adiputra.org

Ho Ho Hoooo…!!!

Watttchhaaaaaa…!!!

fulamak aiihhh… lama betul tak update blog… raya sakan.. rehat sakan… malas sakan.. makan makan… semua ada… selamat hari raya lagi sekali… heheheee….

pasal blog ni.. aku ingat dah malas dah nak tulis.. tapi… tak boleh laaa… aku memang kena menulis supaya otak aku tidak beku dengan apa yg berlaku… lepas aku tulis baru aku rasa lega… memang nasib laaa… maybe jalan alternatif… aku kena set seminggu sekali untuk menulis… hehehahahaa…!! tapi kalau datang time gigil jari jemari.. memang sah aku rockkkk..!!

banyak peristiwa yg aku lalui sepanjang raya dan cuti ni woooo…. cemana nak start…?? aaaahhhhh…!!!

kalau sebelum cuti raya hari tu aku macam takde kerja… balik je dari cuti… takde kerja jugak.. heheheee… tapi 4 hari je… hari isnin sampai khamis tu memang aku cuma standby kat data center saja.. sebab sistem ada masalah untuk up portal sistem… masalah error log dah penuh lebih dari 2mb… maka sistem tak dapat nak up.. aikk..?? pelik betul aku.. tapi aku takleh kata apa sebab setelah aku try up dan down sistem, database, portal, infra dan midtier tu.. portal masih tak jalan… 2 hari aku bertungkus lumus dan menggigil dalam bilik sejuk data center tu tak jalan jugak.. alih² bila team support vendor datang.. dia kata log file dah penuh.. lerrr… solaris ni rupanya dah set takleh lebih dari 2mb rupanya… mana aku tau… ape pun aku kena ubah… aku make sure error log tu tak digunakan buat sementara… aku cadang nak set agar log tu secara automatik akan dikosongkan setiap 3 bulan sekali.. atau mana yg perlu… tapi bila..?? biar la dulu.. kerja lain masih menanti.. hishhh…!! akibatnya.. sampai minggu kedua ni pun aku lom dapat buat lagi sebab kerja dah makin bertambah dah… aisehhh…!! tidaaakkkkk…!!!

hari rabu… aku ke Telekom Malaysia.. register telefon… hari khamis telefon dah masuk rumah aku.. hehehee.. ini adalah permulaan untuk rock n roll… sejak pindah ke rumah baru tahun lepas… asyik pakai handphone je.. sekarang ni pakai telefon line la pulak… yg penting.. tak lama lagi rumah aku akan dimasuki syndrome streamyx… hahahaa…!! bukan aper… masa balik raya kat kg. aku di Perak hari tu.. 2 orang bapa saudara aku kerja telekom.. dorang ada akaun streamyx setiap sorang tapi tak pakai sebab takde komputer dan tiada keperluan kat rumah.. jadi salah seorangnya nak bagi kat aku… rezeki jangan ditolak beb…!! RM46 sebulan dengan kelajuan special ?MB… jadik laaa… sekarang ni pakej RM88 pun cuma bagi 1MB je.. so lepas ni takde la aku susah² nak pi opis untuk check emel dan hantar dokumen kat member dan geng projek… semuanya boleh dibuat dirumah… nak bayar bil..? nak transfer duit kat family..? nak tempah itu ini..?? semuanya boleh dibuat di rumah… heheheee… jangan jeles… ape pun akaun ni sementara saja… kalau anak pakcik aku dah besar besok dan nak pakai streamyx terpaksa la aku transfer balik… anyway… streamyx tu belum diuruskan lagi.. tunggu pakcik aku bagi green light je…

meeting keluarga di Perak hari tu aku tak banyak cakap.. sebab aku ambil gambar dan video sepanjang mesyuarat diadakan… bagaimanapun adik aku yg kerja kat maybank tu dah cadangkan agar manfaatkan teknologi internet untuk memberi maklumat dan urusan tabung keluarga… ok laa… aku boleh turut membantu… tapi yg tak syoknya.. sebab aku dan adik beradik aku adalah anak saudara yg paling tua… pak sedara dan mak sedara semua cadang agar kami adik beradik bantu dari segi backup… aku bukan apa.. dah la chairman dan bendahari pun abah aku dah pegang jawatan tu… tapi kalau nak backup ni.. kalau boleh biarlah pakcik yg lain atau anak sedara yg lain.. nanti apa kata sepupu sepapat yg lain..? cemana pun kena akur.. sebab bapa aku berada jauh di Kelantan.. adik aku yg ketiga akan backup tugas dia.. sedangkan aku dan adik aku no. 2 berada di KL.. cuma boleh bantu dari segi online saja… dan yg penting kepercayaan ini perlu di jaga dengan baik… aku dah inform adik² aku agar mereka bersabar dulu.. apabila adik² sepupu yg lain dah tamat pengajian dan bekerja.. akan dibuat semula perlantikan agar lebih terperinci.. lagipun tabung keluarga abah aku dan adik beradik dia dah makin berkembang.. dah boleh buat pelaburan dah.. syukur Alhamdulillah… aku pula start januari tahun depan insyaAllah.. akan buat potongan setiap bulan… dah setahun lebih aku stop sebab aku ingat mulanya aku menyimpan untuk anak² aku.. tapi aku sebenarnya takleh lupa kepada adik² sepupu aku yg tak lama lagi akan meneruskan pengajian… takpe laa… kalau orang lain boleh buat.. kenapa tidak keluarga aku…? aku sokong usaha ini.. insyaAllah…

plan aku untuk sambung belajar tahun depan masih samar… aku dah cuba contact pegawai akademik dan pegawai cuti belajar… tiada jawapan… tapi aku takleh frust lagi sebab aku contact melalui emel saja.. memang betul kata wife aku.. pegawai² ni kalau kita tanya melalui emel memang dorang tak terlayan… iskk.. kenapa aku boleh layan..? kenapa mereka tidak..?? kenapa…?? tapi takpe laa.. start je tahun depan bila aku dah dapat borang tu.. baru aku jumpa mereka sendiri.. minta nasihat dan pandangan.. dan aku kena fight sesuatu… kalau boleh nak transfer kredit atau praktikal yg telah aku lalui masa dalam arus perdana di UTM dulu… walaupun dah hampir 5 tahun.. aku nak fight juga… lagipun aku ada reason nak bagitau yg kerja aku di kampus selama ini pun sedikit sebanyak ada menyebabkan aku tidak dapat menyambung pengajian dengan lebih awal.. cuba la kan..?? mana la tau ada rezeki.. kalau tak dapat pun takpe lah janji aku cuba… ape pun.. ini tahun depan punya plan… insyaAllah… aku harap aku akan dapat meneruskan pengajian aku yg dah tertangguh sekian lama… dah la kerja memangku tugas… pendapatan pula tak memangku… susah dibuatnya.. autoriti pun macam tu juga.. iskk…

hujung minggu ni aku akan balik ke KB… ada kem remaja di sana… aku dijemput untuk memberi sedikit motivasi kepada remaja yg menghadiri kem tersebut… bahan aku belum prepare lagi ni tapi idea dah ada… mungkin sehari dua atau bila tiba di sana baru aku buat… nak buat sekarang ni memang tak sempat… idea tu macam tersekat sebab banyak benda lain yg aku kena concentrate… aku harap semuanya akan berjalan lancar.. nak bagi ceramah ni pun dengan bebudak sekolah dan menengah… adooiii… risau aku… kalau student U atau lepasan SPM ni lain sikit sebab sikap independent tu dah ada.. ini remaja dan budak kecil ni… anyway aku dah bagitau urusetia yg aku nak buat dua sesi.. satu sesi untuk sekolah rendah.. satu lagi untuk menengah.. sebab apa yg aku ceritakan nanti boleh dikategorikan dengan baik… kang timbul yg ni faham.. yg ni rendah sangat.. yg tu tinggi sangat memang susah… iskk… mak aku frust sebab aku balik seorang saja… memang sebelum ni cadangnya nak bawa anak sulung aku je… tapi kesian kat adik dia keseorangan kat rumah… dah la malam² takleh berpisah kalau tidur.. heheheee… takpe laa… sekurangnya isteri aku ada kat rumah… lagipun kerja yg aku buat ini ialah kerja amal… aku rasa nak bantu urusetia atas sebab peribadi… mulanya pihak urusetia nak bagi sumbangan… tapi aku serba salah… sebab aku boleh stay rumah aku sendiri kat sana dan lepak rumah family… setelah perbincangan dibuat aku hanya ambil claim tiket flight saja… bahan dan peralatan aku bawa sendiri… notebook, lcd, kamera, tripod, videocam…. ini lebih baik sebab tak payah nak sewa itu ini.. kat sana kos mahal berbanding dengan KL ni.. so aku dapat jimatkan kos urusetia dengan bantu apa yg patut.. peserta lebih 100 orang tu… banyak lagi mereka kena buat persediaan… tak nak juga susahkan mereka dengan apa yg kita perlukan..

semalam pula ada diskusi antara senior officer, ex-3rd boss, officer IT dan aku… mereka cadang nak ambil seorang lagi officer IT dan seorang programmer… aku…. terfikir juga kenapa perlukan sampai 2 orang officer IT…? macam mana nak divide tugas..? hishh.. pening aku dibuatnya.. tapi yg pastinya ex-3rd boss aku akan tamat kontraknya hujung tahun ini.. adoii.. cemana pun aku kena cadang kepada big boss dan management agar kontrak dia disambung lagi.. tak payah la buang masa nak ambil officer IT lagi sebab yg dah ada ni pun dah orait.. cuma kerja lain je yg tak terbuat.. ISO tu pun aku yg handle sekarang ni walaupun berat hati aku nak handle.. so..? takde kerja yg besar dah… 4 orang team pun dah cukup.. kalau nak tambah lagi bagus tapi aku rasa unit IT cuma perlukan seorang lagi programmer… hishh.. macam² la dorang ni.. kok ye pun nak buat decision bincang la dulu dengan aku… boleh aku brief dulu kerja yg nak separate sebab sekarang ni pun aku sorang je yg tau flow tugas dan selok belok unit IT ni… kang esok lusa aku jugak yg kena.. ni yg payah ni.. iskkk.. iskkkkk… aku kalau boleh kalau ada 2 orang officer pun biar officer la buat kerja management.. sekarang ni pun aku jugak yg kena buat surat, conduct meeting, buat minit.. bukan kerja aku sebenarnya ni.. kerja aku lebih kepada support.. tapi… adooiii.. taktau la aku…. nak cakap apa lagi..?? biar betul…!! ada 2 officer IT… ringankah kerja aku..?? concentrate kah kerja aku..? motivasikah diri aku..?? harapnya ya kalau bebetul nak ambil.. tapi kalau setakat ada 2 officer IT pun suruh aku pi sana sini atau buat kerja management baik payah… buat naya kat aku je… dorang boleh buat kerja yg dorang suka.. yg tak suka pass kat aku… ini dah berlaku dah masa officer IT aku yg pertama dulu.. tapi sebab aku senior dia pass kat programmer baru sebab dia tau aku banyak kerja dan akan lawan kalau kena kacau… yg kedua ni ok la sikit sebab proaktif.. tapi bila tak tahan esok.. haaa… aku jugak la yg kena.. sekarang ni pun dah nampak bayangannya.. dia pun agak tension dengan fenomena kerja kat sini… nak buat cemana… sadis… iskk… kena sabar je laa… aku pun selalu diskas dengan officer IT dan geng IT ni.. tanya problem.. tanya status.. tanya perkembangan… biar diaorang share.. kalau tak share kang tension sensorang susah juga… sekurangnya aku join dorang untuk bercerita masalah.. aku pun boleh dapat info dan memberi info sama… kerja sebagai team ni kena ada persefahaman.. bukan sekadar tugas yg spesifik dan kepakaran saja… kena bantu membantu juga tu.. aku harap aku dapat tanamkan sikap ini di antara mereka.. walaupun kadangkala kelakar juga bila mereka mengadu yg sorang tu tak nak dengar cakap dia ni.. yg tu tak nak dengar cakap dia tu.. masing² ada angin la katakan… sabar…

aisehh… kerja dah datang ni.. heheheheheee…. chowz…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *