adiputra.org

Kelahiran Ammar Haziq…

Hari ini di waktu ini… anak ketiga aku telah selamat dilahirkan… isteriku juga selamat seadanya… terima kasih di atas semua doa² dari keluarga dan rakan… dan yang paling menggembirakan aku.. anak ketiga ini adalah lelaki… syukur Alhamdulillah… ada hero dah… sebelum ni kedua anak pertama dan kedua ialah heroin… hehehee… gembira tak terkata… aku dapat kuasa gaban sehari dua ni.. cakap saja ke mana.. aku akan pergi.. dah la sehari suntuk aku berulang alik ke kedai, hospital, rumah mertua dan rumah aku sendiri.. tidur pun aku rasa cuma 2-3 jam sehari tapi masih lagi perkasa.. penangan anak punya pasal la ni.. hehehe…

Terima kasih Ya Allah… Engkau telah memakbulkan doa dan harapan aku seperti selalunya… kerana aku yakin tiada kuasa lain selain dari kuasa Engkau yang boleh memberi segala²nya…

dan untuk anak ketiga aku… aku namakannya Ammar Haziq… welcome to the club.. hahahaaa..!!!

Saat yang paling menggembirakan aku ialah ketika aku azankan Ammar… dia cuba bukakan matanya.. tapi sebelah saja yg terbuka.. agaknya masih silau dengan lampu² hospital… airmataku tanpa disedari bergenang… setelah habiskan qamat… aku letak kembali dalam bekas baby (yg ada haba tu…) aku merenung anakku ini dengan penuh kesyukuran… Alhamdulillah… aku kemudian menunggu nurse memanggil aku untuk melihat isteriku pula… sambil pada itu.. aku dah hantar bundled sms kepada semua keluarga dan teman… sebagai memaklumkan berita gembira ini…

Ammar – Yang memakmurkan / Yang kuat Iman
Haziq – Cerdik / Pandai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *