adiputra.org

Aku dan karier baru…

Bulan Februari merupakan bulan yang pelik buat aku, sebab kebanyakan kerja aku tidak terlibat langsung dengan dunia IT… Aku menulis dan melukis. Memang la aku pakai komputer nak buat itu semua… tapi kerja-kerja tu bukan untuk IT… tapi untuk penerbitan video… aku buat┬áskrip dokumentari mengenai dunia seni tradisional… dan melukis pulak untuk plan bangunan… terutama untuk design kabel rangkaian dan wireless… untuk sebuah syarikat pembinaan… apa yg aku buat ni adalah pengalaman yang aku dapat masa aku tingkatan 4 dulu… Lukisan Teknik… setelah 18 tahun aku dah buat balik mende tu… tak kusangka sungguh… itulah pengalaman… yang membantu tanpa kita sedar… dan bila kita sedar… kita sedarlah.. bahawa tak rugi kita belajar… hehehee…

Aku tak tahu macam mana aku boleh terjerumus dalam bidang macam ni… yang aku tahu… website aku banyak membantu… dorang hubungi aku bila baca aku punya job scope dan juga mungkin pengalaman aku yang rock ni kot? hehehee… kerja pun senang… sepanjang kerja aku pada bulan Februari ni, segala perjalanan, makan minum dan belanja aku ditanggung oleh syarikat berkenaan. Best… bila dah settle dapat cek lagi… macam biasa laaa… company swasta kan senang.? kalau gomen ni… adoi… duit kita sendiri pun kena call, remind, datang collect, buat-buat muka sardin… tapi tak semua laa… ada yang efisyen… terus pos… yang terlebih efisyen pun ada… terus bank in dalam bank… mmmmm…

Pengalaman… mengajar aku meneroka erti kehidupan yang tidak diduga… Alhamdulillah…

1 thought on “Aku dan karier baru…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *