adiputra.org

Lawatan Verifikasi Peperiksaan Akhir Rotoscoping (SKM3) Di KRU Academy

Pada 6hb hingga 8hb. Februari 2018, aku dapat bersama-sama rakan pakar industri dan juga pegawai dari JPK untuk membuat verifikasi (PPL) SKM di KRU Academy, Bukit Jalil dalam bidang Rotoscoping (Level 3) dan Animasi 2D (Level 3). Selama 3 hari di sana, Alhamdulillah program berjalan lancar dan terima kasih juga diucapkan kepada tenaga akademi KRU kerana telah menyediakan jadual, tempat dan kudapan yang sangat efisyen walaupun baru berpindah lebih kurang 2 bulan di Bukit Jalil (Sebelum ini di Cyber 6, Cyberjaya). Tak lupa terima kasih diucappkan kepada Dato Norman Abd Halim yang sempat singgah beramah mesra walaupun dalam kesibukan dalam tugas harian.

Kepada pelajar-pelajar Rotoscoping dan Animasi 2D, tahniah kerana telah berjaya melalui kursus selama hampir satu tahun. Selamat berjaya dalam industri di luar sana. InsyaAllah.

Day 1 - Final Exam (Theory)     Day 2 - Final Exam (Amali)

Day 3 - Final Exam (Amali)     Sedang Marking & Grading Hasil Kerja Student

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *