adiputra.org

Awal Muharram 1427 Hijrah…

Tahun ini… dalam bulan januari saja kita dah sambut 3 tahun baru… kalendar orang putih, kalendar Cina dan kalendar Islam… hehehee… aku ni kekadang tahun Islam ni kurang ingat bila dan bila.. bila terdengar tv, radio or surat khabar… baru la nak ingat.. apa la nak jadi ni..?? ishhh… ape pun… azam aku tahun ini tetap sama dan perlu diteruskan… bekerja dengan lebih tekun dan buat R n D… sambung belajar… yup…!! ini mesti..!! so.. Selamat Menyambut Awal Muharram 1427H kepada semua…

hari ini… tiada aktiviti menarik… hanya layan dvd bersama² anak isteri… Tarzan II dan Toy Story II… heheeheeee… saje je… petang bawa Anis dan isteri ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi… Anis mata dia luka kena cucuk dengan adik dia si Aida… mata putih dia ada luka sedikit… biasa laa.. dorang ni kalau gaduh memang dahsyat… memang luka dan berdarah la selalunya… main cakar².. tarik rambut… tolak².. aku pun taktau la cemana nak tegur… yg pastinya kena control… jangan lebih² sudah… isteri aku pula sakit perut… hari ini sehari suntuk tak boleh bergerak sangat.. hanya baring dan aktiviti rumah saja…

malam… adik aku yg no. 2 datang dengan keluarganya… semalam anak no. 2 dia Firdaus tu bengkak kedua belah mata… tak dapat datang join jamuan anak aku semalam… takpelah.. datang hari ni pun ok… bukan apa.. lama tak jumpa adik aku dan keluarga dia sejak hari raya Haji yang lepas… mak ayah aku pula ada juga bertanya pasal dia sebab lama tak contact.. sibuk benar tu… semalam dan hari ni pun dia kerja… buat overtime… takpe.. takpe.. tengah ada kekuatan dan tenaga ni memang kena kerja kuat untuk mencari rezeki… bila lagi..? hehehee… aku setuju je dengan cara adik aku tu.. sebab aku pun begitu juga… cuma aku… dalam keadaan tidak mengizinkan.. semalam dan hari ni patutnya aku ke ofis untuk overtime.. tapi semalam badan tak sihat… hari ni pula anak dan isteri tak sihat… esok..?? mungkin boleh… mmmmm…. lagipun sekarang ni aku dah incharge untuk betulkan beberapa laporan dan format surat yang digunakan oleh sistem dengan cara ‘trigger’ dari database… mmmmm… masih baru ni kena banyak buat latihan dan testing… sebab ia akan kekal dalam ingatan buat sementara waktu… kalau mula² macam ni dah kurang… lambat sikit nak pick up… hehee.. biasa laa… umur dah semakin meningkat… banyak perkara perlu dilakukan… insyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *