adiputra.org

Handphone tertinggal kat Penang…

Wadus… aku ni baru je balik dari Penang… hantar isteri aku ke USM untuk seminar dan jumpa supervisor PhD dia… semua berjalan lancar.. aku stay kat Vistana Hotel satu malam… sempat pergi ke Kompleks Bukit Jambul… yg tak lama lagi mungkin akan jadi port aku mencari DVD.. hehehee… best..!! aku dapat sambar The Shield season 4… dah lama aku cari… banyak lagi sebenarnya cerita yg aku nak cari tapi sebab bawa anak sulung aku yg lasak tu.. tak leh nak concentrate aku dibuatnya… terus chow… mmmm… takpe.. masanya akan tiba… heheee… lepas tu petang esoknya aku singgah la rumah mak sedara aku kat Seberang Perai… makan tengahari kat sana…

balik je dari Penang… dalam perjalanan kat highway di Kuala Kangsar.. tiba² handphone wife aku berbunyi… tengok number no. aku… aisehhh…. mak sedara aku call… dia kata handphone aku kat sana… mmm… takpe laaa.. aku teruskan perjalanan… sambil dalam hati aku terbayang… punya la banyak perkara aku nak contact member dan orang nak contact aku seminggu dua ni.. mmm… takpe laaa… try jadi macam orang biasa… heheheee… aku sampai ke rumah pada malam semalam… pukul 11 malam… Alhamdulillah… selamat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *