adiputra.org

Catatan Januari… Di tahun baru 2006…

Berperang…!! ya.. amat sesuai sekali dengan permulaan catatan… kehadiran tahun baru ini disambut dengan serangan virus brontok-fam yg makin menjadi²… pc aku dah ok.. tetapi masih lagi dalam keadaan yg belum memuaskan.. tak kisah laa.. aku masih mencari antidot yg masih lagi belum ditemui.. ianya tetap ada… tunggu saja.. janji buat masa ini aku dapat access segala aplikasi dan script aku… beres kerjaku gitu…

Yang masih aku berperang ini.. ialah pc rakan dan staf ofisku.. waduhh… setakat ini dah 5-6 pc kena jangkitan dan symptom… yg lain tu dah kena virus.. cuma belum mengalami lagi jangkitan saja.. apa aku nak buat ni..? bilakah virus punya antidot itu dapat aku sambar di area online..? aku dah cuba dengan cara aku.. memang dah berjaya tapi ada lagi yg slow.. yg lembab.. ni yg aku tension ni… tapi aku kiv dulu… aku settle dulu pc lain yg mengalami syndrome restart.. bila dah settle aku baru aku cuba check spy dan worm lain.. sehingga kini aku dah dapatkan bala tentera it aku iaitu spybots, spywareblaster, avg, kaspersky, nod32 dan sophos… untuk membantu dalam peperangan ini… setakat ini aku cuma guna 3 saja.. kalau guna semua… alamatnya makin menggila… dan yg aku boring… pc rakan ofis aku ni ada lagi satu antivirus yg degil… norton antivirus.. punya la lecehnya AV ni.. aku nak uninstall dia atau install antivirus lain memang terganggu dengan soalan buang masa dia tu.. fed up aku.. ada satu pc tu aku dah uninstall.. dia keluar lagi msg nak suruh aku reinstall atau dia punya aplikasi dah takde.. forget je dah laaa… bukan aku nak pakai pun lagi norton ni.. hishhh..!!! macam la dia pulak yg control windows xp punya installation.. pandai² je… kan bagus jadi third party saja..? aku pun tak susah macam ni…

ape pun… peperangan ini masih lagi berterusan… setakat ini aku dah solve 4 pc… 1 pc aku dah prevent… dan berbelas pc lagi sedang dalam proses… letih aku woo… juruteknik aku nampaknya dah frust sebab pc dia sendiri pun kena attack dan belum beroperasi dengan baik.. sekarang dia tengah mogok.. sebab tension dengan ramai staf yg dok tekan dia suruh repair pc masing²… aku tak dapat cari dia di mana hari ni… sejak dua menjak ni asyik hilang je.. maybe mencari kedamaian di hati… takpe laa.. aku faham keadaan dia.. take time… partner aku pulak… semalam datang jumpa aku bagitau nak beri notis berhenti dah… bulan depan dia akan kerja kat tempat lain.. mmmm… hilang lagi sorang staf IT… sekarang ni yg nampak akan bersungguh… ialah aku dan pegawai IT aku… juruteknik aku tu taktau lagi statusnya macam mana… dia pun bulan lepas dah attend satu interview.. kot dia terima.. memang rock metal la aku kat sini.. dah la aku plan nak sambung belajar… nak tukar department.. wadoiii… kenyataan ini tidak akan menjadi kenyataan la jawabnya.. tapi apa pun aku tetap teruskan niat dan rancangan aku untuk sambung belajar.. aku tak mahu lagi membuat waktu… aku akan teruskan… amin…

apa lagi yg buat aku tension..?? server down… wadus… hari ni… server aku down lebih kurang 6 jam… dari jam 10 pagi hingga 5 petang baru operational… kesian pegawai dan staf aku termasuk aku sekali.. kena serbu dan kena serangan psikologi dari staf department lain dan juga student.. sabar.. sabar.. tapi melihat kepada komitmen team IT aku… syukurlah.. semuanya nampak pro dah.. tak tunggu aku atau tunggu pegawai lain bagi arahan.. ini baru best.. aku dapat buat task aku.. mereka dapat buat task mereka untuk sama² tackle problem ni tadi.. aku di ofis.. dua team IT aku di data center.. sorang lagi hilang entah ke mana.. tak kisahlah… semuanya dah berjalan lancar kembali… dan buat pertama kalinya.. aku rasa problem server down dan nak hadapi pelbagai step nak start server, infra, midtier, portal, sistem, database ni dapat diselesaikan tanpa pihak vendor… yeahhh..!! it’s rock..!!! rockkkkkk…!! ape pun.. lepas ni aku dan team IT kena buat post mortem.. yup..!!

sekarang.. masa untuk solat asar… lepas ni aku nak balik dah… lega rasanya minda… dapat berehat di rumah dengan aman untuk sehari dua nanti… boleh bawa anak² untuk pergi somewhere… dan yahooooooo…!!! kad student baru dah siap 90%.. lebih dari jangkaan iaitu 80%… aku berjaya…!!! aku berjaya buktikan…!!!

Heroes of the day..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *