The Way… masih diteruskan…
- August 16th, 2009
- Posted in Blog
- Write comment
Ya… sudah 3 purnama aku tidak menulis di blog ini kerana aku banyak menulis di dunia luar sana… menulis… dengan idea yang dirancang dan tanpa dirancang… hanya untuk mendapatkan kepingan-kepingan kertas yang punya harga diri… apa boleh buat jalan yang aku pilih kini adalah yang amat mencabar… hanya pengalaman dan pengetahuan selama aku hidup di dunia yang fana ini saja yang banyak membantu…
Dunia produksi bukan satu dunia yang senang untuk kita ceburi… produksi ini akan senang jika poket kita penuh dengan kepingan kertas-kertas yang punya harga diri itu… bezanya dunia produksi ini lebih bebas dan tiada batasan dalam mengeluarkan output atau karya… bagaikan dunia ini milik aku… bagaimanapun terdapat laluan dan onak yang perlu ditempuhi bagi menjayakan cita-cita dan perjalanan dalam dunia produksi ini…
Persatuan… ya… persatuan dalam bidang produksi… Profima atau dulunya ppfm, Fdam, Karyawan, Seniman dan beberapa lagi merupakan payung kepada mereka-mereka yang ingin bergiat di dalam bidang produksi ini… jika tidak… kita boleh berpayung kepada mana-mana syarikat yang sudah punya lampu hijau di dalam sebarang urusan menerbitkan produksi… jika tidak… kita tidak akan ke mana… perjalanan akan dipenuhi dengan tol, lencongan, batu bata, lubang sana-sini… memang banyak halangannya…
3 tahun mencuba secara sambilan… setahun mencuba secara serius… aku masih ditakuk lama… hanya berkarya untuk kepentingan masyarakat yang minor… secara amnya masih belum cukup meluas… walaupun ada produksi-produksi yang bersedia menjadi payung kepada karya aku… semuanya cakap saja… hanya untuk kepentingan diri mereka… bagaimanapun… kuasa Tuhan… pada satu hari ada seorang penerbit telah melihat produk yang team aku telah hasilkan… Alhamdulillah pertemuan dibuat dengan sedikit perbincangan… hasilnya amat memberangsangkan… setidak-tidaknya aku perlu mencuba untuk berada di bawah payung yang betul… harapan aku amat tinggi kali ini… Alhamdulillah… laluannya semakin cerah…
Segala nasihat, kata-kata, cadangan, pendapat, pandangan dari mereka-mereka yang berhasad dengki dan cemburu dengan kebolehan dan potensi aku dan team aku dengar selama ini telah Tuhan tunjukkan… ianya tidaklah sesukar mana… kalau niat mereka ikhlas… aku sudah pun memulakan kerja produksiku sejak tahun lepas lagi… hanya mereka-mereka yang nak membantu sahaja yang positif dalam memberi maklumat dan saluran tertentu supaya aku dapat merealisasikan harapan aku untuk berkarya ke persada tanahair dan dunia… mereka-mereka yang negatif… hanya mementingkan pulangan dan segala muslihat dan tipu daya…
Dari bidang teknikal dan teknologi maklumat ke bidang produksi… bukan sesuatu yang senang… aku memulakan bidang baru aku ini dengan kebolehan mengeksploitasikan teknik penerbitan berdasarkan kemahiran dalam teknologi… dan dengan idea yang lahir dari daging lembut yang berlekuk-lekuk tersembunyi di dalam tulang tengkorak di kepalaku… tidak cukup dengan itu… pengorbanan masa, tenaga, darah, kertas yang punya harga diri, keluarga dan banyak lagi sumber juga memainkan peranan… terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah membantu aku dalam bidang ini… sesungguhnya rakan diam di kiri kanan mereka telah menulis sesuatu untuk diadili pada hari perhitungan kelak… itu sudah pasti…
Semoga Allah merahmati apa yang telah aku usahakan dan semoga Allah permudahkan jalanku ini untuk mencari rezeki kehidupan… amin…
salam en adi…
saya perlukan sedikit maklumat dari en adi..boleh saya dapatkan numb ataupun en adi boleh hubungi saya…
azwan aznan
kkkb 0175340267
amat berharap..terima kasih
salam bro..nak tanya le kat mana nak cari backup tape IBM LTO 2 200GB..?nak banyak unit jugak le..harap dapat membantu..