adiputra.org

Busy of the week…

Mmmm… sejak pegawai IT aku tak datang.. aku rasa dia quit kot..? makin kelam kabut dibuatnya aku dan geng IT yang lain… banyak kerja yang semakin mengerjakan aku… tak larat dah aku… mental aku dah kira macam drop dah… tak berhenti sikit pun untuk beri ruang agar aku boleh berfikir tentang solution… semua orang pandai bercakap.. kena fikir.. kena plan.. kena buat… kena cuba… tapi yang membuatnya aku jugak…

masalah tetap datang menerjah mental aku… aku taktau apa nak cerita.. dari masalah data… meeting… diskusi… integration… infrastruktur… ISO… dan akhir sekali majlis ikrar pelajar… cukup memberi tekanan kepada aku sekarang ni… bayangkan bila kita balik je ke rumah.. badan dah lesu… anak dan isteri pun nak kena layan juga… makin penat… perkara ni menyebabkan aku kurang tidur.. sebab selepas semua family tidur.. aku tak boleh lelapkan mata kerana biologikal aku ada perubahan… aku hanya menonton tv.. dvd… dan kalau tak nak menonton gerenti aku buka pc.. kadangkala aku terlelap atas sofa.. kerusi.. betapa bosannya hidup ini kalau berterusan camni.. aku kena fikirkan sesuatu.. tapi bila..? apa..?

sorotan satu minggu memang tak tercoret… aku hanya mampu mengeluh… kerana tiada siapa yang memahami keadaan aku.. sadis… tapi satu peristiwa yang tak boleh lupa… hari ini… bilamana prepaid aku dah hampir habis.. dalam perjalanan pulang.. big boss call.. ex-3rd boss call… pm vendor call… staf call… sebab database error.. suspect table atau struktur database corrupted… dalam mengharungi trafik jem nak pulang ke rumah.. orang itu suruh ini.. orang ini suruh itu.. nak itu ini.. lepas tu prepaid aku pulak abis.. sabar je laaa.. aku sempat call salah seorang team IT minta dia yang contact semua person yang sepatutnya untuk uruskan masalah ni.. kebetulan wife aku pula ada kelas malam.. so.. dia la yang contact aku setiap minit.. termasuk big boss dan ex-3rd boss dan pengurus projek tu.. dah tu.. bateri pulak nak habis.. sampainya aku kat rumah aku dah nak flat dah… terus charge hp.. ada lagi call… aku bagi guide kat staf aku tu.. syukurlah.. dia dapat buat yang terbaik sehingga dapat cari staf teknikal di data center untuk temankan team vendor recover masalah yang berlaku.. aku memang takleh pergi sebab wife aku pakai kereta untuk kelas malamnya… so.. aku hanya menunggu dan menunggu.. hingga selesai.. suspen je… pukul 9 lebih.. pengurus projek vendor call.. dia kata server takde apa²… database pun tiada apa²… lega… kepenatan aku berbaloi… kemudian aku tumpukan kepada anak² yang sedang melukis dan bermain kotak… mmmmm… betapa senang dan bahagiannya mereka di saat ini.. hanya main… main.. dan main… tak perasan kot papa mereka yang tengah jem tadi.. hehehhh…. syukur ya Allah… masalah itu telah selesai… tunggu esok pula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *