Lawatan Muhibbah Bersama Naib Canselor UPM

all-team

Lawatan Muhibbah ke Canselori, Universiti Putra Malaysia untuk bersama Ybhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini bt Ideris, Naib Canselor UPM telah diadakan pada 26hb. Mei 2016. Lawatan ini bertujuan untuk merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan, semangat dan luangan masa Prof. Datin Paduka Dr. Aini bagi menjayakan program Freemarket UPM 2.0 (Adi Karya Sdn Bhd & Kolej Tun Dr. Ismail, UPM) pada 19hb. Mac yang lalu.

Untuk makluman, aku sebenarnya pernah bekerja di bawah Ybhg. Prof sejak 2003 – 2007 di UPM. Semasa itu beliau merupakan big boss (Dekan) bagi Sekolah Pengajian Siswazah. Kalau baca kembali blog aku ni dari awal, yang aku selalu sebut ‘big boss’ tu Prof. Datin Paduka lah orangnya. Dan Prof. Datin Paduka masih seperti dahulu, semoga Allah sentiasa memelihara dan mengurniakan darjat yang tinggi kepada beliau atas usahanya kepada dunia pendidikan negara. Amiiinnn…

Terima kasih di atas segala-gala usaha Prof. Datin Paduka beserta warga UPM yang sentiasa memberikan sokongan kepada program-program ilmiah dan juga insaniah.

Semoga dapat kita semua bekerjasama lagi di lain masa. InshaAllah.

me-&-vc-upm     diskusi

0 comments on “Lawatan Muhibbah Bersama Naib Canselor UPMAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *