Anak-Anak Berkhatan

IMG_20151121_175709Alhamdulillah, pada 21hb. November 2015 yang lalu anak-anak lelakiku Ammar (9 tahun) dan Azriel (5 tahun) telah selamat dikhatankan secara Cautery (laser). Sekarang ni masih lagi dalam proses penyembuhan yang mana agak lambat sikit dek kerana keduanya lasak dan bila dah hilang rasa sakit dah mula nak buat aktiviti-aktiviti yang biasa. Bayangkan selepas 2 hari dah lari naik tangga turun tangga dan bergaduh sepak terajang ala kungfu dan karateka. Bila dah terkena bahagian sulit tu berdarah balik. Pening kepala nak handle dua beradik ni. Aku pula sibuk dengan kerja, wife je lah yang incharge jaga. Wife aku pun tak biasa dengan penjagaan selepas berkhatan sebab adik beradik dia ramai perempuan. Jadi hari ke 5 aku bawa ke klinik untuk pemeriksaan, mujur luka normal saja namun nak berehat tu takde la rasanya dorang tu. Sampaikan nak sapu ubat pun susah kerana dorang pandai kelentong sakit itu ini gitu gini. Bila doktor cakap kena kering hati sikit bab ubat ni barulah aku dengan wife berkeras sikit.

Pada mulanya aku dah rancang nak bawa anak sulung aku je berkhatan kat klinik, tapi kebetulan tempat penjagaan anak-anak bagitau ada program beramai-ramai bila cuti sekolah dan anak bongsu aku yang 5 tahun tu pun bersemangat nak berkhatan sebab kawan dia 2-3 orang berkhatan, jadi aku masuklah program tu. Bukan senang nak pujuk budak kecik tu. hehehee…  mana taknya dua minggu sebelum berkhatan hari-hari tanya aku bila nak ‘sunat’? sampaikan borang program pun dia nak aku isi dan bayar kos semua tu depan mata dia. Semangatlah bila dapat tahu ada perarakan, tepung tawar, angpau, semburan bomba dan macam-macam lagi sedangkan dia tak tahu apa itu sunat yang sebenarnya. Tapi lepas berkhatan tu tergelak besar aku dengan wife bila dia bisikkan ‘Lepas ni tak nak sunat lagi dah..’ Hahahahaa…!!! baru tau tapi apapun dah lepas dah nak… syukurlah…

IMG_20151120_204041   IMG_20151120_203542   IMG_20151120_214506

IMG_20151120_214930

Majlis berkhatan ini diadakan secara beramai-ramai di Pejabat Operasi Rukun Tetangga Sri Serdang dengan kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga dan juga sukarelawan pelajar UPM. Majlis amat meriah dengan aktiviti-aktiviti lain seperti mewarna dan santai keluarga. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk doktor yang bertugas semoga program ini terus diadakan untuk memberi manfaat kepada anak-anak kita.

IMG_20151121_174315

0 comments on “Anak-Anak BerkhatanAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *