Kursus Penyediaan Montaj Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia LPPKN

bangunan_lppknPada 26hb. November sehingga 28hb. November, aku telah dijemput oleh LPPKN untuk mengadakan satu bengkel Kursus Penyediaan Montaj untuk Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia yang akan ditayangkan pada hari perasmian di Kuching, Sarawak pada 7hb. November 2015.

Syukur alhamdulillah, aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pegawai-pegawai, Pengarah dan Ketua Pengarah LPPKN Jalan Raja Laut, kerana memberi kepercayaan untuk aku berkongsi ilmu dengan peserta-peserta dari Unit Teknologi Maklumat, Unit Komunikasi Korporat, Unit Promosi dan Pengurusan LPPKN.

Kursus ini dijalankan dengan menggunakan bahan dan khidmat 100% dari tenaga LPPKN. Objektif dari kursus ini ialah penghasilan Video Montaj, Storyboard & Skrip. Di mana aku perlu memberi input mengenai tips dan teknik dalam menyediakan montaj daripada sumber yang ada atau yang belum ada. Kerja Kursus bukan sahaja mencari, mengumpul dan memilih bahan, malah turut melakukan penggambaran video bagi mendapatkan bahan yang diperlukan bagi menampung kekurangan bahan yang sedia ada. Sebagai Pakar Industri Negara, apa lagi yang kita perlu kongsikan? Sudah tentu pengalaman, teknik dan kemahiran yang ada. Alhamdulillah tayangan video montaj ini akan dapat disaksikan pada 7hb. November 2015 di Kuching, Sarawak. (Setelah mendapat kebenaran dari pihak LPPKN, saya akan link ke blog ini, InshaAllah).

kursus lppkn1Suasana semasa bengkel Montaj dijalankan.

0 comments on “Kursus Penyediaan Montaj Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia LPPKNAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *