adiputra.org

Jamuan Makan…

Hari ini aku bersyukur kepada Allah S.W.T…. kerana setelah 3 bulan aku bernazar.. akhirnya hari ini aku dapat lunaskan nazarku… hehee.. bukan apa.. sejak aku dah lulus dan confirm jawatan dalam kerajaan 3-4 bulan yg lalu… aku berniat nak belanja semua staf dan pegawai opis aku makan tengahari… tapi buat dalam bentuk jamuan je… ape pun… aku tak nak hebahkan kepada sesiapa pun.. kecuali secretary big boss aku sorang je.. lagipun terpaksa sebab dia yg buat order dan menjadi orang tengah untuk opis aku dan katerer… yg pastinya amanah tu… ramai yg hairan dan bertanya siapa dan siapa… termasuk pegawai dan big boss aku sendiri… dan memang secretary big boss aku seorang yg secret²… heheee… tak siapa yg tahu pun setakat ini… ape pun.. takpe laa.. aku belanja bukan untuk sorok²… tapi untuk rasa bersyukur aku kepada Allah S.W.T. dan rasa berterima kasih kepada semua pegawai dan staf yg banyak membantu aku selama ini… tanpa mereka siapalah aku… hehehh… pagi tadi masa aku bagi duit kos… secretary big boss kata dia memang tak larat nak jawab dah dengan geng ofis yg bertanya… pelik sungguh… isu ini pun sampai ramai yg nak tahu ke..? tapi tu laa… aku dah pesan kat secretary big boss masa buat announcement tu cakap la jamuan department… tapi dia serba salah.. rasa macam tak kena je so dia bagitau seorang ‘sahabat’ nak belanja… dah tentu la ramai yg nak tahu.. hehehee… tapi dia pandai cover sampai big boss aku tanya pun dia jawab dengan berhemah… mmm… big boss aku tau kot..? tapi takpe laaa… big boss memang best….

errr… tugas aku hari ini.. berlambak mambak… sejak balik dari bercuti 3-4 hari lalu… keletihan masih terasa… itupun aku online jugak tu untuk jawab mail.. sampai je opis dah sibuk dengan tugas support dan teknikal dah… kalau masa cuti aku tak check emel… adooii… macam biasa laaaaaa…. kelam kabutan… rilekkk…

ape pun… aku nak ceritakan hal balik kg. tempohari… mulanya aku nak balik seorang dgn flight.. dah masa nak berkemas tu.. wife aku dan anak² semua nak ikut… fikir punya fikir.. apa lagi… naik kereta je laaa.. kebetulan kereta baru je lepas servis… abis burn tiket pergi balik… adehhh..!! nak redeem takleh dah… aku balik ke KB kali ni ikut Cameron Highland… fulamak… mencabar betul… bertolak dari rumah ke highway dalam pukul 12.30… lepas tu masuk highway Ipoh.. terus ke exit Simpang Pulai… dari situ cari arah Cameron Highland.. fulamak.. ada satu kawasan berhampiran tanah rata tu.. rasa macam berada di China.. penuh dengan kawasan tapak semaian ladang anggur, limau dan strawberri.. udara dan cuaca sejuk dan nyaman.. buka tingkap best… cemana pun tiba di satu kawasan.. jalan sempit yg teramat.. kalau berselisih kereta pun tak lepas kot..?? dah la kecik.. ada longkang… kalau ada lori abis… gabra juga aku drive masa tu.. lebih lagi bila menurun 15% kecuraman.. fuhh..!! hujan pulak cam segan² nak turun.. aku sampai ke Gua Musang pada pukul 6.00 petang… slow woooo… kalau ikut Bentong pukul 5 dah sampai… tapi… tak kisah laa… sebab dah ada pengalaman lalu kat situ.. banyak lagi jalan baru nak dibuka tu.. maybe tak lama lagi bila highway baru tu siap… skip jalan kecik tu dah ok dah… yang penting.. dapat tengok pemandangan bukit bukau yg jarang dapat di lihat di Malaysia.. beralur² dan berbukau²…. gaungnya masyaAllah… kalau jatuh tu takde orang sedar dah… tinggi woooo….. ape pun.. syukurlah.. perjalanan pergi dan balik selamat.. masa aku bertolak balik selasa lepas.. sepanjang jalan tu hujan lebat dan renyai²… bila sampai KL.. semalam berita menunjukkan banjir dah berlaku… kalau aku lewat sehari… dah tentu aku stranded lagi macam tahun lepas.. eeeiiiii…. seram sejuk mendengarnya lebih lagi bila bawa anak²… kalau solo tu ok la jugak… mmmmm….

sedikit pengalaman dan perisitiwa semasa aku handle bengkel remaja tempohari… memang seronok dan kelakar.. tension pun ada… sebab bukan saja remaja atau pelajar sekolah menengah je yg ada… yg sekolah rendah pun ada jugak… riuh rendah jadinya… hehehe… tapi aku rasa kehadiran pelajar rendah ini lebih bererti dan seronok… dorang pun seronok sebab aku buat ‘game’… ye la.. kesian kat dorang… sebulan kena kursus tu… mana tahan berpisah dengan dunia luar seperti sediakala… dok berkurung dan berkursus je…. itu yg bila aku datang tu aku memang tak boleh buat semuanya ceramah atau bengkel motivasi… sebab fikiran mereka dah melayang jauh dok teringat family, bola, kucing etc… aku banyak buat rombakan… syukurlah pengerusi sporting… ajk pun sebenarnya pening kepala nak hadapi kerenah budak² dari sekolah rendah dan menengah ni… aku sendiri pun rasa tension juga sebab bising.. hehee.. ape pun kena sabar je laa.. kena faham keadaan mereka… itu pasal aku cuba buat yg terbaik… untuk bengkel ni aku dapat 5 slot.. tapi 3 slot saja yg aku sempat handle… 2 lagi diganti dengan pengerusi dan wife aku… hari pertama tugas aku ialah pada waktu malam.. tayangan cerita kartun ‘Si Abu Nawas’… belum pun habis 30% peserta dari sekolah rendah dah lelap termasuk adik sepupu aku sendiri.. sempat aku ambil gambar… hehee… hari kedua aku buat motivasi… hancus… sebab budak sekolah rendah bising… dorang join juga bengkel untuk remaja… dan malamnya.. aku buat ice breaker… sebab dah seminggu dorang ada kat tempat kursus tapi masih belum kenal bebetul lagi antara satu sama lain.. bagi group… bagi nama kumpulan… dan bagi soalan perbincangan… nampak seronok sikit semua peserta sebab ada aktiviti group… hari ketiga pagi tu slot aku diambil oleh pengerusi… beliau cuba buat satu pembaharuan dengan tayangan slide dan video… tapi lelap jugak bebudak… malam tu aku punya slot.. aku buat ‘game’… bahasa isyarat dan lukis ala win, lose or draw… lepas tu bagi teka teki dan minta peserta buat persembahan… memang seronok bebudak tu.. bising macam pasar jual ikan… penasihat kursus ada masa tu… dia tak kisah dah sebab dia nak bagi bebudak tu release… dan yg buat dorang lebih bersemangat… aku gunakan lebih duit raya yg masih tersimpan sebagai hadiah saguhati kepada yg berjaya menjawab soalan dan buat persembahan.. lagi la bebudak tu berebut… memang susah nak handle.. tapi aku puas hati sebab bebudak semua enjoy… termasuk aku dan adik² aku yg datang membantu aku untuk urusan video dan gambar… ape pun.. untuk bengkel atau kursus next time.. aku kena lebih bersedia dengan team teknikal.. sebab banyak slot tak sempat nak ambil gambar sebab masa tu aku seorang je yg incharge… kalau macam malam last tu ok jugak.. ramai adik aku turun padang… sorang tolong ambil gambar.. sorang lagi video dan seorang lagi bantu dari segi mengurus… tak la letih sangat.. heheee… ape pun.. kesimpulannya… memang best dan banyak beri kenangan… dan kenangan itu dah divideokan… boleh tengok bila free nanti… tapi masa test kat video cam tu.. memang gelak sakan tengok balik gelagat bebudak sekolah rendah ni… ada satu masa tu semua serbu kat aku untuk jawab soalan gara² nak ‘ang paw’… hahahaaaa..!!

well… life is life… kerja is kerja… dalam dok nak siapkan blog ni tadi pun berapa kali aku berhenti sebab nak entertain officer dan staf yg ada masalah… dah lari dah idea.. heheheee…. yg penting.. semuanya selamat dan sejahtera…. errr… lupa nak bagitau.. semalam streamyx dah masuk dah rumah aku… hehehee… 4 hari bekerja je apply terus dapat… pak sedara kerja Telekom la katakan… hehehee… janji rock..!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *