adiputra.org

Ceramah di SMTPC… My old school…

Tajuk : Program Jejak Jaya
Tarikh : 13hb. Januari 2008
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, KB.
Audience : 500 orang.

Hari ini merupakan hari yang bertuah buatku kerana setelah 18 tahun berlalu, aku telah menjejakkan kaki ke sekolah lamaku… Ini pun aku bersyukur kerana mendapat jemputan dari bekas guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik aku sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang di sekolah ini bagi memberi sedikit motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Selain itu untuk memupuk hubungan yang erat antara ahli ALUMNI di sekolah ini.

Aku juga bertuah kerana dapat berjumpa semula dengan guru-guru yang masih setia mengajar di sekolah ini… Cikgu Azlina bt Muhammad (Matematik – guru kelas dan kaunseling), Cikgu Wan Paridah bt Wan Mohamad (Guru Sains), Ustaz Hamad @ Lutfi bin Salleh (Pengetahuan Agama Islam) dan Cikgu Zaib bin Daud (Elektrik)… tidak dilupakan cikgu-cikgu lain seperti Cikgu Somasundram (English), Cikgu Hanafi (Elektrik) dan Cikgu Kamalia (Bahasa Melayu) yang telah bertukar ke sekolah lain sementara cikgu Yusof (Elektrik) telah bersara. Terima kasih kepada cikgu-cikgu semua yang telah menjadikan aku sepertimana aku sekarang. Aku memang dah terfikir bahawasanya kejayaan aku dalam bidang pendidikan adalah bermula di sekolah ini yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Pengkalan Chepa.

InsyaAllah, pada masa akan datang aku akan sentiasa membantu untuk bersama-ama menaikkan sekolah ini sebagai mengenang jasanya kepada aku. Tidak kiralah samada bantuan dari segi teknikal atau motivasi. Kalau boleh aku nak bantu dari pelbagai segi dengan keupayaan dan kemahiran yang aku ada sekarang.

Terima kasih kepada semua guru-guru aku… keranamu aku menjadi ‘Adi’… Allah S.W.T. sahaja yang Maha Mengetahui dan boleh membalas segala budi baik kalian… amin…

9 thoughts on “Ceramah di SMTPC… My old school…

  1. Semua guru akan rasa gembira bila bekas pelajarnya berjaya dalam hidup apalagi kalau dia dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Itu hakikat kegembiraan sebenar seorang guru bukan setakat gembira bila pelajarnya lulus periksa. Kami mahu pelajar kami menjadi insan yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Cikgu pesan agar adi lebih success dalam perniagaan dan cemerlang dalam memimpin keluarga. Abah adi sesuai jadi model pemimpin keluarga yang adi boleh contohi.Anak2 beri didikan addeen yang teguh agar mereka hidup selamat dunia akhirat. Adi harus tukar imej supaya sesuai dengan kehendak agama islam.Tunjukkan kita muslim sejati. Tunjukkan attitude muslim sejati seperti rasullullah. Pasang niat ini sudah dapat pahala dan jika kita berusaha untuk berubah , sesungguhnya sebesar biji zarah pun kebaikan kita sudah dihitung Allah s.w.t. Maafkan cikgu jika terlanjur kata.Cikgu pasti adi sudah tahu semua ini. Cikgu cuma ingin berbual dgn adi seperti cikgu berbual dgn anak sendiri. Maafkan cikgu.ok.Assalamualaikum….jumpa lagi di lain email.

  2. Cikgu, terima kasih atas nasihat dan pandangan cikgu… sesungguhnya saya berjaya sehingga sekarang ini pun adalah berkat dari tunjuk ajar dan kesan dari nasihat para cikgu-cikgu sekalian. InsyaAllah… saya dalam proses untuk merubah kehidupan saya dengan lebih baik… saya juga telah sedar dari beberapa sudut… masih terdapat kelemahan dalam diri saya yang perlu diperbaiki untuk terus berjaya di masa akan datang.

    Terima kasih cikgu, sampaikan salam saya pada cikgu Faridah, cikgu Azlina dan Ustaz Ahmad Lotfi.. jasamu sentiasa di hati ini…

  3. salam, saya belajar disekolah SMVPC pada tahun 90an, masih lagi ingat few cikgu yang saudara mention, macam cikgu kamalia dan ustaz hamad@lutfi.

    sila emails saya kalau ada apa-apa info pasal mereka semua

    salahudin yaakob

  4. assalamualaikum….

    nama : mohd sufian bin ahmad
    spm (v) 1997

    aku salah sorang dari student Sekolah menengah teknik pengkalan chepa … tahun 1996-97 (elektrikal)

    antara cikgu yang aku ingat;

    ust.ahmad lufti – pendidikan islam
    cikgu tengku anira – elektrik (cikgu paling comel)
    cikgu amir – teori elektrik dan jugak warden asrama
    cikgu wan paridah – cikgu sains dan p.k Hem masa tu
    cikgu yusuf – lukisan elektrik
    cikgu wahab – warden asrama
    cikgu aspalaila – teori elektrik (cikgu paling cute)
    cikgu Zurwati – teori elektrik

    dan ramai lagi cikgu yang aku lupa nama,… dah tua la katakan

    sekarang ni rasa rindu dengan cikgu dan kenkawan lama…. kalau sape- sape ade terbaca komen ni… boleh email atau tel

    email : doktor_xp@yahoo.com
    no phone : 0132466299

    antara kenkawan sekelas

    faizal – last aku tahu masuk utm (k.l) Best Student SPM(v)97
    pubalan – last jumpa masa tu dok kat polimas ambik dip elekrik
    hezri – aku tak tahu mana dia skrg
    nazri – panggilan manja “wak”
    hafizul – budak bijak
    Jeffri – last aku tahu dia sambung politech…
    Norizan – budak cute kelas aku (last information dia ambik nurse)
    Aryati sarah – tak tahu mana skrg
    dan sorang lagi dak kelas pompuan bernama mina – aku tak tahu mana pergi

    skrg aku hanya dapat contact Kamal (budak auto) dan pokya (budak auto)

    aku nak sangat jumpa kenkawan lama kat sekolah dulu…. buat reunion balik…
    jangan lupa contact aku…

    buat cikgu yang pernah mengajar.. thanks….

  5. Salam wbt..

    Saya Yusoff 5KA2 SMTPC SPM tahun 2001…
    Biro Makanan Asrama Tahun 2001..
    Lama dah tak pegi SMTPC..rindu sgt.
    Terima kasih guru-guru SMTPC kerana mengajar kami erti hidup..
    Alhamdulillah saya skrg bekerja sbg pensyarah di Kedah, hasil bimbingan guru-guru SMTPC semua..

    Cikgu Rashid (Pengajian Kejuruteraan Awam)
    Cikgu Amir (Warden)
    Cikgu MT Yusoff (BM)
    Ust Luthfi (AI)
    Ust Yusoff (AI)
    Cikgu Merek Sigh Delip Sigh (FIZIK)
    Cikgu Wan Faridah
    Cikgu Kamaruddin (PKHem)

    En Othman Mamat (Pengetua)

    dan semua guru-guru SMTPC…
    Terima Kasih banyak2..Syukran Jazilan
    Saya doakan semuanya..

  6. xlupa juga geng2 SMTPC SPM 2001..

    Pok Bear sek ngatok..hehe
    Masa tu syamin jadi Ketua Pelajar Asrama..
    Ust Azraie Biro Agama..
    Khairil Biro Disiplin
    Pidah Omar Biro Sakit
    dan geng2 ASPURI yangduk usha geng ASPURA..hehe

    Sememangnya kenangan yang xdapat dilupakan..
    Terima kasih semua

  7. salam abag adi…saya adalah slah seorang bekas plajar smtpc tahyn 2008…mase abd adi pergi ceramah kat smtpc tahun lepas saya ada ….skrang ni saya dok kat matrik kedah…

  8. w’salam fatin, alhamdulillah… belajar rajin-rajin di sana… ok? kerana waktu muda ni kita ada masa dan tenaga (tapi kurang duit)… bila dah kerja esok kita akan ada tenaga dan duit (tapi kurang masa)… akhirnya bila tua kita akan ada masa dan duit (tapi kurang tenaga).. 🙂

    kepada my junior salahudin, sufian & yusoff… good luck on your karier ok? mari kita sama-sama doakan kesejahteraan dan kejayaan kepada bekas guru-guru kita… amiiinn…

    good luck..!

  9. Sy amminudin 5KA1,spm 2001,lama xjumpa member SMTPC.Kpd yussof 5KA2,bley bg email dok..Sy xberapa ingat doh sbb lama sgt tggl mmber.Anyway,terima kaseh kpd semua guru2 smtpc,terutama Ckgu rashid,cikgu azlina mohamad(guru kelas 5ka1 2001),cikgu othman addmath,ustazah fatimah,cikgu zabedah (kimia) and lain2…all the best sume warga SMTPC..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *