adiputra.org

Bienda…

Hari ini aku berpeluang melawat sepupuku… Bienda… sehari sebelum dia akan melakukan pembedahan untuk mengubati penyakit jantung berlubang… aku pun memang dah lama tak jumpa dengan Bienda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan… apapun aku bersyukur dan berharap keadaan semakin baik dan aku doakan agar Bienda selamat menjalani pembedahan tersebut. Sesungguhnya ada hikmah yang tersirat di sebalik apa yang telah berlaku ini.

Pembedahan akan dilakukan pada petang esok di Pusrawi, KL. terima kasih atas rakan-rakan lain yang melawat dan terima kasih kepada para penderma kos pembedahan dan rawatan adikku Bienda. Semoga Allah S.W.T. membalas kemurahan anda semua. insyaAllah.

Aku juga doakan agar semuanya berjalan lancar dan Bienda akan selamat seadanya. Amin.

1 thought on “Bienda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *