adiputra.org

Cuti Tahun Baru Cina…

Mmmmmmm….. cuti raya cina kali ni memang panjang.. sebab jatuh pada hari minggu termasuk dengan cuti ganti, cuti Awal Muharram dan cuti hari Wilayah bagi mereka yg kerja kat KL / Putrajaya…

apa aku buat time cuti ni..?? hehehee…. semalam buat OT selama 4-5 jam… sambung buat editing format surat menyurat officer… malam pi carefour.. beli barang sikit… tengah malam.. takleh tidur… dengar mercun bom bam gedebum gedebam..!! ini dari kawasan Country Height, Kajang nun… bengang betul aku.. nasib baik anak² aku tak sedar… sebab takleh tidur tu… aku pasang tv punya kabinet yg dibeli kat IKEA minggu lepas… murah je… ada la dekat RM300… barang IKEA ni best.. boleh pasang² sendiri je… dan aku buat tengah malam ni pun lepas anak² dan isteri dah tidur… kalau buat siang hari terganggu.. ape pun aku ingat kejap je pasang benda alah ni… rupanya banyak skru & alat kena pasang.. lepas tu nak susun dan balanced lagi.. fuhh.. dekat 2 jam baru siap.. lepas tu angkut tv aku yg saiz 29″ tu pulak.. adoiii.. makkk… syukur.. aku masih bertenaga dan kuat untuk angkat beban 100KG…. macam tak caya je.. tetiba… masa aku letak je tv tu atas kabinet tu.. aku rasa belakang aku cam terkoyak.. adooii..!! aarrghhhh…!! tidakkk..!! not again…..!! entah apa la yg aku bebel pukul 2-3 pagi tu… aku pun rilek kejap… baring atas sofa… bukan apa.. cara aku angkat beban dah betul… tapi agaknya kabinet tv baru tu lebih rendah dari kabinet tv aku yg asal… aku kena lebih tunduk ke depan.. itu yg jadi tu… kalau injured macam tahun lepas naya aku.. dah la 2hb. sampai 5hb. Januari nanti aku kena pi Team Building kat Jeram Besu, Raub, Pahang… abis la aku takleh join aktiviti lasak kat sana… adooiii… lebih sejam aku rehat.. jam dah pukul 3 pagi… aku pasang cable dan alat dvd, amp dan astro pula… siap gulung² lagi dan wrapped segala cable yg berantakan… baru nampak kemas sikit.. lepas tu nak test tv, astro, sound dan dvd… dalam player tu ada 3D collection anak²… aku test la Toy Story 2.. mak aihhh.. konon nak test jadi terlayan pulak… dekat separuh cerita baru aku sedar jam dah hampir 4 pagi… mata dah tak larat dah.. terus naik bilik dan tidur… zzzzzz……

Bangun pagi tadi…. wife dan anak² aku datang kejutkan aku.. dah pukul 11 pagi rupanya.. adoiii.. belakang rasa sakit.. wife aku membebel juga sebab dari subuh tadi kejut aku tak bangun².. lepas tu wife aku guna apa ntah.. yg pasang kat elektrik tu… macam batu tungku… tapi yg ni jenis macam bantal ada air… panas.. best… wife aku letak² atas belakang.. dekat 1/2 jam baru rasa lega sikit… terus turun bawah dan breakfast… lepas tu dah boleh jalan sikit… ingat nak sambung angkat kabinet tv lama tu ke atas… tak berani lagi… tak mahu push body kot injured tu belum menunjukkan diri lagi… nak tak nak aku kena basuh kereta jugak dan check air bateri juga.. sebab dah plan… tahan je… lepas tu mandi… tengahari pula nak pergi kenduri kahwin member…

Balik dari kenduri… aku rehat lebih kurang sejam.. baru la ada tenaga nak angkat kabinet tu.. tapi dengan bantuan maid aku laaa…. ajak dia angkat sampai tingkat atas… fuhh.. lega.. tv lama aku tu dah boleh letak kat situ.. so meja komputer aku pun tak la penuh dengan alat elektronik ni… susah nak menulis.. wife aku pula sedang sibuk dengan report PhD. dia… sekarang tiada masalah lagi nak study dan menulis… hehee… petang boleh rilekkkkkkkkk…

dan hari ini (malam)… ada buat jamuan yg tersilap… ini untuk birthday anak aku yg sulung… hehehee… aku ingat hari ni 30hb… rupanya baru 29hb… tapi sebab wife aku dah contact adik beradik dia.. dan aku pun dah contact adik aku… ‘ON’ saja laa.. hehehee…. ini semua kes tak tengok kalendar ler ni.. pakai agak je sehari dua lepas… mmmmm…. takpe laa… anak sulung aku tu pun selalu je awal dalam segala perkara… keluar pun awal jugak.. heheheee… yahooo.. Anis dah 5 tahun… Aida dah 3 tahun… yg no. 3 nanti akan keluar bulan Jun nanti… sama bulan dengan aku… anak lelaki ni… amin… heheheee…. makin meriah laaaaa rumahtangga aku… Bersyukur kepada Tuhan yang Satu… kerana memberikan rezeki dan kebahagiaan ini… terima kasih Ya Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *