adiputra.org

Luahan Perasaan…

Sejak mula kerja dari cuti isteri bersalin tempohari… memang non stop action habis aku dibuatnya… bayangkan… aku sampai je kat opis… emel dah berlambak bambak… kemudian.. staf 2-3 unit datang bawa format baru surat menyurat dan masalah data tak keluar atau data salah… lepas tu staf luar… student… applicant… semua call nak minta bantuan… aikk..?? ape sudah jadi ni..? kenapa cari aku…? aku ni kan ke staf IT (teknikal)..?? kenapa aku perlu bantu solve problem dorang…? patutnya refer la dulu dengan unit yg terbabit… kalau masalah pada sistem barulah boleh refer dgn aku… ini masalah result silap pun aku.. kemasukan pun aku.. register pun aku.. abih tu bila kerja development aku nak siap..??

Dah start pada pagi tadi.. aku dah tak angkat telefon dah.. sebab bila aku angkat je.. akan bertambahlah task yg aku kena buat.. kenapa la mereka tak telefon staf dari unit lain..? staf IT (geng aku) pun ada… perkara ni menyebabkan konsentrasi aku terganggu… takleh jadi ni.. aku pun bila tak angkat tu… staf opis dah mula gelabah.. dan ada yg marah²… agaknya mereka malas atau penat nak naik bilik aku untuk jumpa… apa boleh buat..? aku pun lepas tu terus bagi emel / memo pada semua staf… aku cuma bagitau yg aku tak angkat telefon bila time aku tengah buat programming… kalau free aku angkat laaa… dan aku bagi lagi satu solution… aku minta semua staf gunakan YM (yahoo messenger) untuk hubungi aku… siap bagi id lagi… so far so good… dah ada yg register dan minta aku add id mereka…

petang… lepas solat asar aku masuk meeting… dengan perasaan biasa dan nak maklumkan banyak perkara tetiba jadi panas.. sebab bila salah seorang officer kondem cara aku bekerja… katanya sebagai staf walau sibuk macam mana pun kena angkat telefon… ye laa.. memang la betul… tapi tengok la keadaannya macam mana… dah la kerja ni aku sorang je yg buat… kalau orang lain tu ok la.. ada team.. ada pegawai… boleh pass info… kalau aku..? aku nak pass kat sape..? sape..??? tapi tu laa.. sebab bila dia kondem akan kesibukan orang dan nak banding dgn kesibukan dia… mana boleh… lepas tu aku terpaksa la membebel sepanjang meeting.. chairman senyap je… aku rasa dalam 20 minit aku membebel pasal tugas² aku kat sini.. jelaskan segala²nya agar mereka faham.. salah seorang officer kat sebelah dah cuit dah… minta aku slow down… nak minta stop la tu.. aku paham.. apepun sebelum aku stop aku sempat minta maaf kat chairman dan semua staf… ini adalah kali pertama aku luahkan perasaan aku di hadapan staf… selalunya pada officer dan boss je… dan memang aku tahu ramai staf yg terkejut dengan apa yg berlaku.. cuma aku still rock.. cara aku cakap tu macam Ramli Sarip laaa… takde cakap kosong… semuanya berisi… mudah²an semua yg ada tu akan fahamlah hendaknya… tak faham kalu.. hadapilah dengan sendirinya nanti… sebab aku rasa lepas ni memang aku kena solo… aku kena berusaha dan bertawakkal supaya lebih baik dari hari ini… 3rd boss aku cakap… yg lepas tu biarlah lepas… ya betul..!! dan kali ini aku akan drive cara kerja aku sendiri… ye laa… kalau dah kerja tahap Pro… takkan nak kerja tahap beginner lagi… bila mau maju macam ni… sebab tu la staf kerajaan takleh nak maju sangat… sebab adanya sekatan atau anasir² yg menghalang dari mencapai kemajuan.. asyik suruh buat benda tuuuuuu je.. bila ada benda baru pun buat benda tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jugak… takleh jadi…

apepun… percaya pada diri sendiri… buat yang terbaik kerana di mana-mana jua kita berada… Allah S.W.T. sentiasa bersama… amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *