Lawatan PPL ke Kolej Teknologi Mea (Meatech College)

6 Bersama team Diploma Kemahiran Mara Level 2    6 Bersama team Diploma Kemahiran Mara Level 3

Pada 27hb. Jun sehingga 30hb. Jun 2016, aku telah dilantik oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia) untuk mengadakan lawatan PPL (Pegawai Pengesah Luaran) bagi program Diploma Kemahiran Malaysia ‘Broadcasting & Film’ Level 2 & Level 3.

Lawatan ini bermula dengan taklimat bersama team Meatech College (PPB, PPD, PP), semakan porftolio bagi calon-calon DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) Level 2 & 3 bagi program ‘Broadcast & Film) dan pemantauan praktikal ujian akhir di sekitar kolej dan studio. Kelengkapan makmal editing (iMac), studio penggambaran, peralatan penggambaran dan juga kemudahan perpustakaan beserta bahan-bahan bacaan adalah memuaskan bagi sesebuah pusat bertauliah bidang ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama Pn. Rodzilla (JPK), Pn. Shazlina (PPB Meatech College), Cik Ain (Wakil program Meatech College) dan semua team Meatech College di atas kerjasama yang diberikan.

Kepada semua calon.. good luck all..!!

3 shooting outdoor 1    3 shooting outdoor 2

3 shooting outdoor 4    4 setup 3 points lighting

0 comments on “Lawatan PPL ke Kolej Teknologi Mea (Meatech College)Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *