Bengkel Web Technology IPG via UTeM

Pada 18-21hb September 2017, UTem Holdings telah mengadakan Bengkel Pemantapan SKM, Portfolio dan Verifikasi LPKT pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional di seluruh Malaysia. Bertempat di Bayou Water Park Resort, Melaka. Selepas bengkel ini, Pensyarah-pensyarah berkenaan akan dinilai oleh PPL dan JPK mengikut CU NOSS yang telah dipraktikkan di Kolej masing-masing.

      

Untuk bengkel ini, sebagai pemegang sijil System Implementations & Integrations Level 5, merangkap PPL, aku dijemput oleh UTeM Holdings untuk bersama-sama berkongsi ilmu mengenai pembangunan web dan integrasi sistem selama dua hari iaitu pada 19hb dan 20hb September 2017. Di bawah tajuk Web Technology, perkara yang dibincangkan ialah mengenai Integrasi Sistem, Dokumentasi, Laporan dan Pemilihan Perisian yang sesuai dan boleh dikembangkan di masa akan datang. Rasanya tidak cukup dua hari tetapi harapan aku agar pensyarah-pensyarah berkenaan mampu untuk menyediakan dokumen dan bersedia menghadapi verifikasi portfolio dan LPKT kelak.

     

Terima kasih kepada Pn. Noraini dari HQ IPG yang turut sama membantu semasa bengkel di adakan. Tidak lupa kepada UTem Holdings terutama En. Azley Ariff atas jemputan untuk bersama-sama menjayakan bengkel berkenaan.

Kepada pensyarah-pensyarah kolej semua, Selamat Berjaya dalam verifikasi dan temuduga nanti.

0 comments on “Bengkel Web Technology IPG via UTeMAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *