Audit Akaun Internet Anda…

social-media-sites
Dalam kita duk sibuk dengan kerja.. urusan-urusan sosial.. urusan-urusan dunia dan akhirat… saya nak memberi satu pesanan… JANGAN LUPA AUDIT AKAUN INTERNET…

ya.. kita mungkin tak perasan.. kita ada akaun email, facebook, instagram, pinterest, youtube, hosting, maybank2u, cimbclicks, irakyat, blog, myeg, maxis dan sebagainya.. email pun kadangkala tu sampai 5-6 jenis.. gmail, yahoo, hotmail, rocketmail, jaring.my (oopss.. jaring dah kiok) email office, email macam-macam lagi… banyak kan..? bagi yg bisnes pula.. akaun-akaun pelanggan… pening juga nak menggali untuk urus kalau dorang lupa password.

jadi… cuba ambil masa satu hari atau dua.. cuba buat audit sikit.. buat satu senarai URL, username & password.. simpan.. untuk kemudahan akan datang… kalau boleh seal masuk dalam sampul untuk wasiat.. manalah tahu.. jika berlaku apa-apa kat kita… sekurang-kurangnya pasangan kita, mak ayah kita, anak-anak kita tahu dan boleh menguruskannya. banyak berlaku sekarang ni bila kita dah takde.. akaun tu tergantung… terpaksa gunakan kaedah-kaedah yang ramai orang tak tahu… carilah seseorang yang anda boleh percayai untuk ‘menggantikan’ anda suatu masa nanti.. Wallahu’alam…

bagaimanapun… kena hati-hati juga… takut kalau senarai tu terlepas pada orang-orang yang tak bertanggungjawab.. belum takde lagi mungkin akan jadi macam takde.. hehehee…

selamat mengauditkan akaun anda ya..?