…!! semua tu mengarut dan membazir waktu sahaja… tapi kalau perenggan dua di atas masih berlaku.. ianya takkan hilang… sebagai orang yg sentiasa mengalami stress.. aku perlukan PERENGGAN KEDUA tu di atasi dahulu… management or sesiapa saja di atas aku perlu mendengar pandangan aku atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah tersebut… kalau tidak… stress akan memanjang… dan akhirnya… tidak lain dan tidak bukan… akan jadi malas…. ya.. MALASSSS…!!!

Bila malas dah menguasai jiwa.. habis laaa… nak betulkan balik tu bergantung kepada situasi dan keadaan diri seseorang… tapi kebanyakannya akan kekal dan bermula la episod malas dalam kerjaya… nak tak nak… kalau nak ubah sekalipun… kena tukar ke tempat lain.. environment lain… suasana lain… kerja lain… perlu develop semula skill dan pengalaman… kalau ada pun yg dapat betulkan.. it is a bonus…!! mengarut semua tu… aku paham sangat dah….

sekarang ni aku telah alami malas… sebab perenggan kedua, ketiga dan keempat aku dah rasa… tak larat dah… sampai aku fikir nak berhenti kerja terus… buat bisnes sendiri… tanggung sendiri kerjaya sendiri… tiada cara lain yang lebih baik selain dari fikir macam ni.. lama² kita yakin… kita tidak berseorangan… sesetengah orang takut sebab dia rasa dia perlu sangat bekerja nak tanggung sara hidup.. memang la semua orang perlu.. tapi kena ingat… rezeki di Tangan Allah S.W.T… rezekinya cukup luas alam semesta… tapi ada ‘rahsia’ yg kita kena belajar… rahsia kehidupan…  Good luck ADI…!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *