adiputra.org

JPK NOSS Graphic Design (Digital) Level 4 & 5, Sesi 3

tagnossBengkel ke 3 ini diadakan pada bulan yang mulia iaitu pada 26hb. – 27hb. Jun 2015 bersamaan 10-11 Ramadhan 1436. Tempat masih lagi sama dan setia iaitu di Ibis Styles hotel, Cheras. Oleh kerana para panel yang hadir berpuasa, sebagai manusia biasa adalah lumrah untuk menghadapi detik-detik getir apabila idea tidak dapat dikeluarkan dari minda disebabkan oleh rasa mengantuk dan juga kehausan. Hehee…

Tapi demi tugas untuk negara dan agama semua itu tidak boleh dijadikan alasan. Kena teruskan juga. Bengkel kali ini adalah untuk menyiapkan CoCu NOSS Graphic Design Level 4 & 5. Setelah 2 hari berlangsung, ada 3 CoCu dari 3CU lagi yang tidak sempat dibincangkan. Menurut kata pihak penganjur, mereka akan cuba dapatkan sehari lagi bagi menyiapkan 3 CU berkenaan. Sehari mungkin sempat… inshaAllah.

groupie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *