adiputra.org

Hari lahir yang ke-33…

Terima kasih dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana pada hari ini… aku masih lagi hidup dengan seadanya… Alhamdulillah…Hari ini merupakan hari lahir aku untuk tahun yang ke-33… dan hadiah yang paling bererti sekali buat aku pada hari ini ialah dengan kedatangan anak lelaki… Ammar Haziq… inilah yang terbayang di fikiranku… 

Semalam… masa aku sedang buat kerja di depan notebook… anak kecilku menangis… aku buatkan sebotol susu… suapkan padanya… wife aku hilang sekejap… tak lama lepas tu.. lepas baby dah tidur… aku sambung semula kerja aku… dan di atas notebook aku tu ada sekeping kad… kad ucapan selamat hari jadi daripada isteri tersayang… siap ada lagu lagi… terer juga dia buat surprise.. hehehee… terima kasih buat isteriku… ada sekeping nota yang ada nilai tersendiri diselitkan… aku bacanya… serta aku sematkan dalam hati.. itu adalah antara ucapan yang sentiasa aku hargai.. terima kasih sekali lagi kerana menjadi seorang isteri yang sentiasa bersabar dengan karenah aku ni… aku hanya insan biasa… ada kelebihan dan ada kelemahan… iskkk….

petang tadi.. aku sampai kat rumah je.. anak² aku cakap ada kek… hehehee… adik ipar aku dah belikan kek tengahari tadi… so.. petang.. buat simple je.. anak² isteri, ibu, adik aku sorang dan maid aku termasuk maid kakak ipar aku je yg celebrate… anak² aku dgn segan silu menyanyikan lagu ‘happy birthday to papa’… kek… aku rasa kek ‘mocha cheese’… ok laaaa.. sebab aku ni bukan penggemar kek pun.. tapi sebab ok.. abis 2 potong gak tu… hehehh.. malam… mertua dan nenek belah isteri aku datang… so ada buat majlis bercukur sedikit sambil berselawat dan bertahnid… buat pun simple je… kenduri cadangnya nak dibuat di kg. aku di KB nanti… sebab atuk yg empunya cucu request.. hehehe… then kami borak² sampai la pukul 10 lebih… lepas dorang balik.. lepak² dgn adik aku yg no. 5 tu.. sempat gak tengok first half England lwn TT… tak best… terus aku naik tidur… zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…

1 thought on “Hari lahir yang ke-33…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *