adiputra.org

Ceramah ICT 3 di ESSET, Bandar Baru Bangi, SEL.

Hari ini.. malam… merupakan ceramah aku untuk kali ketiga di tahun 2006… kali ini di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bandar Baru Bangi seperti mana ceramah aku yg pertama hari tu… peserta adalah seramai lebih kurang 80 orang dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN-HEP) dari seluruh Malaysia…Tarikh : 29hb. Jun 2006
Masa : 8.30mlm – 10.30mlm
Tempat : Dewan Seminar ESSET
Tajuk : Asas-Asas Teknologi Maklumat
Target Audience : Peserta Kursus PTK (TK1 & TK2)

Topik yg aku bentangkan ialah :1. Perisian Kerja (Microsoft Office)
2. Kerajaan Elektronik
3. Tatacara Penggunaan E-mel untuk kakitangan kerajaan

topik kali ini berbeza… sebab aku pun tak sempat nak study sangat kebanyakan info… hanya berlandaskan pengalaman dari kursus² yg aku hadiri saja… apepun… ceramah kali ke 3 ni agak mencabar sikit sebab aku terpaksa berdebat dengan beberapa peserta… mak aaiiiiii… aku bersyukur sebab idea datang mencurah²… kalau la aku blank atau terkedu masa tu.. betapa malunya aku… ape pun.. semuanya dapat dihadapi…

topik 1 dan 3 tiada masalah… tapi topik ke 2 tu ada masalah… terutama bab pemahaman peserta² yg hadir… selain dari aku ceritakan kebaikan e-government ni… aku bagi satu contoh kenapa e-government ni amat diperlukan.. jadi aku bagi la satu joke… joke yg betul… aku kata kebanyakan staf kerajaan sekarang ni terlalu slow dalam buat kerja.. ada yg pagi tu lepas punch in je terus hilang… ada yg gunakan masa minum tu setiap 2 jam sekali… sebab tu banyak dokumen tertunggak.. bila aku cerita bab lain rupanya ada 2-3 orang tak puas hati.. dia suruh aku betulkan statement yg aku bagi tu.. aku apa lagi.. berapi la jugak.. macam la staf ni semua kerja bagus… ingat aku taktau ke..? aku yg kerja kerajaan ni pun bila berurusan dengan pejabat kerajaan lain pun rasa macam nak mati je tunggu proses kelulusan atau urusan am… ini nak defend.. tapi aku secara tak sengaja terus membebel akan sikap orang melayu dan kakitangan kerajaan dalam era sekarang ni.. apa yg aku cakap tu betul.. dari maklumat yg aku dapat di tempat aku kerja dan dari siri ceramah yg aku hadiri pun begitu… ada juga beberapa peserta lain yg menyokong pendapat aku.. alaa.. itu perkara kecik je.. nak bising ke..? tapi bila aku bagi info bab perubahan dan semangat.. barulah nampak peserta tu diam.. inilah cabaran namanya.. takkan nak dengar cerita baik je..? kena la bagi cerita buruk agar kita sedar siapa kita.. sebab cerita macam ni la yg buat kita rasa nak berubah.. ini dok kondem cerita aku buat apa.. aku suruh fikir strategi dia gi fikir tak puas hati.. tapi biasa laaa… memana yg makan cili tentu terasa pedas… wooohoooooooooo….!! ape pun.. aku belajar sesuatu.. next time aku takleh cerita dah joke macam ni.. ada orang terasa… hehehehhh… lagipun yg datang tu ada yg kerja pejabat, kerja luar dan kerja yg tak related dgn IT.. tentu la dorang boring.. bila ada isu yg memalukan… apa aku boleh buat..? lagipun pihak urusetia yg sediakan slide dan jemputannya macam tu.. aku kena guna segala pengalaman yg ada untuk handle sesi ceramah tu secara drastik… fuuhhh….

masa rehat ‘take 5’… aku tengah rehat kat meja… 2-3 staf KPDN yg bahagian depan tu tanya… aku kerja kat mana..? umur berapa…? berapa tahun dah bekerja..? MasyaAllah… rupanya mereka ingat aku ni baru grad U… astaga..!! anak dah masuk 3 dah… inilah masalahnya kalau kita ni dah ditakdirkan awet muda… dorang ingat aku ni budak lagi… tapi elok juga aku membebel panjang… baru dorang tau orang muda yg banyak cakap… agaknya dorang nak buat aku gabra atau nak bagi aku malu… takpun ada yg tak respect pada aku.. aku nak buat cemana dah aku tak  nampak tua..?? bila dorang tau umur aku dah 33 tahun… masing² berpandangan dan tersengih²… takpelaaa… Allah S.W.T. saja yg tau… aku harap mereka dapat betulkan la segala prasangka dan sikap buruk tu..

bagaimanapun… dalam aku bagi ceramah tu… ada Beberapa soalan yg bernas… yg membuat aku lega kerana peserta masih memberi tumpuan pada topik yg aku bentangkan… antaranya :

1) apakah yang akan terjadi pada dunia masa depan sekiranya semua kerja dilakukan oleh komputer…?
2) apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi peluang pekerjaan pada siswazah mengganggur apabila e-kerajaan terlaksana kelak…?
3) siapakah yg bertanggungjawab dalam membendung gejala perniagaan melalui internet yg berleluasa sekarang ini…?

mmmmmmmmmmmm…. soalan ini memberi aku ilmu yg baru… next time aku boleh olah dalam ceramah.. insyaAllah…

selesai ceramah… semua peserta memberikan tepukan gemuruh yg paling kuat pernah aku dengar.. entahlah.. adakah mereka seronok sebab ceramah dah habis..? adakah mereka memberi sokongan terhadap apa yg telah aku sampaikan..? atau adakah mereka memang jenis tepuk tangan macam tu…? mmmmm… Wallahu’alam… semasa jamuan ringan malam tu.. urusetia bagitau aku.. peserta yg berdialog dengan aku tadi memang semua sesi ceramah dia buat kecoh… alaaa… biarlah… ok juga ada orang macam tu… sepanjang aku memandu pulang… fikiran aku banyak melayang² di awangan… aku sepatutnya membuat persediaan sebab rasa aku masih punya banyak kelemahan… kelemahan dari segi mengawal audience… next time aku kena lebih hati²… aku juga kena lebih banyak update tentang perkembangan teknologi dan berita² semasa… sebab fakta aku limited… banyak cerita teknikal yg mungkin susah mereka nak faham… yelah.. mereka semua bukan bahagian pejabat saja.. ada yg bertugas sebagai penguatkuasa, bahagian kenderaan dan yg tak melibatkan IT… jadi… teknik aku memberi ceramah tu perlu global… mmmmm…. takpe… next time aku akan prepare dengan lebih baik… amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *