adiputra.org

Hanya di dalam bilik…

Operasi kerja aku hari ini.. hanya tertumpu dalam bilik saja… ada orang nak jumpa… ada orang call.. emel… semuanya aku uruskan dalam bilik.. beberapa pegawai dan staf yang lalu lalang nampak macam aku tak bertugas je di lab atau kaunter pendaftaran… ye laaa… task online aku pun banyak juga… harapnya mereka semua faham… partner aku pula singgah.. sambil bagitau lab perlukan lebih tenaga… aku mulanya heran apesal la nak register online pun kena guide..? manja sangat ke student master & phd ni..?? bila aku check.. laaaaaaaa… memang patut la ramai pelajar tak tahu.. manual pendaftaran masih belum up dalam server rupanya… masyaAllah.. manual ni patut ada sebelum minggu pendaftaran lagi… tetiba.. macam dah janji la pula.. ex-3rd boss aku call.. dia tanya manual registration mana..? aku cakap la masih belum dapat apa² dari team IT yang design… dan setahu aku masa agihan tugas beberapa minggu sebelum ni.. partner aku yang akan upload dan design… bila aku minta partner aku contact partner sorang lagi (yg design dgn flash)… dia kata dah hantar dalam pc aku.. dalam shared folder… dah lama dah… anyway agaknya masa aku kursus tu dia hantar.. memang aku tak nampak la apa file terbaru dalam shared docs aku.. lagipun dia save dalam folder lain… bukan pada root… mmmmm… memang tak jumpe ler… anyway aku tanpa lengahkan masa.. terus upload… dan buat link dalam portal dan web… patut la bila staf aku suruh refer manual dalam web site.. student baru tak jumpa… rupanya memang takde… mmmm… tapi takpe.. sekarang dah ada… hehehehhh…

selain problem ni… boleh di katakan… macam² masalah yang pelajar hadapi.. aku hanya boleh mencatit masalah baru yang belum pernah aku buat… yang terbaru ni pelik juga.. ada 3 pelajar yang ambil subject undergrad dulu sebagai pra-syarat.. then markah dalam sistem aku memang tiada dimasukkan sebab kursus tu ada dalam sistem undergrad.. so.. dalam sistem aku blank lerr.. jadi semester baru ni mereka tak boleh register sebab kursus yang diambil tu tak aktif… yang ni aku kena diskas dengan team vendor lagi.. macam mana nak allow mereka register walaupun last semester mereka ambil subjek undergrad… mmmm… satu lagi problem.. ada sorang pelajar yang agak veteran juga laa.. PhD… dia dah belajar 12 semester dah.. belum habis lagi… akaun dia dah expired… so nak activate balik pengajian dia.. setelah menangguh akibat pertukaran chairman dan members project thesis dia… kesian juga… tapi aku berjaya solve masalah dia.. tu pun setelah dia bawa bersama surat kelulusan dan slip bayaran… dengan semangat yang tinggi.. aku rasa malu juga dengan diri aku.. sebab aku pun bachelor pun lom abis.. pakcik tu dah nak tamat dah phD dia.. cemana pun ia memberi aku satu semangat… bahawa.. umur tidak membezakan kebolehan untuk belajar dan mencapai cita².. insyaAllah.. aku rasa aku pun akan turuti jejak langkah pakcik tu… maybe next year… sambung balik study aku… then buat master… ada rezeki lagi phD… Amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *