adiputra.org

Antara World Cup, Akademi Fantasia, Project, Kerja & Ammar…

Jun… adalah bulan keramat bagi diri aku… yelah.. sebab aku lahir pada bulan Jun… lagipun bulan arab aku tak ingat… hehehee… dah jarang guna nak buat cemana… asyik ingat Jun je laaa… aku tak bersalah…!!

Dan Jun 2006… adalah bulan yg paling mencabar tenaga dan minda aku… bayangkan… perkara yang kita jarang lakukan dan alami berlaku secara serentak… world cup… akademi fantasia… projek IT (freelance)… kerja punya karier dan anak yg baru lahir… ammar… jadi dunia aku sehari² memang pack…

World Cup 2006… demam yg sentiasa aku alami sejak tahun 1980… memang susah nak tinggal.. tapi aku akui musim 2006 ni agak kurang sikit penumpuannya… mungkin sebab waktu lawan dan keadaan kesibukan aku…

Akademi Fantasia… aku bukan minat sangat nak tengok.. tapi suka tengok yg terkeluar je… AF1 aku cuma tengok final konsert… AF2 memang aku tumpu habis sampai final konsert.. AF3 dah kurang… cuma sebab ada Mawi… AF4 laaaaagi la kurang dah… tapi sempat gak tengok 2 konsert dari yg 4 yg dah berlalu… dalam ramai² tu… aku paling minat Zaid, Mawi & Farhan… tapi takat tu je… tak pernah lagi dok SMS… paham² je laaa…. hahahahaaa..!!

Projek… ini freelance punya la ni… ada juga terima 2-3 projek.. tapi terpaksa ditolak sebab aku dah letih dah… aku rasa daya dan tenaga aku macam nak habis… tapi aku harap cuma rasa macam habis bateri je laaa… bukan nak habis atau tamat tempoh… hehehhh… letih wooo… ni pun ada lagi 1-2 projek tengah dok tunggu kata putus yg masih keputusan… mmmm… nak ke tak nak..?? adoooiii…

Kerja… kerja opis la ni… makin bertambah sebab minggu pendaftaran pelajar dah hampir tiba… aku pula masih lagi dok edit surat² dan laporan² yg nak dikeluarkan dari database… biasalah… sesiapa yg pernah menggunakan report builder… pasti akan faham keadaan aku… ada banyak teknik untuk query SQL tu… tapi yg mencabar ialah scripting… tak dapat tumpuan sepenuhnya sebab asal aku nak concentrate je… orang itu datang… orang ini datang.. minta tolong itu.. tolong ini… naik pening kepala aku… semuanya nak aku solvekan problem… abih cemana dengan ‘aku’..?? aku pun kena ada masa juga untuk karier aku… mmmm…. dah la 2-3 minggu ni aku asyik mengamuk je sebab agihan tugas tak berjalan lancar… ini berlaku lagi ni… semua nak aku solve.. macam kes minggu lepas… technician aku bagi quotation nak order CPU intel p4 2.8Ghz… dia tak cakap pun jenis socket… sekali bila aku order yg ada tentulah yg jenis LGA… dah mobo lama takleh pakai dah… pehtu nak suruh aku pi tukar..? aku suruh deal sendiri cakap je pandai benda tu ada… tapi bila aku suruh cari takde pulak.. tapi takpe.. aku tinggalkan kes ni pada officer IT aku… biar dia uruskan pula… dorang cadang agar aku order mobo baru untuk matching dengan CPU tu… tapi dah beli mobo kena la pula beli RAM sebab PC lama tu SDRAM… mobo LGA nak DDRRAM… silap haribulan kena beli Power Supply baru… PC lama tu pun aku taktau jenis cemana… dah bagi maklumat tak lengkap… lepas ni buat sendiri… semua nak bergantung dgn aku… padahal kerja aku banyak… bila kerja aku tak siap kata aku tak manage kerja dengan baik.. kepala hotak..!! ni dah seminggu aku terkandas untuk buat pemeriksaan penggunaan perisian kat department… sebab unit Audit Dalam minta semua team IT jabatan buat pemeriksaan akan perisian dalam pc staf masing²… bila aku nak start..?? entah laaaa… belum habis design bab ni.. dah ada UAT sistem pula… tapi aku tak sempat nak join sebab network ground floor opis pula yg problem… ada beberapa staf tak boleh access internet… mulanya aku nak check… tapi bila aku buka je panel switch.. aku tengok kabel UTP dah macam belacan or macam hutan hujan tropika terjuntai terjelai dari switch… aku dah bosan dah… dah banyak kali aku pesan kat technician supaya buat susunan atau recabling semula… tapi takde masa juga… yg aku heran bila aku call je time emergency ada pulak melepak kat sana sini… minum.. jalan.. beli barang… pastu aku suruh cari kabel UTP pun nak tanya aku… bila aku suggest ada alasan pula.. pakai je la yg mana ada… aku masa tu malas dah… terus naik bilik… sambung kerja aku… petang… tak settle juga… terpaksa la aku call geng luar.. sepetang aku dok lepak ngan team network je… tengok cara dorang kerja… dorang check… ok pulak… tetiba je dah ok… mmmm…. takpe laa… dah settle… tapi tu laaa.. tension woooo… aku rasa aku kena buat sesuatu lagi… sesuatu yg akan menjadi ingatan dan sejarah kat opis aku tu…. hari tu dah membebel dah dalam meeting staf… kali ni apa pula…?

Ammar… buat masa ini adalah pengubat segala duka nestapa aku… membuatkan aku selalu je nak balik awal… mendakap, cium, gomol, gigit dsb… kekadang buat teman tengok world cup… hehehee… pendek kata segala kesibukan aku terubat dengan kehadiran ammar… terima kasih…

Jika Jun ialah bulan kelam kabut aku… Julai lagi ngeri… sebab kalau aku berjaya sambung belajar… waduss… bertambah lagi satu beban dalam karier aku… bukan apa… aku apply cuti belajar tapi tak dapat sebab pihak human resource kampus tak bagi.. ada peraturan tertentu kata mereka… aku cuma boleh diberi kelonggaran untuk belajar di waktu bekerja sekiranya big boss aku bersetuju.. aku tak tahu lagi setakat mana kelonggaran itu.. tapi aku harap ia menjadi kenyataan… aku tak nak aku punya study terbengkalai lagi… kerja tetap kerja… tapi belajar adalah misi kehidupan untuk terus maju… aku masih perlukan kekuatan lagi untuk manage semua ini… semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk dan kemudahan kepada aku ini… amin…

letih bila difikirkan pada waktu ini… tapi… ianya perlu diteruskan… iskk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *