adiputra.org

Hari merayau sedunia…

Waduss.. sehari suntuk cam orang takde bilik.. merayau je aku.. pada pagi tu aku lepak kat development team punya room… pastu tetiba… dua tiga orang SA dari department IT call tanya status UAT untuk modul sekuriti.. aku jemput semua datang… hehehh.. lagi ramai lagi bagus.. memacam dorang buleh suggest pada modul sekuriti tu… for sure termasuk access, log, audit trails etc…

kemudian.. department kewangan call pulak.. mmmm.. dah start balik dah nak buat pala aku sakit.. ada lagi maklumat student lam data lotus notes tak settle… isssskkkk…  tapi nak tak nak aku kena tolong jugak.. aku terus gi general opis.. minta tolong sorang kerani kat situ tolong search dan masukkan maklumat student yg dorang nak.. ada lam 30 orang semuanya… then aku gi bilik development… tapi bila dah dekat kul 10.. aku teringat dah janji ngan vendor punya server team dan oracle team untuk jumpe kat department IT… so.. aku turun general opis balik untuk pesan kat kerani tu.. well.. fulamak.. dia buat kejap je… tak sampai 10 minit… tq.. aku terus emel kat SA yg minta tadi… dan aku terus gi department IT…. data center…

sampai sana… aku tengok dorang just nak setup veritas backup je… dns dah tukar… dah semua ok… dekat sejam lebih dorang godek.. settle… dorang minta diri.. tinggal sorang lagi oracle person… dia kena uninstall dan reinstall semula oracle application dan infrastructure.. nasib baik database takyah usik… jenuh la aku nak nunggu dorang siapkan.. hehehh… tapi ape pun… kul 1 lebih.. aku minta diri… dia still kat dalam.. dan dia kata kalau aku nak balik pun dia tak kisah… aku terus la balik… sejak pagi tak breakfast lagik… heheheee.. aku makan dulu then baru balik opis…

petang… tengah aku nak start UAT (revision)… s/u big boss call.. dia tanya pasal senarai tugas unit IT aku lom hantar… aku cakap dah hantar dah.. sebulan lepas… tapi dia kata big boss tak nak yg tu.. dia nak yg lebih detail… aisehh… detail..? ok… bila nak buat je.. baru aku teringat esok pagi ada meeting weekly project yg pertama.. adoiii.. report lom buat.. data lom sedia… terus aku call balik s/u big boss… aku nak hantar hari sabtu… tak sempat hari jumaat… ape lagi.. aku terus kumpul semua dokumen.. termasuk ittutor punya public journal… aku check date.. keje yg dibuat dan sebagainya… anyway.. pala aku dah serabut dah.. sekejap department kewangan call.. ada lagi data tak lengkap… kejap staf general opis call… wadooiii… dan yg bernasib baik.. bahagian tender board dah siapkan minit mesyuarat… so.. dia suruh aku or wakil amik kat opis dorang… aku plak bz.. terus aku cari despatch.. minta dia tolong… tapi takde lerrr… so.. aku tinggal notis je laa.. ape pun.. bila dah ke sana sini.. sekejap singgah sana.. kejap sini… dah dekat kul 5 dah..

aku copy semua data tu lam note book.. terus aku siap nak balik… serabut pala dah… tepon berdering dekat 1/2 jam.. aku biar je… h/p plak aku off… kul 5… aku call wife aku… dia tengah amik anak sulung aku kat nursery… aku suruh dia fetch aku… nak balik dah.. nak sambung keje kat umah… tak tido la aku malam ni… iskk… report oh report.. cemana kau leh lupa…. 

balik je umah… aku main ngan anak² dulu… wife aku masak untuk makan malam… then… agenda rumah berlalu sampai la kul 10 malam… aku plan nak sambung keje.. tapi anak aku tak tido² lagi… yg no. 2 dah selamat.. yg. sulung ni still segar lagik.. nyanyi dan main ntah ape²… hehehee.. ape pun.. aku terpaksa la bodek wife aku suruh dia tido dulu… dan dia bawak semua anak² masuk bilik… so.. aku teruskan keje aku.. setup notebook dan buat report untuk esok… dalam pala aku ada 3 benda… 1 project progress, 1 agenda n form discussion… 1 lagi memo.. pasal aku 2 minggu gi kursus.. aku nak minta penggantian tugas.. tup tap tup tapp…. rasa lapar plak.. aku makan asam ngan minum air je… hehehhh… then teruskan…. letih aku rehat… pastu sambung… sampai la kul 12…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *